KelabMama

15 Pilihan Warna Cat Untuk Bilik Tidur Yang Sejuk

warna pastel

Selalunya pemilihan cat bilik tidur kebiasaannya akan ditentukan berdasarkan citarasa sendiri kan Mama Papa? Mesti pening nak pilih warna cat bilik tidur sejuk atau panas kan.

Sebenarnya kalau secara psikologi kan, pemilihan cat dinding ni turut memainkan faktor untuk memastikan tkeberadaan dalam bilik tidur seles atau tidak.

Lagi-lagi cat bilik tidur warna pastel sudah tentu warnanya menarik. Malah, tidak menyakitkan mata Mama Papa bila cahaya matahari memasuki dalam bilik tidur.

Selain tu, Mama Papa kena pandai juga matching kan warna kalau nak gunakan dua tona warna yang berbeza. Biarkan kombinasi warna tersebut kelihatan sesuai dan tidak rasa pelik bila tengoknya nanti.

Jadi, Mama Papa perlu peka dalam pemilihan cat dinding. Pilihlah warna bilik tidur yang sejuk supaya tak sakit mata nanti bila pandang nanti.

15 Pilihan Warna Cat Bilik Tidur Yang Sejuk Untuk Rumah Mama

1. Tranquil White

Sudah pasti la warna putih menjadi pilihan yang paling last oleh Mama Papa. Tapi sebenarnya warna putih ni salah satu warna yang sejuk dan sesuai untuk dicat dalam bilik tidur.

Lagi-lagi kalau Mama nak jadikan bilik tidur yang kecik kelihatan besar dan luas. Mama Siti suggest kan pilih warna putih tau.

Warna putih ni jugak boleh mencipta ruang yang akan menenangkan fikiran Mama Papa yang sudah busy seharian dengan kerja.

Walaupun kekadang rasa warna putih ni nampak tak ceria atau kurang menarik, Mama Papa bolehlah gunakan cadar atau hiasan yang berwarna sedikit supaya bilik nampak ceria dan tak kelam.

2. Warna Kuning Air atau Light Yellow

Light yellow ni sebenarnya salah satu warna yang paling terang dalam spektrum. Ia nya menjadi pilihan yang sesuai untuk bilik tidur rasa segar dan bersemangat.

Walaupun warna kuning ni mungkin akan menjadi seakan cahaya matahari kan, Mama Papa boleh gunakan warna cadar atau apa-apa perhiasan dengan warna yang gelap jadi cahaya dalam bilik tak terlalu menonjol.

3. Pale Orange

Kredit Gambar: Nippon Paint

Warna orange dikaitkan dengan tenaga fizikal dan kekuatan emosi. Jadi untuk cat dinding sebolehnya gunakan warna oren ni. Seakan warna buah pic atau warna aprikot.

Kalau Mama Papa rasa dengan warna pale orange menampakkan kosong je, jadi bolehlah tambahkan hiasan seperti pasu bunga yang diletakkan lampu hiasan di atas nightstand.

4. Dusty Pink

Kredit Gambar: Houzz

Walaupun warna dusty pink ni kelihatan lebih feminin tapi tak salah pun kalau nak cat bilik tidur Mama Papa guna warna ni tau.

Tak semestinya bilik anak perempuan je boleh dicat warna duty pink ni lagipun warna ni menenang jiwa dan minda.

Warnanya yang sedikit gelap akan berikan kenyamanan ketika tidur.

Dusty pink ni bukan lah warna pink yang menyerlah jadi ia nya memang sesuai untuk dicatkan di mana-mana bilik. Warna ni jugak dalam kategori warna pastel tau.

5. Lush Lavender

Kredit Gambar: Pinterest DecorPad

Bunga lavender kan warna ungu tapi lush lavender ni lebih kepada warna ungu tona muda sedikit. Warnanya yang santai dan tidak terlalu menyerupai warna lavender yang sebenar dan ia adalah antara pilihan warna bilik tidur yang sejuk untuk si puteri Mama.

Mama Papa boleh tambahkan dengan bantal yang bercorak lavender ke untuk menambahkan lagi seri warna dinding bilik.

Boleh jugak kalau Mama Papa nak gunakan kertas dinding yang bercorak lavender. Letakkan di tengah-tengah dinding dimana katil Mama Papa letak jadi dinding bilik tidak nampak kosong.

Sudah pasti lush lavender ni akan ciptakan kesan yang tenang dalam bilik tidur serta menaikkan mood ceria ketika berada dalam bilik.

6. Pastel Purple

Bilik yang dicat pastel purple ni dapat memberikan ketenangan ketika Mama Papa berada dalam bilik.

Selain tu, warna ni dapat meredupkan suaana bilik tidur Mama Papa.Lagi-lagi kalau dinding yang di cat pastle purple ni disuaikan dengan perabot warna putih.

7. Sage Green

Sage green ialah warna abu-abu kehijauan yang turut menyerupai warna daun sage yang green. Bezanya warna sage green dengan warna yang hijau yang lain kelihatan cerah.

Tetapi untuk warna ni mempunyai aura warnanya tersendiri. Warnanya lebih lembut dan tenang sesuai dengan simbol ketenangan.

