Menjadi seorang usahawan semestinya bukan kerja yang mudah. Tambah-tambah lagi, seorang wanita ataupn seorang ibu. Kali ini, Mama Siti nak share sikit para wonder women yang berjaya dan menjadi idola milenial pada zaman sekarang.
Jom kita baca dan semoga dapat inspirasi daripada mereka.
7 Wonder Women Dalam Dunia Perniagaan
#1 Nabilla Anuar, Kayman Beauty
Siapa tak kenal Kayman kan? Produk penjagaan kulit kegilaan ramai dengan Rosa Glow Essence yang padu, Mama Siti pun pengguna tegar tau. Dalam interview Nabilla mengatakan
“Mencipta produk penjagaan kulit sentiasa menjadi kegembiraan saya dan saya ingin berkongsi kegembiraan itu dengan terus mencipta melalui Kayman Beauty dan membina jenama. Dengan melihat industri kecantikan Korea dan Barat, ia membuatkan saya terfikir, “Why not?” Malaysia boleh buat skincare macam ni; mencipta penjagaan kulit yang selaras dengan persekitaran dan kulit kita.”
Inspirasi daripada pelbagai produk Korea Selatan dan juga Negara barat, lahirlah Kayman Beauty yang mempunyai ejen yang ramai dan sentiasa in-demand.
#2 Tyra Kamaruzzaman, BeauTyra
Mencari rezeki seawal umur 13 tahun, Tyra Kamaruzzaman semestinya idola milenial zaman sekarang. Mendapat peluang untuk berniaga barang kegemarannya, Tyra tidak mensia-siakan peluang yang diberi dan mulakan perniagaannya, BeauTyra.
Terkenal juga dengan mengambil model-model yang kepelbagaian untuk menarik lebih banyak pelanggan daripada fokus pada satu jenis model sahaja.
Tyra memberitahu Beauty Insider,
“Ini sebabnya saya memulakan BeauTyra, saya ingin mencipta kempen dan produk solek yang memenuhi keperluan semua orang, tidak kira saiz atau warna kulit anda. Saya mahu semua orang berasa disertakan, dan tahu bagaimana rasanya melihat produk yang mereka inginkan pada model yang kelihatan seperti mereka.”
#3 Yana, Farah, Azrina Khairrudin, Calaqisya
Bermula daripada blogging hanya sebagai hobi, Yana (kakak sulung), mendapat idea untuk memulakan perniagaan bersama adik-beradiknya, Farah dan juga Azrina.
Mereka bertiga merupakan antara usahawan wanita yang terawal yang memperkenalkan pakaian wanita yang lebih funky dan colourful, tetapi masih mengikut syariat Islam.
Yana mengatakan,
“Matlamat kami adalah untuk terus mengeluarkan idea-idea baru untuk mengisi almari wanita Muslimah dengan potongan-potongan bergaya yang akan membuatkan dia berasa baik tentang dirinya sendiri,”
#4 Nabilah Zulyadaini, Bellaz Beauty
Menjadi idola buat wanita suri rumah, Nabilah Zulyadaini atau lebih dikenali sebagai MUA Bellaz. Usahawan wanita bermula dengan menunjuk bakat di Facebook live, dan tiga tahun kemudian, kerja keras dan dedikasinya membuahkan hasil.
Halaman Facebooknya, Make up by Bellaz, mempunyai lebih 700,000 pengikut, dan dia telah dijemput untuk mengendalikan bengkel di Brunei dan Singapura.
Mua Bellaz memberitahu the Star,
“Saya berasa bersyukur kerana suami saya berhenti kerja untuk membantu menguruskan perniagaan ini. Saya bosan di rumah menunggu dia pulang dari kerja, dan tercetus idea untuk menceburi bidang solekan.
Sekarang ini adalah sumber pendapatan utama keluarganya!
#5 Putri Ereka, Colourcycle Boutique & Ereka Jusoph
Ibu kepada 5 cahaya mata, Putri Ereka semestinya idola buat wanita milenial! Bermula dari zaman study lagi, Putri Ereka pengasas Colourcycle dan ErekaJusoph tekad menjual tudung online dan mendapat sambutan hingga membuka booth.
Bermula dari situ, Putri Ereka teruskan perniagaannya dan bukan bekerja dalam bidang yang dipelajari. Dengan sokongan suami, perniagaannya semakin berkembang dengan jayanya – daripada hanya jualaan tudung, kini Putri Ereka berjaya mereka tudung dengan rekaan dan jenama tersendiri, serta pakaian untuk para muslimah.
Tekun mencari bahan yang terbaik, kini Putri Ereka mempunyai butik dan laman web tersendiri.
#6 Fazrena Aziz, Tudung People
Boss kitty, Tudung People, Fazrena Aziz mempunyai empayar tudung yang harus dicemburui. Dengan mengimbangi kecantikan dan kesopanan, Fazrena adalah usahawan wanita terawal yang melahirkan fesyen tudung yang ramai wanita perlu ada dalam almari mereka.
Fazrena menubuhkan Tudung People pada usia 21 tahun, semasa masih belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Dia mahukan tudung yang menutup sepenuhnya bahagian dada dan punggung tetapi satu-satunya gaya yang ada ketika itu ialah selendang pashmina.
Dengan material tudung yang pelbagai dan juga corak yang berbeza, ia sangat sesuai dengan pasaran di Malaysia.
Fazrena memberitahu News Straits Times,
“Saya ingin memastikan bahawa Tudung People adalah patuh Syariah yang mungkin, menawarkan pakaian sederhana yang bergaya dan bergaya. Ini adalah dakwahku, kerana ia adalah duniaku, ia juga akhiratku.”
#7 Nurul, Amirah, Syahira, Mimpikita
Bermula daripada menjual pakaian melalui blogshop dan bazar hujung minggu pada 2008, adik-beradik Zulkifli kini menjalankan perniagaan melalui laman web dan platform media sosial mereka.
Tiga beradik memberitahu News Straits Times,
“Seperti yang anda lihat, setiap gaya kami adalah tersendiri. Our dream (yang bermaksud “Mimpikita” dalam bahasa Melayu) adalah gabungan kreatif semua elemen ini. Ia adalah cerminan kami bertiga,” kata Nurul, pengasas dan pereka jenama fesyen tempatan yang berkembang pesat.
Walaupun tiada latar belakang dalam bidang fesyen, ia semestinya cabaran buat mereka. Tetapi dengan niat yang betul dan tekad untuk mengejar impian mereka, tiga usahawan wanita ini berjaya merealisasikan Mimpikita.
Amacam Mama, terinspirasi tak? Memang wanita-wanita ini hebat mengendalikan perniagaan mereka hingga berjaya membuat nama sendiri di dunia perniagaan dan juga dunia media sosial.
Kalau Mama nak pulakan perniagaan Mama, mula sekarang!
Mahu rezeki melimpah dan berkat dalam pekerjaan? Amalkan doa mula bekerja di SINI.