KelabMama

Kisah Anak dan Bapa Dalam Islam: ‘Timeline’ dan Trivia Menarik Peristiwa Korban

Papa Mama mesti dah biasa dengar tentang peristiwa korban. Kisah tentang seorang nabi dalam kepercayaan agama Islam malah dalam agama Kristian, tentang kasih seorang bapa dan ketaatan keikhlasan seorang anak.

Kisah Nabi Ibrahim dengan anak sulungnya Nabi Ismail kerap diulang sebagai pengajaran buat umat islam setiap kali menjelang perayaan Aidil Adha. Namun apakah sebenarnya pengajaran yang kita boleh ambil dari peristiwa ini?

Sebenarnya panjang kisah hidup Nabi Ibrahim dan keluarga baginda. Teruskan baca selanjutnya untuk mengetahui perkara-perkara yang mungkin Papa Mama belum tahu tentang peristiwa korban dan kisah keluarga Nabi Ibrahim.

Peristiwa Korban Dan Kisah Keluarga Ibrahim

1. Latar Belakang Peristiwa Korban

Nabi Ibrahim

Bagi yang tak ingat Nabi Ibrahim ni yang mana? Kisah awal kehidupan Nabi Ibrahim adalah baginda merupakan seorang yang sentiasa mencari kebenaran, malah walaupun sebelum baginda mendapat wahyu. Ayahnda Nabi Ibrahim merupakan seorang pembuat berhala, namun Nabi Ibrahim tidak pernah bersetuju untuk menyembah berhala.

Baginda merupakan salah seorang dari 5 orang Rasul ‘Ulul Azmi dan mempunyai gelaran Sahabat ALLAH (Khalilullah) dan Bapa para nabi (Abu Anbiya). Semua para nabi selepas Nabi Ibrahim merupakan daripada susur jalur baginda, termasuk Nabi Muhammad.

Nabi Ibrahim suka melakukan korban haiwan ternakan dengan banyak iaitu 1000 ekor kambing, 300 ekor lembu dan 100 ekor unta.

Kredit gambar: GoogleEarth

Nabi Ibrahim juga pernah berkata sebelum kelahiran Nabi Ismail:

“Semua yang menjadi qurbanku itu belumlah menjadi apa-apa bagiku. Demi Allah, kalau aku mempunyai anak lelaki, tentu aku akan persembahkan juga di jalan Allah dan aku korbankan dia untuk Allah SWT”

Namun, setelah Nabi Ismail dilahirkan, Nabi Ibrahim terlupa akan nazarnya itu. 

Keturunan Nabi Ibrahim

Nabi Ibrahim telah mengahwini dua orang isteri dan kedua-duanya mempunyai Zuriat;

Info menarik!: Menurut sebahagian riwayat, Nabi Ibrahim mempunyai isteri ke tiga iaitu Siti Kanturah. Menurut beberapa pendapat pengkaji, dari Siti Kanturah lahirnya susur jalur Melayu.

Siti Sarah

Siti sarah merupakan isteri pertama Nabi Ibrahim. Menurut sebahagian riwayat, Siti Sarah memiliki sebahagian kecantikan wanita pertama iaitu Siti Hawa.

Siti Sarah dan Nabi Ibrahim tinggal di Palestin, namun pada satu hari mereka berdua pergi ke Mesir. Raja Mesir pada waktu itu suka menculik wanita yang cantik dan menjadikan hambanya.

Sewaktu mereka ingin memasuki Mesir, Siti Sarah ditangkap, namun apabila raja Mesir itu ingin bersama dengan Siti Sarah, Raja mesir akan jatuh sakit dan kemudian sembuh dengan doa Siti Sarah.

Setelah berlaku beberapa kali perkara tersebut, Raja Mesir mengembalikan Siti Sarah kepada Nabi Ibrahim dan menghadiahkan baginda seorang hamba iaitu Siti Hajar.

Siti Hajar

Setelah bertahun-tahun perkahwinan Siti Sarah dan Nabi Ibrahim tidak mempunyai anak, Siti Sarah menyuruh Nabi ibrahim mengahwini Siti Hajar dan kemudian mempunyai anak yang bernama Ismail.

Cahaya yang ada pada dahi Nabi Ibrahim, menandakan pembawa cahaya Nabi Muhammad S.A.W telah turun kepada Nabi Ismail, membuatkan Nabi Ibrahim lebih memanjakan Nabi Ismail dan Siti Hajar.

Siti Sarah mula merasa cemburu dan meminta agar Nabi Ibrahim membawa Siti Hajar dan Nabi Ismail tinggal jauh dari Siti Sarah.

2. Kisah Sang Srikandi dan Permulaan Kota Mekah

Kredit gambar: BPKH

Nabi Ibrahim mendapat wahyu supaya meninggalkan Siti Hajar dan Nabi Ismail di tengah padang pasir di Mekah. Sebelum meninggalkan Nabi Ismail dan Siti Hajar, Nabi Ibrahim sempat mendoakan agar bumi mekah penuh dengan hasil makanan dan kehidupan, sehinggalah menjadi seperti apa yang kita boleh lihat sekarang.

Peristiwa Sa’ie

Kredit gambar: TiramTravel

Sedang Siti Hajar dalam keadaan kehausan, keletihan, merisaukan keadaan anaknya Nabi Ismail, beliau terlihat seakan akan air di bukit Safa. Apabila telah tiba di bukit Safa dan mendapati tiada air, Siti Hajar melihat ke arah Bukit Marwah dan kelihatan seperti ada air.

