KelabMama

TUMIT KAKI MEREKAH KADANGKALA MENYAKITKAN KETIKA BERJALAN

Tumit Kaki Pecah.Tumit kaki anda kasar, merekah dan pecah-pecah? Dari jauh lagi dah nampak penampilan kaki anda hitam dan kotor. Anda tentu ‘tension’ kan? Ia seolah-olah telah mencacatkan penampilan anda pada hari itu. Merawat tumit kaki pecah ini sebenarnya sama penting dengan merawat wajah.

Setiap wanita mendambakan tumit kaki yang lembut, licin dan kemerah-merahan dan apabila menyarung sepatu maka kaki mereka kelihatan sempurna dan cantik dipandang. Namun, kebanyakan wanita berdepan dengan masalah tumit kaki pecah sehingga menyebabkan hilang keyakinan untuk berdepan dengan orang ramai. Perkara ini bukan saja terjadi kepada mereka yang berusia, malah golongan muda tidak terkecuali.

Banyak berjalan dan kurang penjagaan yang betul membuatkan tapak kaki merekah, kering dan pecah serta kematu yang sedikit sebanyak menjejaskan penampilan diri. Masalah ini dihadapi oleh kebanyakan orang tidak kira wanita mahupun lelaki. Kaki yang kering ditambah dengan cara membersihnya kurang tepat mudah bermasalah seperti merekah, kematu serta berbau. Jika diperingkat teruk akan menyebabkan kaki dijangkiti kuman dan berdarah.

Pada peringkat awal, garis pecah yang halus ini tidak mendatangkan masalah, tetapi ia kurang cantik dipandang. Namun jika tidak diberikan rawatan, rekahan halus ini akan menjadi semakin besar dan panjang membentuk kalus (kulit lebih tebal). Tanpa disedari,rekahan halus ini boleh menjadi panjang sehingga menimbulkan rasa tidak selesa dan sakit apabila berjalan. Terdapat pelbagai petua yang boleh diamalkan untuk menyembuhkan tumit kaki yang pecah.

 

8 PETUA HILANGKAN TUMIT KAKI MEREKAH

 

CARA 1:

Sediakan beberapa biji belimbing buluh.

Lenyek kasar belimbing tersebut dan kemudian gosokkan pada tumit anda perlahan-lahan selama beberapa minit.

Amalkan selalu. Hasilnya, masalah kulit pecah dan merekah pada tumit akan hilang malah membantu menghaluskan kulit pada bahagian tersebut.

 

CARA 2:

Sediakan beberapa keping asam gelugur.

Masukkan ke dalam  besen berisi air suam.

Rendamkan kaki selama 30 minit.

Lakukan setiap hari pada waktu malam.

 

CARA 3:

Rendamkan kaki ke dalam air suam selama 15 minit.

Kemudian, gosokkan tumit dengan batu asahan pisau selama beberapa minit.

 

CARA 4:

Sapukan getah betik muda pada tumit kaki.

Biarkan ia kering sehingga sebelum dicuci.

 

CARA 5:

Tumbuk beberapa ulas bawang putih.

Campurkan dengan sedikit perahan limau nipis.

Sapu dan gosokkan ia pada tumit kaki.

 

CARA 6:

Belah dua biji bawang merah dan gosokkan pada tumit kaki yang kering.

Lakukan selalu sehingga kesan pecah dan rekahan semakin hilang.

 

CARA 7:

Campurkan sedikit gambir dengan minyak kelapa.

Gosokkan pada tumit selama beberapa minit sebelum dibilas bersih.

Lakukan setiap hari hingga menampakkan hasilnya.

 

CARA 8:

Cuci kaki dengan air panas, kemudian keringkan dahulu sebelum letakkan skrub dan losyen.

 

Tip Yang Anda Perlu Cuba!

 

 

 

 

Sumber: petuaoranglama.blogspot / wow.com.my