KelabMama

Wajah Lebih Glowing & Menawan Semasa Sambutan Makan Malam CNY, Dengan ‘5-Day Beauty Plan’ Ini

Alamak!! Open house, dinner CNY semua nak dekat dah ni! Macam mana nak cantik dan wajah glowing dengan cepat?

Jangan panik Mama! Kalau ni yang Mama pening, mungkin Mama Siti boleh tolong. Menjaga pemakanan dan kesihatan kulit ni sebenarnya sangat penting tau Mama.

Menurut kajian, penjagaan kulit yang betul dan tidak memudaratkan boleh melindungi kulit kita dan membantu kulit Mama kelihatan lebih baik dan sihat berbanding sebelumnya.

Jom kita baca sama-sama!

5 Hari Sebelum Event Besar Untuk Wajah Yang Segar & Glowing

Day 1: Jaga Pemakanan dan Scrub, Scrub, Scrub!

Pemakanan semestinya perkara yang penting yang Mama harus titik beratkan. Kalau Mama nak elakkan kembung perut, pastikan Mama jaga pemakanan dan minum air yang banyak.

Jika Mama mengalami dehidrasi, badan Mama akan bergantung kepada apa-apa air, yang boleh menyebabkan kembung perut. Minum air di waktu siang adalah cara yang bagus untuk mengurangkan kembung perut – pilih air, kopi dan teh tanpa kafein, teh hijau dan teh herba.

Satu lagi perkara yang Mama perlu buat adalah scrub badan dan muka! Ini kerana, sebenarnya terdapat banyak kotoran pada liang pori kita. Oleh itu, untuk menghilangkan kekotoran, Mama Siti menggalakkan Mama menggunakan scrub kegemaran dan biarkan ia lakukan keajaibannya pada kulit Mama.

Tapi, pastikan Mama pakai pelembap kulit tau! Nanti kering pulak. Mama akan kelihatan segar selepas pori-pori telah dibersihkan.

Untuk mengelakkan keradangan ataupun kemerahan disebabkan scrub, Mama Siti sarankan Mama buat langkah pertama ni seminggu sekali sahaja ya.

Day 2: Kukuhkan Rutin Skincare Dan Kawal Jerawat Mama

Lebih awal, lagi bagus! Ni lah masa untuk kawal jerawat-jerawat yang tengah naik tu. Kukuhkan rutin penjagaan muka Mama bermula dari sekarang.

Tambahkan serum, atau produk yang memberi nutrien pada kulit Mama. Memang geram kalau ada ada jerawat yang baru naik dan Mama mesti rasa nak picit-picit je kan?

Tips Mama Siti ialah cuba letak ais! Ais dapat menenangkan jerawat dan keradangan. Kalau rasa macam leceh, gunakan spot treatment yang dapat melegakan jerawat dengan cepat dan pantas. Pakai ubat jerawat yang kuat untuk kecilkan jerawat tu, Mama!

Day 3: Masa Untuk Peel-Off Mask

Tiga hari sebelum, mesti Mama nak flawless kan? Pakai lah peel-off mask untuk singkirkan semua kotoran yang ada pada muka. Peel-off mask ni berfungsi untuk tanggalkan kulit mati pada lapisan luar kulit Mama, bersama-sama dengan kotoran yang berada di kulit Mama.

Pakai peel-off ni bagus tau Mama, nanti segala kotoran, bakteria keluar dan kulit pun lebih seimbang, tona sekata dan kulit juga kelihatan lebih sihat. Barulah glowing!

Day 4: Cerah & Lembabkan Muka Mama

Macam badan kita, kulit kita pun perlukan pelbagai vitamin serta nutrien untuk kulit kelihatan sihat dan menawan! Salah satu tips agar wajah kita glowing dan kekal lembap dan cerah adalah dengan menggunakan sheet mask setiap malam.

Faedah mask ni dapat mencerahkan kulit yang letih dan kusam, disamping menaikkan seri warna kulit. Pakai setiap malam sebelum tidur, dan lihat bagaimana wajah Mama glowing nanti!

Tips Mama Siti adalah Mama cuba pakai mask muka yang pricey sedikit untuk nampakkan muka Mama lebih cerah dan menawan!

Boleh cuba sheet mask serum vitamin C untuk mencerahkan kulit. Kalau rasa muka kering, cuba sheet mask yang memberi hidrasi pada kulit Mama~

Day 5: Masa Untuk Mani Pedi!

Masa untuk kilatkan kuku. Mama dah kerja keras dan Mama layak untuk manjakan diri! Manikur yang simple pasti akan mengubah mood Mama menjadi lebih baik!

Manikur pedikur dapat membersihkan segala kotoran yang berada dalam kuku Mama, serta pastikan ia nampak cantik dan bersih.

Jangan lupa untuk tetapkan janji temu di salon kuku Mama yang terdekat!

Harap tips ini dapat membantu Mama bersiap-sedia untuk acara Tahun Baru Cina tahun ini! Selamat mencuba~


Dapatkan lebih banyak tips kecantikan di SINI!