Mama ingat lagi zaman kanak-kanak Mama yang sangat aktif dan menyeronokkan? Berbanding dengan anak-anak kita sekarang, zaman kita kecil-kecil dulu kita sering berlari-lari di luar, bermain ‘dress-up’ macam puteri atau watak kegemaran kita, dan tak lupa, koleksi patung Barbie® yang dikumpulkan dengan gaya hidup mengagumkan! Rindu pulak zaman bangun awal pagi Sabtu hanya untuk menonton siri kartun Barbie® kegemaran kita semua.
Sedar tak sedar, Barbie® kini meraikan ulang tahunnya yang ke 60! Sejak tahun 1959, Barbie® telah memberi inspirasi kepada anak kecil untuk bercita-cita tinggi dan mengejar pekerjaan impian mereka. Kini, Barbie® mempunyai lebih daripada 200 kerjaya (and counting)! Uish, tak terkira tu.
Untuk mengimbau kenangan lama dan mencipta memori baru bersama anak gadis Mama, jom raikan ulang tahun ke-60 Barbie® di Sunway Putra Mall bermula 4 hingga 20 Oktober ini! Bertemakan “Barbie® You Can Be An Explorer”, anak kecil Mama berpeluang menjadi peneroka sepanjang acara berlangsung.
Mama, Papa, dan seisi keluarga boleh menyertai pelbagai aktiviti yang sangat menghiburkan. Aktiviti-aktiviti ini diilhamkan oleh beberapa pekerjaan Barbie® yang sangat cool tersebut.
Aktiviti-aktiviti di Barbie® World Concourse
- Zon Barbie® You Can Be an Explorer: Terokai seluruh dunia bersama Barbie® melalui aplikasi Barbie® World Explorer yang baru dalam Camper Van khas. Dalam masa yang sama, anak Mama boleh mendapatkan pelbagai fakta yang menyeronokkan melalui dunia AR Barbie®, dan menjadi Safari Explorer.
- Zon Barbie® You Can Be a Chef: Asah bakat memasak dan membuat kek anak-anak di zon ini dengan menjadi Chef untuk sehari, dan bermain permainan baking yang interaktif lagi menyeronokkan!
- Barbie® You Can Be a Pilot: Salah satu highlight di Barbie® World, anak-anak Mama pasti akan bergembira di atas gelongsor pesawat bersaiz seperti pesawat sebenar yang dihias indah berwarna merah jambu! Biarkan mereka menikmati keseronokan gelongsor tersebut dan jangan lupa untuk bergambar di set-up yang sangat Insta worthy!
- Barbie® You Can be an Artist: Zon ini dapat meningkatkan kreativiti dan daya imaginasi anak anda. Mereka berpeluang menjadi artis selama sehari dengan bermain permainan Barbie® x Crayola terbaru, di mana anak-anak harus mewarnakan pakaian dan aksesori Barbie® mengikut kreativiti mereka.
- Barbie® You Can Be a Director: Anak gadis Mama boleh menyanyi lagu-lagu iconic Barbie® bersama rakan-rakan mereka di zon ini. Dalam masa yang sama, mereka boleh menjadi Pengarah Filem dengan alat-alat yang disediakan.
Dengan perbelanjaan minimum RM50, anak Mama berpeluang menerima Barbie® Explorer Passport (Buku Stem Aktiviti), untuk mengambil bahagian dan melengkapkan kesemua aktiviti di zon-zon tersebut dan menerima Sijil Barbie® Explorer!
Pada masa yang sama, dapatkan promosi Gift-with-Purchase (GWP), di mana anda boleh mendapatkan fotobook PERCUMA dengan pembelian RM50 dan ke atas, serta bantal leher perjalanan PERCUMA untuk setiap pembelian produk Barbie® berharga RM120 dan ke atas.
Hujung Minggu BERTAMBAH MERIAH!
(pada 5, 6, 12, 13, 19, dan 20 Oktober)
Selain itu, anda seisi keluarga juga boleh menikmati keseronokan berganda pada hujung minggu dengan aktiviti-aktiviti di bawah:
- Pertandingan Mewarna [5 Oktober, 2PM-3PM]
Pamerkan kemahiran mewarna si manja anda untuk memenangi hadiah menarik bernilai sehingga RM6,000! Pre-register anak anda di Facebook Sunway Putra Mall kerana ia terhad kepada 100 peserta sahaja!
- Peraduan Career Dress-up [5 Oktober, 2PM-3PM]
Siapkan anak-anak anda dalam pakaian kerjaya terbaik mereka seperti juruterbang, angkasawan, doktor, mahupun sebagai fairy princess yang cantik! Setiap peserta kemudian harus peragakan pakaian mereka dan diberikan masa 2 minit untuk berkongsi aspirasi kerjata mereka dan berpeluang untuk merebut hadiah-hadiah lumayan! Pre-register di sini sebelum terlambat.
- Bengkel ‘Be A Scientist’ [5, 6, 12, 13, 19, dan 20 Oktober | 12PM-1PM]
Terhad kepada 20 peserta setiap sesi, anak-anak anda boleh menjadi ahli sains selama sehari dan membuat ‘bom’ slime berwarna merah jambu bersama-sama. Tak perlu pre-register, anak Mama boleh rasai pengalaman bermain slime yang menyeronokkan dengan hanya walk-in sahaja.
- Bengkel ‘Be a Jewellery Maker’ [ 5, 6, 12, 13, 19, dan 20 Oktober | 4PM-5PM ]
Siapa tahu mungkin anak Mama sebenarnya sangat berbakat dalam membuat aksesori sendiri? Tingkatkan kreativiti mereka dengan menyertai bengkel membuat rantai tangan atau aksesori lain pada tarikh-tarik yang dinyatakan di atas.
Pameran Ulang Tahun Barbie® yang ke 60!
Selain daripada aktiviti-aktiviti yang amat menyeronokkan, para pengunjung juga dapat melihat 60 anak patung Custom Styles Barbie® yang dipamerkan di Aras Bawah, bersebelahan dengan Kaunter Informasi bermula 4 sehingga 13 Oktober ini. Fesyen Barbie® dolls yang dipamerkan adalah direka khas oleh ahli Limkokwing Fashion Club, dan rambut digayakan oleh para pelajar A Cut Above Academy.
Jadi apa tunggu lagi? Set tarikh dengan seisi keluarga Mama untuk meraikan ulang tahun ke-60 Barbie® dari 4 hingga 20 Oktober 2019, di Sunway Putra Mall. Dalam masa yang sama, Mama juga boleh ikuti update terbaru di laman web Sunway Putra Mall, Facebook & Instagram, atau hashtags ini: #SunwayPutraMall, # Barbie60, dan #YouCanBeAnything.