Siti Hajar mengulang perjalanan beliau antara Bukit Safa dan Marwah sebanyak 7 kali. Jarak diantara keduanya ialah sejauh 420 Meter.

3. Kehidupan Nabi Ismail

Semenjak dari umur yang kecil, baginda Nabi Ismail telah menunjukkan pelbagai keajaiban dengan izin ALLAH SWT.

Sejarah Telaga Zam-Zam

Antaranya ialah semasa Siti Hajar sedang berlari diantara bukit Safa dan Marwah, Nabi Ismail menangis sambil menghentak-hentak kaki ke tanah.

Tempat yang Nabi Ismail menghentakkan kaki memancurkan air. Melihat perkara ini, Siti Hajar Berlari ke arah Nabi Ismail dan pergi ke arah air itu.

Risau air itu akan habis, Siti Hajar mengumpulkan pasir disekeliling air itu sambir mengatakan “Zimmi, zimmi, zimmi” yang bermaksud ‘berkumpullah’ lalu terciptalah telaga Zam-Zam.

Kesolehan Nabi Ismail

Semenjak dari usia yang muda, Nabi Ismail merupakan seorang yang baik hati, lemah lembut, penuh adab, dan penyabar.

Sepanjang Nabi Ismail membesar, beberapa riwyat mengatakan hanya 5 kali Nabi Ibrahim datang menziarahi Nabi Ismail dari Palestin ke Mekah kerana jarak yang sangat jauh.

Walaupun sedemikian, tidak pernah sekalipun Nabi Ismail merungut, malah keredhaan beliau saat Nabi Ibrahim memberitahu bahawa Nabi Ismail akan disembelih sangat menyentuh jiwa.

4. Peristiwa Sembelihan

Kredit gambar: Harian Metro

Setelah Nabi Ismail sedikit besar (Riwayat mengatakan 7/13 tahun) Nabi Ibrahim bermimpi sebanyak 3 kali menyembelih anaknya Ismail.

Pada 8 Zulhijjah (malam tarwiyah), satu perintah dalam mimpi Nabi Ibrahim berkata “Wahai Ibrahim tunaikanlah nazarmu”.

Nabi Ibrahim tidak pasti sama ada ini adalah perintah Allah atau mimpi dari syaitan. Disebabkan ini, ia dinamakan ‘tarwiyah’ yang bermaksud ‘fikir’ dalam bahasa Arab.

Pada hari keesokannya (9 Zulhijjah) dan juga hari ketiga (10 Zulhijjah), Nabi Ibrahim mempunyai mimpi yang sama. 

9 Zulhijjah digelar ‘Arafah’ yang bermaksud ‘pasti’ kerana Nabi Ibrahim pasti bahawa mimpi tersebut datang daripada Allah.

10 Zulhijjah digelar ‘Nahrun’ yang bermaksud ‘sembelih’ kerana Nabi Ibrahim yakin bahawa Allah memerintahkan baginda untuk melakukan penyembelihan.

Mendengar baha Nabi Ibrahim diwahyukan untuk menyembelik Nabi Ismail, Nabi Ismail berkata:

 “Wahai ayah (Nabi Ibrahim), jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insya-Allah, ayah akan mendapati aku daripada orang sabar.”

(Al-Saffat: 102)

Begitulah adab, keredhaan, ketaatan Nabi Ismail. Walaupun perlu disembelih oleh ayahnya sendiri, demi menuruti perintah ALLAH, Nabi Ismail sanggup mengorbankan diri sendiri.

Peristiwa Melontar (Jamrah)

Kredit gambar: Berita Harian

Saat Nabi Ibrahim ingin membawa Nabi Ismail pergi, Iblis cuba menghasut Siti Hajar, Nabi Ismail, Dan Nabi Ibrahim. Namun kekuatan keluarga Ibrahim menepis hasutan syaitan dan mereka bertiga melempar batu-batuan kearah Iblis dan mencederakan matanya lalu Iblis pun pergi.

Sembelihan

Nabi Ibrahim cuba untuk melakukan sembelihan terhadap Nabi Ismail namun gagal setelah beberapa percubaan kerana leher Nabi Ismail tidak sedikit pun terluka dengan izin Allah.

Allah SWT kemudian berfirman:

“Dan Kami (Allah) menyeru: Hai Ibrahim, sesungguhnya engkau membenarkan mimpi itu dan sesungguhnya Kami membalas orang yang berbuat baik”

Kemudian malaikat Jibril muncul bersama seekor kibas sebagai pengganti.

Firman Allah:

“Dan Kami tebus anaknya dengan seekor binatang sembelihan yang besar”. 

(Al-Saffat : 107)

5. Pengajaran Dari Peristiwa Korban

Begitulah secara ringkas kisah kehidupan keluarga Nabi Ibrahim yang penuh dengan ujian. Seorang rasul Ulul-‘Azmi, sanggup menyembelih anaknya sendiri demi mematuhi perintah ALLAH.

Sedikit renungan bersama. Agak-agak Papa sanggup menyembelih anak sendiri, atau lebih realistik menghantar anak ke medan jihad? Agak-agak Mama sanggup? Renungkan bersama betapa besar pengorbanan dan kesanggupan keluarga Nabi Ibrahim.

Antara pengajaran yang kita boleh dapati dari kisah peristiwa sembelihan:


Lebih info menarik berkenaan acara terkini di SINI.