KelabMama

Raikan Hujung Tahun Yang Lebih Magical Bersama ‘Wander Wonder Christmas’ Sunway Pyramid

Pejam celik pejam celik, kejap je kita dah nak melangkah masuk ke bulan Disember! Apa yang sinonim dengan bulan ini? Semestinya cuti hujung tahun dan sambutan Krismas di seluruh dunia.

Buat Mama dan Papa yang ingin merasai sendiri pengalaman ajaib bersama si manja, datanglah ke Wander Wonder Christmas di Sunway Pyramid, LG2 Blue Concourse dari 18 November hingga 25 Disember 2022!

Kredit gambar: Sunway Pyramid

Sepanjang tempoh ini, Sunway Pyramid bukan sahaja dihiasi dengan dekorasi warna-warni yang menakjubkan, tetapi, Sunway Pyramid juga ada menawarkan pelbagai aktiviti dan hadiah-hadiah menarik untuk para pengunjungnya seperti hadiah penebusan, pertandingan kereta ISUZU, Wishing Pond, Permainan AR, shopping experience yang menakjubkan dan semua yang Mama perlukan!

Ho Ho Ho Bersama Mushy Claus!

Kredit gambar: Sunway Pyramid

Untuk meraikan perayaan Krismas dan cuti hujung tahun ini, Mama berpeluang untuk berkenalan dengan Mushy Claus, iaitu satu karakter cendawan comel yang pasti menambat hati semua di Sunway Pyramid.

Mama hanya perlu imbas kod QR yang terdapat di zon Wishing Pond dan lihat bagaimana comelnya Mushy Claus ini! Lain daripada yang lain bukan?

Aktiviti Menarik di Wander Wonder Christmas

Kredit gambar: Sunway Pyramid

Block your dates Mama untuk datang dan alami Enchanted Woodland Forest bersama keluarga Mama yang dipenuhi dengan bunga, rama-rama, cendawan bercahaya dan banyak lagi! Tingkatkan juga keempat-empat deria Mama di bawah Pokok Krismas di Sunway Pyramid. Pasti anak Mama juga tidak akan melupakan pengalaman hebat ini.

Nak tahu apa lagi aktiviti menarik yang ditawarkan Sunway Pyramid sepanjang Krismas ini?

Kredit gambar: Sunway Pyramid

Make A Wish dan Catch Your Luck

Masa untuk ‘Make A Wish’, Mama! Ucapkan hajat Mama di kolam hajat interaktif mereka, di mana kawan Krismas kita, Mushy Claus akan membawa kegembiraan dan tuah kepada Mama!

Nikmati pengalaman apabila pari-pari menjadi ‘hidup’ melalui augmented reality (AR). Apa yang Mama perlukan ialah kolam hajat ajaib dan sedikit tuah untuk merealisasikan hasrat Wander Wonder Christmas Mama!

Kredit gambar: Sunway Pyramid

Selain itu, jangan lupa untuk bawa seisi keluarga Mama bermain permainan AR yang dianjurkan dan jika bertuah, Mama boleh mendapat satu ‘tiket’ untuk menyertai cabutan bertuah* istimewa. Hadiah cabutan bertuah ini pula adalah daripada salah satu tenant di Sunway Pyramid seperti Kate Spade, Sulwhasoo, Bonia, Genki Sushi dan banyak lagi!

Mana tau inilah peluang Mama untuk memenangi hadiah menarik daripada kedai kegemaran Mama?

*Hanya di Sunway Pyramid sahaja & hanya satu cabutan bertuah untuk setiap peserta sepanjang kempen berlangsung

Penampilan Istimewa Santa Claus & Christmas Carol

Apa? Santa is real?!

Sunway Pyramid juga memberi peluang kepada pengunjung untuk bertemu dengan Santa Claus pada hari Sabtu, pada jam 3pm dan 5pm*. Mama sekeluarga juga boleh berhibur dengan Christmas Carol yang menceriakan lagi musim perayaan ini!