Kalau nak kombinasi dengan warna lain boleh cuba dengan warna kuning atau putih abu-abu.

8. Dark Green

Warna dark green ni mampu berikan suasana yang tenang. Walaupun warnanya gelap tapi masih memberikan suasana warna sejuk.

Kalau rasa dinding yang dicat dark green ni kosong, bolehlah lakukan dinding bertekstur. Dinding jenis bertekstur ni biasanya menggunakan kayu yang kecil untuk dijadikan sesuatu design.

Nampak lagi-lagi menarik apabila cat dark green digabungkan dengan hiasan kepingan kayu yang bercorak itu.

9. Trendy Turquoise

Selain mencuba warna sage green atau dark green. Trendy turquoise jugak salah satu warna yang bertona lembut sangat sesuai jugak untuk dicat dalam bilik.

Selalunya arangkan warna ni nak dicat dalam bilik tapi sebenarnya warna ni sangat sesuai untuk dicat dalam bilik tidur.

Suasana warna dalam bilik yang tenang dan ceria.

10. Biru Laut atau Sea Blue

Warna biru laut ni kombinasi warna biru dan putih. Cat nya juga menggunakan dua warna tau, bukan warna biru laut yang dicat sekata.

Warna ni dapat menimbulkan suasana yang nyaman serta mengingatkan suasana pantai dan lautkan.

Nak tidurkan lena je, tak menyakitkan mata lagi-lagi bila waktu siang. Warna cat juga akan kelihatan cantik di waktu siang.

Jadi kalau Mama Papa yang buat kerja dalam bilik sudah pasti rasa selesa sebab warna biru laut ni bukan warna yang menonjol.

11. Blue-White

Walaupun warna ni sedikit gelap tapi masih dibawah kategori warna yang sejuk tau. Tak sama dengan warna hitam atau warna panas yang lain.

Sebab ianya dibawah tona warna biru ye. Tapi mesti Mama Papa teragak-agak nak guna warna ni kan?

Apa kata cuba dicatkan warna biru ni pada dinding yang paling luas nanti boleh lah Mama Papa tengok hasilnya macam mana.

Pada sebagaian dinding yang kecik dicat pula cuba cat putih. Kombinasi dua warna sejuk akan terlihat suasana bilik lebih nyaman.

12. Soft Grey

Warna soft grey ni mungkin akan mengingatkan suasana mendung kan. Warna sejuk ni jugak menjadi salah satu pilihan favourite tau.

Lagi-lagi kalau Mama Papa gunakan warna soft grey bertona sejuk ni akan nampakkan bilik tidur lebih moden tau.

Tambahan dengan kusyen atau selimut yang berlainan warna juga boleh memainkan tekstur ruang. Jadi memang nampak nice lah kalau digabungkan dengan cat dinding dengan warna ni pulak kan.

Oh ye, Mama jugak boleh tambahkan tumbuhan hijau yang akan jadikan ruang bilik yang dicat soft grey ni menjadi lebih segar dan ringin.

13. Neutral Beige

Warna natural beige atau dikategorikan warna earth tone ni gabungan warna coklat dan krem. Warna ni pun ada karakter yang lembut yang dapat membuatkan Mama Papa rasa nyaman dan hangat bila berada dalam bilik.

Bukan tu je, warna ni pun boleh terlihat mewah tau, lagi-lagi bila Mama menghiaskan bilik menggunakan warna yang senada dengan cat dinding.

Mama Siti suggest kan tambah dekorasi yang berunsur kayuan supaya suasana dalam bilik lebih elegan.

14. Taupe

Taupe ni warna cat yang berkontemporarikan dalam warna yang neutral. Ia nya warna yang digabungkan dengan warna kelabu, coklat dan putih.

Warna ni akan buatkan bilik tampak luas dan aura bilik mendamaikan.

15. Hints of Gold

Penggunaan warna emas dalam bilik tidur perlu berhati-hati supaya warna emas tersebut tidak terlalu banyak.

Kalau letakkan terlalu banyak warna emas boleh jadi bilik Mama Papa warna kekuning yang melampau waktu siang hari.

Mama Siti cadangan kalau nak gunakan warna emas jugakkan, cuba gunakan kertas dinding. Kalau boleh jangan terus cat sebab nanti membazir pula kalau kena tukar cat yang lain.

Lagi ada banyak pilihan kalau wallpaper ni. Salah satu pilihan seperti yang Mama Siti share gambar ni.

Kredit Gambar: Houzz

Kalau Mama Papa tak mahu gunakan wallpaper boleh jugakkan gunakan perhiasan dalam bilik yang berunsurkan warna emas, seperti frame gambar tu.

Boleh jugak gunakan kusyen bantal yang bercorak emas jugak.

Sudah pasti Mama Papa mahukan keselesaan dan nyaman bila berada dalam bilik tidur kan? Bilik tidur bukan untuk tidur je kadang-kadang menjadi tempat untuk Mama Papa buat kerja jugak kan.

Jadi pilihlah warna-warna yang sejuk ni supaya rasa selesa je bilik ada dalam bilik. Nanti tak perlu lah nak tukar cat dan duit Papa pun jimat.


Jom ubah dekorasi rumah dengan pelbagai inspirasi menarik di ruang INI.