KelabMama

10 Warna Cat Bilik Air Yang Moden dan ‘Fresh’

Warna cat mampu menciptakan suasana yang berbeza dan mempengaruhi mood penggunanya. Bukan ruang tamu mahupun bilik sahaja, malah, warna cat bilik air yang sesuai juga boleh berubah ruang tersebut dan menghadirkan suasana yang tenang dan santai.  

Dalam artikel ini, Mama Siti akan menerangkan tentang 10 warna cat yang sesuai untuk bilik air berserta keunikannya dan dekorasi bilik air yang bersesuaian.

10 Warna Cat Bilik Air

#1 Biru Serulean

Kredit gambar: Pinterest

Warna cat yang sinonim dengan tema pantai dan laut. Warna biru serulean  sememangnya menenangkan lebih-lebih lagi jika ada dipelbagaikan dengan tona putih di bahagian siling, perabot dan aksesori. 

#2 Coklat

Kredit gambar: HGTV

Jika Mama ingin mencipta bilik air dengan rupa yang tenang dan bersahaja, warna coklat ialah pilihan yang tepat. 

Cat bilik air dengan warna coklat gelap mewujudkan rasa lebih dramatik dan sesuai dengan aksesori berwarna emas metalik.

Manakala warna coklat cerah menghasilkan cantik jika dipadukan dengan warna krim, kuning atau biru muda. 

#3 Pistachio

Kredit gambar: www.wow1day.com

Warna yang tak biasa tetapi berbaloi untuk dicuba. Cuma syaratnya, apa-apa item yang ada dalam bilik air perlu sentiasa disusun rapi. 

Pemilihan warna pistachio sebagai warna cat dinding bilik air membuatkan dekorasi bilik air Mama menjadi anggun dan sofistikated. 

#4 Putih Berkrim

Kredit gambar: Pinterest

Ada yang berpendapat warna putih agak klise dan sering di cat di kebanyakkan bilik air rumah. Oleh itu, Mama boleh pilih untuk cat dinding bilik air dengan warna putih berkrim. 

Warna putih berkrim menaikkan suasana vintaj seperti rumah-rumah di tahun 50-an dulu. Ia sesuai digandingkan dengan warna yang lebih lembut seperti merah jambu, lavender lembut atau metalik.  

#5 Hijau Muda

Kredit gambar: Decorpad

Warna hijau muda sangat menenangkan dan membantu memberi kesan penyejukkan dalam bilik air terutamanya di kawasan rumah yang panas. 

Hijau muda serasi dipadankan dengan tona-tona yang diinspirasikan dari alam semula jadi. Contohnya, coklat, taupe dan putih pasir.    

#6 Biru Muda

Kredit gambar: Pinterest

Memilih warna biru muda sebagai warna dinding bilik air bakal mencipta perasaan seperti di spa. Suasana santai dan rileks menjelma apabila Mama masuk ke dalam bilik air dengan warna ini. 

Cat biru muda sesuai dipadukan dengan perincian berwarna putih seperti perabot, bingkai tingkap dan jubin. 

#7 Kelabu Arang

Jika Mama sedang mencari rupa bilik air yang lebih dramatik, cuba cat dinding bilik air dengan warna kelabu arang. 

Warnanya yang agak gelap sesuai untuk dekorasi bertemakan kontemporari moden untuk bilik air rumah Mama. 

#8 Putih (Off White)

Kredit gambar: Pinterest

Walaupun warna putih dikatakan sebagai konsep yang ringkas (simple), sebenarnya bilik air Mama boleh berubah menjadi tempat yang menarik dan sofistikated. 

Saranan Mama Siti, hias bilik air Mama dengan aksesori berwarna terang seperti kuning, merah jambu dan hijau. 

#9 Kelabu Lembut

Kredit gambar: Decorpad

Warna kelabu lembut ialah penyelesaian kepada Mama yang gemar menukar gaya penataan bilik air. 

Jadi, tiada masalah jika Mama ingin menyesuaikan perabot, langsir atau aksesori di dalam bilik air apabila cat bilik air dengan warna kelabu lembut. 

Boleh dikatakan warna kelabu lembut boleh dipadankan dengan semua warna dari warna merah jambu hinggalah oren terang.   

#10 Taupe

Kredit gambar: Homedit

Taupe ialah warna neutral yang berada di antara warna coklat dan kelabu. Warna ini menonjolkan mood klasik dalam nuansa moden. Terdapat beberapa variasi warna yang boleh dipilih bagi tema taupe.

Pemilihan warna yang lebih kecoklatan memberikan kesan warna bumi (earthy look) manakala warna-warna yang lebih terang melambangkan suasana suram dan lebih moden.   

Kredit gambar: HomeGuide

Salah satu elemen yang memberi impak besar terhadap suasana bilik air adalah warna cat yang dipilih. Oleh itu, penting untuk kita memahami kesan cat bilik air terhadap mood seseorang dan suasananya. 

Semoga perkongsian ini membantu Mama membuat pemilihan warna cat bilik air. 


Dapatkan lebih banyak informasi dekorasi rumah di SINI.