Sebelum Papa memandu balik kampung, jangan lupa untuk check kereta terlebih dahulu supaya perjalanan lebih lancar dan selamat. Tak kira jauh atau dekat, keadaan kereta yang baik sangat penting untuk mengelakkan sebarang masalah di tengah jalan.
Jangan nanti tengah seronok nak balik, tiba-tiba ada isu enjin, bateri lemah atau tayar pancit boleh buat satu keluarga terpaksa berhenti lama di tepi jalan.
Mama Siti faham, bila nak balik kampung ni, kadang-kadang kita lebih fokus pada packing baju dan biskut raya untuk keluarga di kampung. Tapi jangan lupa, kereta Mama Papa pun perlukan perhatian supaya perjalanan selamat dan lancar.
Lagi-lagi kalau perjalanan jauh, keselamatan dan keselesaan keluarga perlu diutamakan. Jadi, sebelum start enjin dan pecut ke lebuh raya, ada beberapa perkara yang Mama Papa wajib check dulu. Jom kita tengok satu per satu.
5 Benda Wajib Check Kereta Papa Sebelum Balik Kampung
1. Check Minyak dan Air Kereta
Benda pertama yang Papa perlu check kereta ialah minyak enjin dan air radiator. Kenapa? Sebab enjin kereta ibarat jantung manusia.
Kalau minyak enjin kurang atau dah hitam pekat macam kopi O, kereta boleh meragam. Sebelum Papa drive, pastikan minyak enjin cukup dan masih elok. Kalau dah lama tak tukar, cepat-cepat buat servis sebelum bertolak.
Selain minyak enjin, air radiator pun kena periksa. Kalau air kurang, enjin boleh overheat dan tiba-tiba je kereta buat hal di tengah jalan.
Lagi haru kalau kejadian ni berlaku masa tengah jem panjang di lebuh raya. Nak berpeluh satu badan? Haa, Papa jangan cari pasal bulan puasa ni.
Isi penuh minyak petrol sebelum bertolak. Tak nak nanti bila minyak dah sipi-sipi, baru kalut cari stesen minyak terdekat.
2. Pastikan Tayar dan Brek dalam Keadaan Baik
Brek dan tayar ni bukan main-main. Dua benda ni boleh jadi penentu selamat atau tidak perjalanan kita. Jadi, sebelum travel, pastikan tayar dalam keadaan baik.
Check tekanan angin supaya tak terlalu rendah atau tinggi. Kalau tayar dah botak dan bunga tayar hampir licin, lebih baik tukar terus!
Kenapa penting? Sebab bila jalan licin atau tiba-tiba kena brek mengejut, tayar yang elok akan bantu kereta berhenti dengan lebih stabil. Kalau tayar licin, risiko terbabas tu tinggi!
Lepas check tayar, pastikan brek pun dalam keadaan tip-top. Kalau rasa brek dah mula kurang mencengkam, atau bila tekan ada bunyi pelik, cepat-cepat hantar bengkel untuk pemeriksaan. Jangan nanti bila nak berhenti, baru perasan brek kurang berfungsi.
3. Lampu & Wiper – Jangan Sampai ‘Buta’ di Jalan Raya
Lampu ni penting terutamanya kalau Mama Papa kena memandu waktu malam atau awal pagi. Kadang-kadang ada jalan yang gelap, tak banyak lampu jalan, jadi lampu kereta lah penyelamat.
Sebelum travel, check semua lampu – lampu depan, lampu belakang, signal, dan lampu brek. Pastikan semuanya menyala dengan terang dan tak ada yang rosak.
Selain lampu, wiper pun jangan lupa! Ramai yang ambil ringan pasal wiper, tapi cuba bayangkan tengah drive, hujan turun lebat, tiba-tiba wiper tak berfungsi dengan baik. Fuh, memang bahaya. Bila wiper dah keras atau mula tinggalkan kesan air kat cermin, itu tanda dia dah haus dan perlu diganti.
