KelabMama

Wajar ke Bawa Anak-anak ke Masjid, Sekiranya Mengganggu Jemaah Yang Sedang Solat?

bawa anak ke masjid

Wah! Semenjak bulan Ramadan ni Mama Siti tengok ramai Mama Papa yang bawa anak-anak ke masjid, baguslah boleh dedahkan mereka kepada masjid secara tak langsung. Mama Siti sangat puji ye cara didikan macam ni.

Tapi tahun ni ada beberapa video viral di mana kanak-kanak menganggu jemaah lain ketika solat. Situasi ini kita perlu elakkan kerana ini tidak sepatutnya berlaku.

“Biarlah, nama pun budak-budak memang akan bising, bila mereka dah terbiasa nanti mereka hormatlah.”

Ye memang betul, mereka masih kecil tapi Mama Papa perlu bimbing dan mengajar mereka untuk menghormati jemaah lain yang sedang solat dan tidak menganggu orang lain.

Kredit Gambar: annazrulan

Mama Siti rasa kalau setakat bising dengan gelak tawa mungkin masih boleh diterima, tetapi apa yang sangat mengejutkan Mama Siti apabila video seorang kanak lelaki yang memanjat Mamanya dan memukul jemaah lain di sebelah kanan Mamanya.

Kredit Gambar: YouTube Channel Waniey Channel

Ada juga video yang Mama Siti tengok seorang kanak lelaki mengubah kedudukan kerusi pak cik yang sedang solat ke tempat yang lain. Tapi tindakan Papa bagus, kerana menyedari kesalahan anaknya, langsung meinta maaf, tindakan ini patut dicontohi bukan menjadi play victim anaknya.

Tak salah Mama Papa nak bawa mereka bersama ke masjid, tetapi Mama Papa perlu ada rasa tanggungjawab untuk mengajar dan menguruskan mereka supaya kejadian ini tidak berlaku.

Sepatutnya, Mama Papa perlu berpesan kepada anak-anak untuk menjaga adab mereka lagi-lagi ketika berada dalam masjid, menegur kalau ada tingkah laku kurang sopan dan tidak biarkan mereka bermain sesuka hati.

Kredit Gambar: mStar

Mama Papa bahagian tepi dinding dan biarkan anak-anak solat disebelah. Memudahkan Mama Papa untuk perhatikan mereka supaya tak melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya.

Mama Papa jangan takut nak bawa anak-anak ke masjid, Mama Papa pantaulah anak-anak dengan baik. Semoga kita dapat mengubah situasi ni kearah yang lebih baik lagi.


Dapatkan lebih banyak lagi tips dan nasihat keibubapaan di SINI.