Sedar tak sedar, sudah tiba masa untuk Mama dan Papa menyambut hari kelahiran anak tersayang. Daripada si manja yang kecil comel sebesar yang dikendong di bahu kita, kini anak-anak semakin meningkat usia. Berikut merupakan koleksi ucapan hari lahir untuk anak yang Mama dan Papa boleh berikan atau dijadikan inspirasi.
Siapa yang tak sayang anak bukan?
Koleksi Ucapan Hari Lahir Untuk Anak
- Wahai anakku sayang. Rasa sekejap sahaja awak dah besar, sayang. Mama dan Papa sentiasa sayangkan anak Mama ni. Mama dan Papa sangat gembira dengan kelahiran sayang dan terima kasih kerana sentiasa menceriakan hari-hari kami. Semoga anak sayang Mama Papa ini membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh di dunia dan akhirat kelak.
- Selamat ulang tahun anakku. Dah bertambah setahun usiamu sayang. Samoga kamu dipanjangkan umur dan membesar dengan sihat dan bahagia. Mak sayang anak mak semuanya.
- Happy birthday anakku! Terima kasih menjadi anak mama. Mama doakan anak mama membesar menjadi seorang yang menyenangkan dan disenangi orang ramai, berjaya dunia dan akhirat. Ketahuilah bahawa dikaulah permata yang paling berharga untukku dunia dan akhirat.
- Selamat ulang tahun untuk anakku yang pintar dan kuat. Kamu adalah anak yang luar biasa dan penuh dengan bakat serta sangat berbakat. Sekejap je dah besar. Tetapi, ketahuilah tak kisah berapa pun umurmu, anakku tetap putera-puteriku sehingga akhir hayat.
- Anakku yang tersayang, Mama doakan ulang tahun kali ini lebih diberkati, lebih bahagia dan mendapat kasih sayang dan cinta orang di sekeliling mu. Selamat hari lahir anakku sayang.
- Selamat ulang tahun untuk bintang kecil yang paling bersinar dalam keluarga ini! Sejak awak lahir, keluarga kita semakin penuh dengan cinta dan kebahagiaan. Mama sayang sangat anak Mama tau!
- Selamat ulang tahun hero ibu dan ayah. Semoga kamu menjadi anak yang hebat, mendapat ilmu yang bermanfaat. Semoga Allah selalu melimpahkan rahmat dan kurnia-Nya agar kamu sentiasa menjadi anak yang soleh dan membesar dengan baik.
- Selamat hari lahir untuk anak lelaki kesayanganku. Semoga awak sentiasa dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan yang baik di dunia dan akhirat kelak.
- Selamat Hari Lahir Anakku. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Terima kasih kerana menceriakan hari-hari ayah dan ibu ya anak!
- Selamat ulang tahun malaikat kecil ibu dan ayah. Semoga sentiasa menjadi anak yang membanggakan ibu dan ayah, membesar menjadi anak soleh dan disenangi oleh ramai orang.
- Barakallah Fii Umrik. Mama doakan angah panjang umur, murah rezeki, dan membesar menjadi anak yang solehah yang membanggakan Mama dan Papa. Mama dan Papa sangat bangga dengan angah dan semua anak-anak Mama. Happy birthday!
- Kakak sayang, semoga dengan bertambah umurmu, maka semakin bertambah sempurna pula Iman serta akhlakmu. Semoga kamu membesar menjadi anak yang solehah. Mama Papa sayang.
- Adik, pada hari ini, walau apapun impianmu, semoga Allah SWT menjadikan ia kenyataan dan diberkati olehNya. Semoga kamu membesar dengan sihat, nak.
- Selamat hari lahir anakku. Semoga redha dan keberkatan Allah sentiasa mengirimu. Ingat, ayah dan ibu sentiasa menyayangimu dan sentiasa mendoakan kesejahteraanmu.
- Happy birthday baby! Dah besar pun masih panggil baby kan? Yelah, awak sentiasa baby kesayangan ibu ayah daripada kamu lahir sampai bila-bila. Ibu nak ucapkan selamat hari lahir untuk anakku, semoga kamu sentiasa dalam lindungan Allah. Ingatlah bahawa kasih sayang dan doa ibu ayah sentiasa mengiringimu sayang. Love you!
- Anak lelakiku tersayang. Kamu adalah pelengkap hidup Mummy dan Daddy. Hari ini lengkap setahun lagi pertambahan usiamu. Mummy doakan semoga kamu panjang umur dan diberi kesihatan yang baik. Moga menjadi anak yang baik serta mampu membahagiakan Daddy dan Mummy dunia akhirat.
- Selamat hari jadi anakku. Semoga di hari bahagia ini, Allah SWT sentiasa memberikan taufik, rahmat, barakah juga lindungan kesihatan, hidayah dan redhaNya. Semoga sentiasa dalam lindungan Yang Maha Esa.
- Selamat hari ulang tahun anakku. Semoga dikurniakan umur yang bermanfaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna, jodoh yang membahagiakan, dan sentiasa dirahmati Allah SWT.
- Selamat hari jadi anakku sayang. Mama doakan kakak sihat sejahtera dan sentiasa menjadi zuriat yang terbaik untuk Mama dan Papa. Sayang kakak!
- Hari jadi mu sentiasa membawa kenangan manis dan ia adalah tanda peringatan kepada ibu dan ayah untuk terus menyayangimu dan mengasihimu dengan penuh kasih dan sayang.
- Selamat hari lahir anakku, hari ini semakin bertambah umur mu dan lebih bertambah bahagia ibu ayah kerana awak anak yang baik, yang membuatkan kita sekeluarga lebih gembira dan istimewa.
- Selamat ulang tahun kelahiran buat anak lelaki kesayangan ibu dan papa. Kami sentiasa mendoakan abang diberikan kebaikan dalam hidup ini, dipanjangkan umur dan terus menempa kejayaan yang membanggakan.
- Sanah Helwah anak lelaki Mummy dan Daddy yang disayangi, semoga dirimu dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat, diberikan rezeki yang melimpah, terus berjaya dalam hidupmu dan menjadi hero kami selamanya.
- Wahai anakku tercinta, ingatlah ayah dan ibu sentiasa menyayangimu dengan penuh kasih sayang dan tak pernah sekali kami membenci. Kaulah kekuatan kami, kaulah semangat kami dan kaulah penyeri kehidupan kami. Selamat Hari Lahir sayang.
- Ketika kau dilahirkan ke dunia ini dengan tangisanmu yang comel itu, ayah dan ibu berjanji akan menjagamu sepertimana kami menjaga dan membelai diri kami kerana kau adalah sebahagian dalam hidup ayah dan ibu. Selamat hari lahir sayang!