Bayi tak ada gigi lagi ni, boleh ke saya tukar tekstur makanan bayi?
Menukar tekstur makanan si manja yang berusia 6 bulan ke atas sudah semestinya menjadi pengalaman yang menyeronokkan buat mama. Dalam keterujaan ingin memberi makanan pejal pertama pada bayi mama, pasti terselit sedikit rasa risau, kan? Bagaimana penerimaannya nanti jika mama perkenalkan makanan pada si manja mama?
Inilah masanya untuk mama ‘explore’ segala jenis makanan yang sesuai untuk si manja. Apatah lagi bila mama nak anak mama membesar dengan sihat dan tak cerewet dengan makanan. Tapi dalam keterujaan tu, masih ramai ibu bapa yang tak berani tukar tekstur makanan si manja mengikut umur mereka yang sesuai. Katanya, takut tersedak. Macam mana nak makan gigi tak ada sebatang pun…
Jangan takut! Dalam coretan Mama Siti kali ni, Dietitian Fizah Sobri berkongsi kenapa mama perlu tukar tekstur makanan bayi mengikut kepada peralihan umur mereka.
Jangan Tunggu Gigi Tumbuh Baru Nak Ubah Tekstur Makanan Bayi
Kes cekik, kes tersedak ada terjadi dan ini akan menjadi sumber ketakutan dan kerisauan kepada mommies dan daddies untuk ubah tekstur makanan anak terutamanya yang antara 6-12 bulan. Tapi jangan tunggu ada gigi baru nak ubah tekstur. Sebab:
1. Kadar Pertumbuhan Gigi Adalah Berbeza Dengan Setiap Anak
Ada anak yang cepat dan ada anak yang lambat. Ada kes tumbuh gigi 4 bulan ada yang tumbuh gigi usia 1 tahun, takkan nak bagi makan bertekstur waktu macam tu?
2. Gusi Bayi Dah Kuat
Gusi mereka kuat nak kunyah makanan. Tapi bukan maksud mereka boleh makan makanan macam kita. Makanan ideal untuk mereka ialah makanan yang bertekstur.
3. Bayi Perlu Berkembang & Stimulasi Seiiring Dengan Umur Mereka
Jadi, Kenapa Kena Tukar Tekstur?
Kenapa kena tukar tekstur? Kenapa tak boleh dari puri terus ke makanan macam dewasa? Apa kaitan tekstur dengan skill anak untuk bercakap?
Perkembangan skill baby adalah paling cepat antara 0-2 tahun. Kita sebagai ibu bapa perlu membantu skill tersebut untuk berkembang. Makanan akan melatih anak anda menggunakan lidah.
6-7 Bulan : Puri, Cair, Kisar Halus
- Baby belajar merasa makanan dan telan
- Sesuai ketika memperkenalkan makanan/sesuatu yang baru kepada baby 6 bulan
- Transition dari susu ke makanan pelengkap
- Jangan risau kalau baby taknak makan banyak untuk umur 6-7 bulan 1-2 sudu besar pun dah cukup
- Tujuan: memberi rasa makan bukan untuk mengenyangkan dan memperkenalkan makanan selain susu
7-8 Bulan : Lenyek, Kisar Kasar
- Bayi perlu kuatkan lidah dan keluarkan air liur yang lebih banyak untuk menelan makanan tersebut
- Lidah dah mula sensori rasa, itu sebab pada fasa ini baby banyak kutip benda dan letak dalam mulut sebab macam tu baby ‘rasa’
- Sensori di lidah jauh lebih banyak dari tangan
- Transition dari makanan puri/cair/kisar kepada lenyek sekejap saja bila bayi antara 7-8bulan
- Kuantiti makan dah semakin banyak untuk penuhi keperluan baby iaitu antara 2-3 sudu besar sekali makan
8-10 Bulan : Cincang Kasar
- Tujuan: kuatkan lidah baby untuk meng’golek’ makanan dari kiri ke kanan dan seterusnya dari depan ke belakang untuk menelan
- Melatih guna gigi dan gusi yang kuat untuk mengunyah
- Makanan ada tekstur yang kasar tapi tak terlalu kasar agar baby dapar cabaran untuk mengunyah ketika makan
- Kuantiti 3-5 sudu besar sekali makan
- Dah campur carbohydrate + protein + fiber dalam setiap hidangan
10 -12 Bulan : Potongan Kecil/Kiub Lembut
- Tujuan: menguatkan lidah dan fine motor skill bila anak boleh kutip dan letak dalam mulut
- Anak akan mula bercakap sikit (buat bunyi baby) tak lama lagi
- Kuantiti 5 – 7 sudu besar
- Memberi keseronokan waktu makan kepada baby, sambil makan sambil bereksperimen
12 Bulan Ke Atas
- Sama seperti makanan dewasa
- Anak dah advanced,siap boleh duduk di meja makan dan suap sendiri
- Jika beri lain dari menu, baby boleh soal kenapa makanan dia lain dari orang lain dan akan meminta juga makanan dari pinggan kita
- Sebolehnya teruskan no salt sugar sehingga 2 tahun
Ubahla tekstur makanan anak secara perlahan juga bukan secara mendadak. Apa-apa yang baru kita perkenalkan secara berperingkat untuk elak masalah seperti sembelit berlaku.
Contoh 3x makan puri semasa nak introduce tekstur baru. Hari pertama bagi 1x makan lenyek 2x puri. Keesokan hari 2x lenyek dan 1x puri. Seterusnya 3x lenyek. Jangan risau rumah bersepah atau lantai makan lagi banyak dari anak. Tu senang saja nak kemas tapi nak bagi anak enjoy makan tu lagi susah.
Sumber : Dietitian Fizah Sobri
BACA JUGA SEDAPNYA RESEPI MAKANAN BAYI 6 BULAN HINGGA 12 BULAN NI!
Pesan Mama Siti:
Satu perkara yang perlu diberi perhatian setiap kali mama perkenalkan makanan baru kepada si kecil ialah memberinya selama tiga hari, untuk lihat kemungkinan kalau anak maam ada alahan atau tak. Kalau ya, mama boleh tahu bahan penyebabnya dan cuba untuk elak menggunakan bahan tersebut sekali lagi!