KelabMama

Yoga vs Pilates Daripada Perspektif Islam: Apa yang Mama Perlu Tahu?

hukum yoga dan pilates dalam islam

Yoga dan pilates adalah dua bentuk senaman yang semakin popular di zaman sekarang, terutamanya buat Mama yang mencari cara baharu untuk kekal sihat, bertenaga, dan mengurangkan tekanan harian.

Walaupun nampak serupa, kedua-dua senaman ini sebenarnya ada perbezaan besar yang mungkin sesuai dengan keperluan Mama yang berbeza.

Tapi, persoalan yang sering timbul adalah—adakah yoga sesuai untuk kita dari sudut pandang Islam? Bagaimana pula dengan pilates—adakah ia juga menimbulkan isu yang sama?

Yoga VS Pilates untuk Umat Islam

Prof. Dr. Linggham Pillai “Yoga Tidak Sesuai untuk Umat Islam!”

Kredit Gambar: Facebook Firdaus Wong Wai Hung

Menerusi perkongsiannya di Facebook, Firdaus Wong Wai Hung bersama Prof. Dr. Linggham Pillai, Presiden Sukan Yoga Malaysia, menyatakan bahawa umat Islam tidak boleh mengamalkan senaman yoga.

“Muslim should not participate in yoga because as I Hindu I know yoga is from Hinduism and Muslim themselves should respect the fatwa from JAKIM that forbid Muslim to participate,”

Prof. Dr. Linggham Pillai

Beliau menjelaskan bahawa yoga yang diamalkan oleh umat Islam merupakan sebahagian daripada amalan spiritual agama Hindu.

Oleh itu, sebagai umat Islam, kita tidak wajar mengamalkannya kerana ia menjadikannya tidak selaras dengan pegangan akidah Islam.

Boleh ke Umat Islam Amalkan Senaman Pilates? Ini Jawapannya!

Tetapi ia berlainan dengan pilates. Pilates dibolehkan dilakukan oleh kita semua. Dalam fatwa, telah dinyatakan bahawa senaman pilates diharuskan untuk diamalkan oleh umat Islam.

Pilates hanya berfokus pada latihan otot dan pergerakan tubuh untuk meningkatkan kekuatan, fleksibiliti, dan postur badan. Ia tidak mengandungi unsur spiritual atau ritual keagamaan, menjadikannya selamat dan sesuai bagi umat Islam.

Selain itu, pilates boleh dilakukan dalam suasana yang menjaga adab dan aurat, seperti di rumah atau di pusat senaman yang menyediakan ruang khas untuk Mama.

Ia juga memberikan manfaat kesihatan yang sama seperti yoga, tanpa perlu bimbang tentang konflik dengan pegangan agama.

Pandangan Ulama tentang Senaman Yoga?

Dalam Islam, setiap amalan perlu dinilai berdasarkan hukum syarak. Pandangan para mufti menyatakan bahawa amalan ini tidak dibenarkan dan hukumnya adalah haram.

Ia ada berkait rapat dengan kepercayaan agama Hindu, dan jika diamalkan bersama unsur-unsur kepercayaan tersebut, ia boleh merosakkan akidah umat Islam.

Oleh itu, menjaga kesucian akidah adalah amat penting dalam memastikan amalan kita selaras dengan ajaran Islam.

Negara jiran, Singapura, juga telah mengharamkan amalan senaman yoga ini meskipun umat Islam hanya merupakan golongan minoriti di sana.

Langkah ini diambil bagi menjaga sensitiviti agama dan memastikan amalan yang bercanggah dengan akidah tidak diamalkan oleh masyarakat Muslim.

Menjawab Persoalan: Mengapa Yoga Tidak Sesuai Untuk Muslim?

Yoga berasal dari tradisi kuno Hindu di India yang pada asalnya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran spiritual dan kesihatan.

Ia adalah satu bentuk amalan yang merangkumi teknik pernafasan, meditasi, dan postur fizikal yang bertujuan untuk mencapai keseimbangan dalaman.

Dengar sahaja tentang meditasi, sudah tentu ia dikaitkan dengan unsur spiritual, bukan? Namun, masih ramai Mama yang menganggap yoga hanya sebagai senaman fizikal semata-mata, tanpa menyedari bahawa ia juga melibatkan elemen spiritual yang penting.

Yoga terdiri daripada beberapa elemen utama seperti:

  1. Asana – Postur atau posisi badan yang direka untuk meningkatkan kekuatan, fleksibiliti, dan keseimbangan.
  2. Pranayama – Teknik pernafasan yang membantu mengawal tenaga dalam badan.
  3. Dhyana – Meditasi untuk menenangkan fikiran dan meningkatkan fokus.
  4. Mantra – Bacaan atau bunyi tertentu yang digunakan untuk mencapai keadaan meditasi yang mendalam (terutamanya dalam konteks spiritual).

Alternatif Senaman Bagi Umat Islam

Bagi Mama-mama yang ragu-ragu, terdapat pelbagai alternatif senaman yang lebih sesuai:

Memahami perbezaan antara yoga vs pilates sangat penting untuk memastikan amalan kesihatan kita selaras dengan ajaran Islam.

Sebagai umat Islam, kita perlu berhati-hati dengan amalan yang berpotensi menjejaskan kepercayaan kita. Pilates boleh menjadi alternatif senaman yang lebih sesuai kerana ia bebas daripada unsur keagamaan.

Semoga pencerahan ini membantu Mama membuat keputusan yang terbaik untuk kesihatan fizikal dan kesejahteraan rohani.


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Bagaimana baby walker boleh membahayakan kepada bayi Mama? Klik di SINI.