Plasenta atau uri bayi merupakan organ yang berkembang di rahim semasa kehamilan. Organ ini sangat penting untuk membekal oksigen dan juga nutrien kepada bayi yang semakin membesar.
Malah ianya juga berfungsi untuk membuang sisa buangan dari darah bayi. Selepas kelahiran, uri ini akan keluar bersama-sama dengan bayi dan pihak hospital akan memberikan bungkusan yang mengandungi uri ini kepada bapa untuk diuruskan.
Dan apakah yang perlu dilakukan dengannya?
Ikuti perkongsian oleh Khairul Izham melalui hantaran di laman Facebook miliknya untuk mengetahui apakah yang perlu dilakukan terhadap uri tersebut.
Urus Uri Bayi Dengan Cara Yang Mudah
Take Note Papa!
- Orang Islam hendaklah membawa balik uri untuk ditanam.
- Uri bayi juga tidak boleh dijual mahupun dimakan.
- Uri perlu ditanam ditempat yang selamat.
- Uri bayi tidak boleh dibakar.
Tapi perlu ke nak cuci uri dengan limau, asam jawa dan garam macam orang dulu-dulu buat?
Ya, perlu supaya uri ditanam dalam keadaan bersih, terhindar daripada binatang seperti anjing untuk menghampiri dan sebagainya.
So di bawah ini Cikgu terangkan cara mudah uruskan uri si manja:
Cara Mudah Uruskan Uri Bayi
#1. Sediakan bahan-bahan berikut:
- Limau nipis
- Asam jawa
- Garam
#2. Bawa balik uri dan masukkan dalam baldi.
#3. Basuh uri dengan air, buang darah-darah beku dan lendir yang ada.
#4. Potong limau nipis dan perah dalam air suam. Campurkan sekali asam jawa.
#5. Masukkan air limau nipis dan asam jawa ke dalam baldi berisi uri. Biarkan seketika dan basuh sehingga berkurangan bau.
#6. Basuh dengan air bersih.
#7. Kemudian korek lubang sedalam 1 hingga 2 kaki.
#8. Bungkus uri dengan kain yang mudah reput atau boleh juga gunakan tempurung kelapa.
#9. Selesai tanam, letakkan batu besar atau apa-apa benda yang boleh menghalang daripada binatang seperti anjing mengorek lubang tersebut.
Menurutnya juga, pengurusan uri bayi sebenarnya adalah mudah dan tidak perlu untuk dirumitkan. Yang penting, jangan sesekali mengamalkan benda pelik-pelik seperti masukkan paku, lada hitam dan sebagainya. Ianya boleh menyebabkan kita sebagai umat Islam terpesong akidah.
Semoga perkongsian ini memberi panduan berguna buat Papa dan Mama semua!