*Jadual tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

*Barisan untuk bergambar dengan Santa Claus adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Kredit gambar: Sunway Pyramid

Enchanted Woodland Forest

Kredit gambar: Sunway Pyramid

Lalui hutan ajaib dan terokainya bersama anak Mama! Dihias khas dengan pokok Krismas, bunga-bungaan, rama-rama, dan pepatung serta lampu-lampu cendawan, hutan ajaib ini pasti menjadi tempat untuk Mama bergambar tanpa rasa jemu.

Sensory Hideout

Kredit gambar: Sunway Pyramid

Cari ‘Sensory Hideout’ dan usik deria Mama dengan bau harum hutan oleh Claire Organics, dalam bilik unik yang dihias istimewa dengan haiwan-haiwan & tumbuhan berlampu, memberikan pengalaman ajaib untuk para pengunjung.

Wrapped Up With Love

Bukan itu sahaja, perkhidmatan membalut hadiah juga turut disediakan bermula 1 Disember 2022. Mesti Mama ada banyak hadiah untuk diberikan pada yang tersayang bukan?

Untuk servis ini, Mama boleh pergi ke LG2 Marrakesh Concierge berdekatan Blue Concourse dan dapatkan perkhidmatan tersebut daripada pasukan Customer Care mereka.

Kredit gambar: Sunway Pyramid

Tebus Sekarang Mama!

Kredit gambar: Sunway Pyramid

Selain aktiviti menarik, Mama juga boleh membeli-belah dan tebus hadiah-hadiah menarik! Dapatkan ganjaran untuk keseronokan membeli-belah Mama dengan membawa pulang Mug Cendawan Eksklusif dengan helaian pelekat yang boleh disesuaikan dan juga Scented Candle eksklusif oleh Hooga.

Hanya berbelanja RM600 (RM500 untuk Pemegang Kad Kredit UOB & Citibank) dalam 2 resit* untuk menebus SATU (1) Mushroom Mug & Sticker; ATAU belanjakan RM1,200 (RM1,100 untuk Pemegang Kad Kredit UOB & Citibank) dalam 2 resit* untuk menebus SATU (1) Hooga Scented Candle.

Eii excited-nya!

Kredit gambar: Sunway Pyramid

HADIAH TEBUSAN UTAMA: Menangi Isuzu D-Max X-Terrain

Inginkan kereta baharu pada perayaan Krismas ini? Jangan lepaskan peluang untuk memenangi Isuzu D-Max X-Terrain*!

Mama hanya perlu menyertai peraduan Lucky Draw yang akan berakhir pada 25 Disember ini dan pemenangnya akan diumumkan pada tarikh yang akan diberitahu kelak. Stay tuned tau Mama!

Untuk pengetahun Mama, hanya satu penyertaan cabutan bertuah bagi setiap penebusan dan seorang peserta terhad kepada satu penebusan dalam sehari. Hanya satu pemenang SAHAJA yang akan memenangi kereta Isuzu D-Max X-Terrain ini!

Mama boleh menyertai cabutan bertuah ini di mana-mana Sunway Mall, kecuali Sunway Giza Mall.

Siapa tahu Mama pemenang bertuah? Dapatlah bergaya di tahun baru dengan Isuzu D-max serba baharu nanti!

*Tertakluk pada Terma & Syarat.

Kredit gambar: Sunway Pyramid

Jadi, apa tunggu lagi Mama? Jom rasai keajaiban yang menakjubkan di Wander Wonder Christmas di Sunway Pyramid sekarang!

Bagi para ibu yang meraikan, jangan lupa untuk mendapatkan kelengkapan Krismas anda semasa berada di Sunway Pyramid dan dapatkan maklumat lanjut mengenai Wander Wonder Christmas di SINI.

Kredit gambar: Sunway Pyramid