KelabMama

“Ubat Je Tak Cukup!” Cuba 15 Cara Hilangkan Selesema Dengan Makanan dan Persekitaran

cara hilangkan selesema dewasa

Hidung tersumbat dan berair serta susah bernafas mendorong Mama mencari solusi kepada masalah sakit selesema. 

Ikuti 15 cara dan petua hilangkan selesema di rumah melalui makanan, minuman dan persekitaran yang membantu. 

Apa Punca Selesema?

Penyakit selesema adalah disebabkan oleh jangkitan virus Rhinovirus yang tergolong dalam salah satu daripada 200 jenis virus lain.

Selain virus Rhinovirus yang lazim menjadi punca penyakit selesema, coronavirus dan virus syncytial pernafasan (RSV), influenza dan parainfluenza juga boleh mengakibatkan selesema.

Beberapa jenis virus boleh wujud dalam suhu rendah atau sejuk. Oleh kerana itulah, selesema sering menjangkiti individu yang melawat ke negara sejuk atau duduk di dalam bilik berdingin hawa.

15 Cara Hilangkan Selesema

#1 Sup Panas

Kredit gambar: RASA

Melalui hidangan sup panas, ia merembeskan lebih banyak mukus dan meringankan hidung, dada dan tekak. 

Sup juga dapat mengurangkan keradangan dan membekalkan nutrisi baik melalui bahan-bahan yang terkandung dalam sup. 

#2 Teh Panas

Kredit gambar: Blog Malaysia

Masalah hidung tersumbat ketika selesema boleh dikurangkan dengan mengamalkan minuman teh hijau kerana terdapat flavonoid yang bersifat antiradang dan sekaligus dapat meningkatkan imuniti badan.  

#3 Madu

Kredit gambar: hucklebeefarms.com

Sifat anti-mikrob dan antibakteria menunjukkan madu mampu mencairkan kahak dan mempercepat proses penyembuhan selesema. 

Kaedah makan madu yang dicadangkan adalah dengan mencampurkannya dengan minuman tanpa gula. Mama juga boleh menikmati madu begitu sahaja untuk kesan ketara.  

#4 Vitamin C

Kredit gambar: Nutrivore

Banyakkan vitamin C dalam diet sepanjang mendapat penyakit selesema. Ia boleh diperolehi melalui hidangan makanan, minuman dan sebagai snek. 

Vitamin C berfungsi sebagai cara untuk meningkatkan sistem imun badan untuk melawan virus. 

#5 Halia

Kredit gambar: SUARA INSAN

Potong beberapa hiris halia dan masukkan ke dalam air minuman panas. Minum airnya sampai selesama sembuh. 

Halia sering menjadi pilihan sebagai cara menghilangkan pelbagai jenis penyakit. Minuman herba halia mujarab dalam menangani masalah selesema, muntah dan loya. 

#6 Air Masak

Kredit gambar: Uzone.id

Minum air secukupnya terutamanya air masak. Di samping itu juga Mama boleh amalkan minum jus buah-buahan untuk meningkatkan antibodi melawan virus selesema. 

#7 Garam

Kredit gambar: Everyday Health

Bagaimana cara hilangkan seselema dengan menggunakan garam Mama Siti?

Mungkin ada yang baru tahu bahawa garam juga merupakan salah satu cara hilangkan selesema secara semula jadi yang berkesan. Mudah je caranya:

  1. Tambahkan ¼ sudu garam dengan ¼ sudu baking soda dan kacaukan hingga larut.
  2. Kemudian, ambil air campuran tadi dan kumur-kumur atau masukkan ke dalam rongga hidung sebagai petua hilangkan selesema. 

Pada yang tak biasa, mungkin Mama akan rasa tidak selesa sedikit. Tapi, lama-kelamaan, Mama akan dapat mengatasinya dan masalah selesema pun berkurangan.

Nota: Air garam mencairkan kahak dan mengurangkan mukus yang mengandungi bakteria serta virus. 

#8 Daun Sirih

Kredit gambar: detikcom

Ramas daun sirih hingga keluar lendir. Cecair lendir itu hendaklah disapukan ke batang hidung atau boleh juga lenyekkan daun sirih bersama-sama minyak biji sawi dan sapu ke seluruh bahagian cara untuk hilangkan selesema. 

#9 Suhu Bilik dan Badan Terkawal

Kredit gambar: Pngtree

Ambil langkah proaktif dalam meredakan selesema dengan cara mengelakkan diri daripada terdedah kepada suhu sejuk. 

Jika Mama tinggal di persekitaran bersuhu rendah, pakai jaket dan selimut agar dapat mengawal suhu badan. Keadaan sejuk boleh memburukkan lagi keadaan selesema.  

#10 Cukup Rehat

Kredit gambar: moderninte

Dapatkan rehat yang mencukupi mengikut kategori umur orang yang mendapatkan selesema. Seperti yang disarankan, orang dewasa perlukan tidur untuk berehat antara 6 hingga 7 jam sehari. 

Bagi kanak-kanak pula, berikan mereka tidur selama 8 hingga 10 jam sehari untuk cepat hilangkan selesema. 

#11 Mandi dengan Air Suam

Kredit gambar: mStar

Hidupkan kuasa pemanas air mandian dalam bilik air kemudian mandi dengan air suam selama beberapa minit. 

Jika dalam rumah Mama tiada mesin pemanas air, boleh juga masak air panas dan campurkan dengan air biasa kemudian ambil menggunakan gayung untuk mandi. 

Lebih baik lagi jika Mama berendam dalam air suam di dalam tab mandian untuk hilangkan selesema. 

#12 Minum Air Lemon

Ambil perahan jus lemon dan campurkan dengan air suam tanpa gula. Rasa manis minuman ini akan diperolehi melalui madu yang digaulkan sekali. 

Amalkan minuman ini sebagai cara hilangkan selesema dua kali sehari iaitu pada pagi dan malam. 

#13 Hirisan Bawang Merah

Kredit gambar: Rachel Cooks

Hiris bawang merah dan masukkannya di dalam bekas. Kemudian, letakkan bekas tersebut di sudut bilik tidur Mama. 

Selain itu, cara hilangkan selesema yang seterusnya adalah dengan hiris bawang merah senipis yang mungkin. Selepas itu, tambahkan sedikit minyak kayu putih dan sapu ke beberapa bahagian badan seperti perut, dada dan belakang badan. 

#14 Wap Air Panas

Jerang air panas di atas api dapur atau boleh dapatkan air panas daripada mesin penapis air. Selepas itu, isi air dalam bekas dan kemudian letakkan muka di atas bekas tersebut untuk mendapatkan wap air. 

Cara ini adalah untuk melegakan hidung tersumbat ketika dijangkiti selesema. 

#15 Jangan Lupa Makan

Kredit gambar: bodrexin

Mama perlu makan seperti biasa walaupun ketika dijangkiti selesema kerana badan memerlukan tenaga untuk melawan virus. 

Semasa selesema, deria bau dan rasa akan berkurangan dan hampir hilang. Disebabkan itulah, kita hilang selera makan dan tidak mahu makan. 

Diharap, salah satu cara hilangkan selesema ini membantu Mama menyelesaikan masalah hidung tersumbat berair dan susah bernafas. 

Namun begitu jika selesema masih belum pulih, terus berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan diagnosis kesihatan. 


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Dapatkan tips dan nasihat berkaitan kesihatan Mama dan Papa di SINI.