4. Sediakan Kit Kecemasan dalam Kereta
Perjalanan jauh ni, kita tak boleh jangka apa yang akan berlaku. Jadi, penting untuk sediakan kit kecemasan dalam kereta. Antara benda yang wajib ada:
- First aid kit (ubat luka, plaster, ubat tahan sakit)
- Powerbank (buat standby kalau telefon habis bateri)
- Torchlight (kalau kena check enjin dalam gelap)
- Tool kit (spanar, pemutar skru – mana tahu perlu guna)
- Segitiga keselamatan (penting kalau kereta rosak di tepi jalan)
Benda-benda ni mungkin nampak remeh, tapi bila dalam situasi kecemasan, ia boleh jadi penyelamat.
Download aplikasi bantuan kecemasan seperti PLUS Ronda atau Touch ‘n Go eWallet untuk mudah panggil bantuan jika perlu.
5. Rehat Cukup dan Rancang Perjalanan
Benda terakhir ni ramai yang terlepas pandang – keadaan fizikal pemandu. Kalau Mama Papa kurang tidur atau terlalu penat, lebih baik rehat dulu sebelum memandu. Jangan paksa diri untuk drive kalau mata dah layu.
Mengantuk semasa memandu boleh jadi punca kemalangan. Selain itu, rancang perjalanan dengan baik, jangan lupa check keadaan trafik dan cuaca sebelum bertolak.
Kalau boleh, elakkan memandu pada waktu puncak untuk mengelak kesesakan. Lagi satu, pastikan ada pit stop untuk berehat, regangkan badan, dan segarkan diri sebelum sambung perjalanan.
Selain bawa air minuman dan kudapan ringan untuk kekalkan tenaga semasa memandu, penting juga untuk sediakan bekalan untuk berbuka, moreh, dan sahur kalau Mama Papa tak sempat berhenti di R&R.
6. Check & Isi Kad Touch ‘n Go atau SmartTAG
Mama Papa jangan lupa check baki dalam kad Touch ‘n Go atau SmartTAG sebelum bertolak. Kad yang tidak aktif atau baki tidak mencukupi boleh menyebabkan masalah di plaza tol, seterusnya melambatkan perjalanan dan menambahkan kesesakan.
Kalau perlu ditambah nilai, Mama Papa boleh buat di lebih 22 kaunter Touch ‘n Go di stesen minyak terpilih sepanjang lebuhraya PLUS.
Selain di stesen minyak terpilih, Mama Papa pun boleh top up kad Touch ‘n Go di:
- 7-Eleven, MyNews & KK Mart
- ATM CIMB & Maybank
- Kaunter & Mesin Layan Diri TNG
- Aplikasi TNG eWallet (NFC)
Sebelum Mama Papa mulakan perjalanan, jangan lupa baca doa agar perjalanan Mama Papa selamat dan dipermudahkan.
بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ
Bismillahi tawakkaltu alallahi la hawla wala quwwata illa billahil aliyil adzim
Maksudnya: “Dengan menyebut Nama Allah, aku berserah diri kepada Allah, tidak ada daya dan upaya selain dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung.”
Dan baca doa menaiki kenderaan, semoga perjalanan Mama Papa dipermudahkan dan dilingdungi.
سُبْحَانَ الَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ، وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ
Subhanal ladzi sakhora lana hadza wa ma kunna lahu muqrinina wa inna ila ila rabbana la munqalibun.
Maksudnya: Segala puji bagi Allah, Maha suci tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum ini tidak terdaya menguasainya.
Bila dah siap check kereta, barulah Papa boleh memandu dengan lebih tenang dan yakin bersama keluarga. Perjalanan balik kampung sepatutnya jadi pengalaman yang menyeronokkan, bukannya terganggu dengan masalah kereta di tengah jalan.
Sebab tu, lebih baik kita bersedia awal daripada terpaksa berdepan dengan kesulitan yang boleh merosakkan mood semua orang. Luangkan sedikit masa untuk buat pemeriksaan asas sebelum bertolak supaya perjalanan lebih lancar.
Balik kampung memang seronok, tapi jangan lupa, keselamatan tetap keutamaan. Bukan soal siapa sampai dulu, tapi yang penting semua tiba dengan selamat. Mama Siti harap perkongsian ni dapat bantu Mama Papa buat persediaan sebelum memulakan perjalanan jauh.
Ingat, biar lambat asalkan selamat.
Macam mana Mama Papa nak bayar zakat secara online? Klik di SINI.