Selalu dah terjadi, kalau masuk bulan puasa je, automatik jadi lupa atau ragu-ragu dengan perkara yang membatalkan puasa kan? Ada cakap itulah, inilah. Haa, ni tambah pula kita tengah viral pasal Covid-19, mula lah orang tanya “sah ke puasa kalau ambil ujian swab Covid-19 ni?” “tak batal puasa ke kalau lepas ujian swab Covid-19?”.
Jawapannya puasa masih sah; lepas ujian swab Covid-19. Hal ini telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Perlis yang mana setiap individu yang menjalani ujian pengesahan virus ini masih sah puasanya.
Menurut akhbar Harian Metro, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau mama semua selalu familiar dengan Dr MAZA, berkata ujian yang dijalankan oleh pihak KKM itu tak menunjukkan perbuatan makan atau minum. Maka, ianya tak ada masalah.
“Tapi, nurse tu masukkan alat dalam rongga hidung; dalam pulak tu?” Mesti mama terfikir macam itu kan? Ye, memang doktor atau petugas kesihatan memasukkan alat khusus dalam rongga hidung dan belakang dengan kedalaman yang tertentu, tapi perbuatan itu jelas menunjukkan yang pesakit makan atau minum.
Jadi, puasa kita masih sah, kita janganlah risau kalau-kalau puasa kita akan batal lepas buat ujian swab ini. Janji kita yakin je.
Bila masuk bab perkara yang boleh batalkan puasa ini, mulalah kita nak buka mazhab itu mazhab ini kan. Yelah, mana tak nye, kita kalau boleh nak puasa dengan sempurna kan? Hal ini telah pun luas dibincangkan oleh orang alim ulama; tentang hukum memasukkan alatan ke dalam rongga badan.
Hukum yang ujian swab ini tak batalkan puasa lebih kukuh bila ada sebahagian ulama Hanafi bersetuju dengan alasan tersebut. Tapi dengan syarat; alatan yang dimasukkan ke dalam rongga itu bersifat kekal dan tak bersambung dengan alatan lain di luar badan.
Dr MAZA juga menyenaraikan beberapa alatan medikal dan mekanisme lain, yang mana kalau doktor atau nurse guna pakai dekat kita, puasa kita masih sah. Alatan itu termasuk gastroscope – teropong perut. Hal ini kerana, teropong perut dan alatan ujian Covid-19 ini, hanya dimasukkan untuk tujuan kesihatan dan dikeluarkan semula dari badan pesakit.
Bagi gastroscope tu, tak ada cecair atau ubat yang dimasukkan, hanya kamera semata-mata. Manakala bagi alatan ujian Covid-19 pula, ianya dimasukkan untuk ambil sample dalam rongga lepas tu terus dikeluarkan.
Maka, tiada unsur yang boleh membatalkan puasa jika seseorang itu menjalani ujian swab Covid-19 kata Dr MAZA lagi.
Jadi, mama semua janganlah takut kalau terbatal puasa ke apa kan. Puasa masih sah lepas ujian Covid-19 dijalankan. Ni kalau ada sesiapa dalam group WhatsApp ke Facebook ke cakap puasa batal, mama semua tolonglah sampaikan dekat mereka semua ye.
Sumber: Harian Metro
BACA LAGI SIMPTOM POSITIF COVID, BANYAK PROSEDUR PERLU DIBUAT
Pesan Mama Siti
Lepasni, mama semua dah tahu lah sama ada ujian swab Covid-19 ni membatalkan puasa atau tak kan? Semoga ibadat puasa kita kali ini lebih baik dan semoga wabak pandemik ini cepat berakhir, Aamin!