KelabMama

Vasectomy vs Pil Perancang: Hukum Dari Segi Islam, Kesan Kepada Wanita & Lelaki

hukum lakukan vasectomy dalam islam

Baru-baru ini, Mama Siti terbaca ramai Mama Papa yang berbahas tentang isu vasektomi atau vasectomy yang dijadikan sebagai salah satu kaedah untuk merancang.

Topik ini menjadi hangat kerana ia melibatkan perbincangan tentang kesihatan, serta hukum dalam agama Islam sekiranya Papa memilih untuk melakukannya.

Namun, masih ramai yang kurang memahami apa sebenarnya vasektomi ini.

Oleh itu, Mama Siti ingin kongsikan lebih lanjut mengenai hukum Islam berkaitan perancangan keluarga melalui vasektomi, serta kesan yang sering dialami oleh Mama yang menggunakan pil perancang atau IUD.

Apakah itu Vasektomi?

Secara ringkasnya, vasektomi adalah prosedur pembedahan bagi lelaki yang melibatkan pemotongan atau penyekatan saluran sperma (vas deferens) untuk menghentikan bekalan sperma ke dalam air mani, sekali gus memastikan sperma tidak bercampur dengan air mani.

Prosedur ini dilakukan dengan memotong dan menutup tiub yang membawa sperma. Dengan risiko yang rendah, vasektomi biasanya boleh dilakukan di bahagian pesakit luar di bawah anestesia setempat.

Walaupun ada kemungkinan untuk mengembalikannya semula, vasektomi harus dianggap sebagai satu bentuk kawalan kelahiran lelaki yang kekal.

Hukum Melakukan Vasectomy dalam Islam

Dalam Islam, prosedur ini umumnya dianggap haram kerana ia adalah bentuk kawalan kelahiran kekal untuk lelaki. Peluang untuk membalikkan vasectomy sangat rendah, sukar dilakukan, dan jarang berjaya sepenuhnya.

Oleh itu, ulama mengharamkan pemandulan kekal kerana ia melibatkan pengubahan ciptaan Allah, merosakkan tujuan hidup dan boleh disamakan dengan perbuatan yang membawa kepada kerosakan diri.

Namun, hukum vasectomy bergantung kepada niat dan situasi:

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah (2:233): “Janganlah seseorang itu membebankan orang lain di luar kemampuan mereka.” Ayat ini menekankan kepentingan tidak memudaratkan diri atau pasangan.

Kesan Pil Perancang dan Pemasangan IUCD kepada Mama

1. Pil Perancang

Pil perancang adalah kaedah kontraseptif yang mengandungi hormon seperti estrogen dan progestin, yang berfungsi untuk mencegah ovulasi dan mengubah keadaan rahim supaya tidak sesuai untuk kehamilan.

Pil ini perlu diambil setiap hari pada waktu yang sama untuk keberkesanan yang optimal.

2. Intrauterine Contraceptive Device (IUCD)

Intrauterine Contraceptive Device (IUCD) adalah alat kontraseptif yang dipasang dalam rahim untuk mencegah kehamilan. Terdapat dua jenis utama: IUCD dengan hormon (seperti Mirena) dan tanpa hormon (seperti Copper IUD).

Ia boleh bertahan selama 3 hingga 10 tahun, bergantung pada jenisnya. Mama yang memilih untuk gunakan IUCD sudah semestinya akan alami beberapa kesan pemakaiannya. Antaranya:

Kesan Vasectomy kepada Lelaki

Bukan hanya pil perancang atau IUCD sahaja yang memberi kesan, malah vasektomi juga boleh memberikan kesan kepada Papa:

Pandangan Islam Terhadap Pilihan Perancangan Keluarga

Daripada Abu Sa`id bin Hilal, bawa Rasulullah SAW bersabda:

تَنَاكَحُوا، تَكْثُرُوا، فَإِنِّي أُبَاهِي بِكُمُ الْأُمَمَ يَوْمَ الْقِيَامَ

Maksudnya: Bernikahlah kalian, dan peramaikan bilangan kalian, kerana aku akan berbangga dengan kalian atas ramainya umatku nanti di Hari Kiamat.

Riwayat Abdurrazzaq (10391) dalam Musannaf.

Merancang keluarga terbahagi kepada dua jenis iaitu Tahdid al-Nasal dan Tanzim al-Nasal.

Tahdid al-Nasal bermaksud mengehadkan atau menghentikan sepenuhnya kemampuan Mama Papa untuk mendapatkan anak. Amalan ini dianggap haram kerana bertentangan dengan galakan Syarak untuk memiliki zuriat.

Islam juga melarang pembunuhan atau pengguguran anak atas alasan takutkan kemiskinan, kekurangan makanan, atau faktor kewangan.

Sebaliknya, Tanzim al-Nasal pula merujuk kepada usaha menjarakkan kelahiran anak demi memastikan kestabilan keluarga dan mengelakkan kekusutan dalam menguruskan rumah tangga.

Sebahagian besar ulama membenarkan amalan ini, dengan syarat Mama Papa tetap yakin bahawa jika Allah SWT mengurniakan anak-anak, ia adalah rezeki, hadiah, dan amanah daripada-Nya.

Penting untuk Mama Papa memahami bahawa perancangan keluarga adalah keputusan yang perlu dibuat dengan bijaksana dan penuh tanggungjawab, baik dari segi kesihatan mahupun hukum agama.

Mama Papa perlu berbincang dan mempertimbangkan pilihan yang terbaik mengikut keadaan masing-masing, serta merujuk kepada pakar untuk maklumat yang lebih tepat.

Dalam Islam, segala tindakan yang diambil haruslah seiring dengan niat yang baik dan mengikut prinsip syariah yang jelas.

Semoga perkongsian ini memberi pencerahan dan membantu Mama Papa dalam membuat keputusan yang tepat untuk memilih perancangan yang terbaik untuk Mama Papa.


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Bagaimana rawatan kemoterapi boleh menjejaskan masalah kesuburan Papa? Klik di SINI.