Pada hari Ahad ketiga dalam bulan Jun, (18 Jun 2023), bapa di serata dunia akan dihujani dengan hadiah meraikan Hari Bapa.
Walaupun ia sesuatu yang kita akan raikan setiap Ahad ketiga pada bulan Jun, perayaan itu tidak selalu mendapat sambutan yang hangat daripada orang ramai yang sepatutnya seperti perayaan lain.
Selama beberapa dekad ia kelihatan seolah-olah satu hari yang didedikasikan untuk bapa yang berhempas pulas membanting tulang memerah keringat bekerja keras memberi manfaat dalam hidup anak-anak dan juga ahli keluarga yang lain.
Namun adakah benar perkara ini? Apakah asal usul terjadinya sambutan ini? Dan adakah sambutannya wajar, dan diterima semua orang?
Teruskan membaca untuk mengetahui tentang asal usul tragis dan akhirnya penerimaan seluruh dunia terhadap sambutan ini.
10 Trivia Menarik Hari Bapa
1. Hari Bapa Moden Yang Pertama Berpunca Daripada Tragedi
Pada 5 Julai 1908 sebuah gereja kecil di West Virginia mengadakan acara awam pertama yang bertujuan untuk menghormati bapa dalam komuniti mereka sebagai memperingati 362 lelaki yang terbunuh pada Disember sebelumnya dalam letupan perlombongan di Syarikat Arang Fairmont (Monongah Mine Disaster- 1907).
Tak sangka sambutan yang sangat meriah terdapat kisah sejarah yang suram.
2. Hari Bapa Berlangsung Pada Hari Ahad Ketiga Jun Berlaku Secara Tidak Sengaja.
Pada tahun 1910, Sonora Smart Dodd residen bagi Spokane, Washington sedang mendengar khutbah hari ibu di gereja dan ingin mengadakan sambutan untuk memperingati para bapa dan telah meminta pihak gereja, pegawai kerajaan, dan beberapa badan-badan dan organisasi lain untuk menjayakan rancangan beliau
Pada mulanya tarikh yang ditetapkan adalah pada 5 Jun iaitu pada tarikh lahir bapa Dodd, namun kerana kesuntukan masa, sambutan tersbut telah diganjakkan.
Secara rasmi, hari bapa yang pertama telah dicatatkan pada 19 Jun 1910 iaitu pada ahad ketiga bulan jun tahun itu, dan terus ditetapkan untuk disambut pada ahad ketiga dalam bulan Jun setiap tahun.
3. Bunga Mawar Pada Asalnya Sebahagian Besar Dalam Sambutan.
Pada Hari Bapa yang pertama anak-anak perempuan akan menyerahkan mawar merah kepada ayah mereka. Mawar itu juga disematkan pada pakaian kanak-kanak untuk menghormati bapa mereka.
Mawar merah untuk bapa yang masih hidup dan mawar putih untuk yang sudah tiada.
Tapi perkara ni sudah lama ditinggalkan di kebanyakan tempat sekarang dan digantikan dengan cara-cara lain.
4. Zaman Pertengahan
Bagi penganut Katolik di Eropah, idea Hari Bapa terbentang kembali kepada perayaan yang ditubuhkan pada Zaman Pertengahan untuk menghormati Saint Joseph pada 19 Mac.
Perayaan itu berleluasa di negara-negara seperti Sepanyol, Perancis, dan Itali, dan kerana ia memberi tumpuan kepada Joseph, (bapa angkat jesus) ia akhirnya bertukar menjadi tarikh sambutan untuk menghormati institusi kebapaan secara umum.
Walaupun banyak negara Eropah telah mengamalkan sambutan Hari Bapa yang lebih sekular, ada yang masih menjunjung tradisi mengaitkannya dengan Hari Saint Joseph.
5. Tidak Diiktiraf Secara Rasmi Sebagai Cuti Kebangsaan Sehingga Tahun 1972
Ia mengambil masa sehingga 1966 untuk Presiden Amerika ke-36 Lyndon Johnson membuat pengisytiharan yang menyokong Hari Bapa di seluruh Amerika dan seterusnya seluruh dunia .
Lama betul baru nak diiktiraf. Patut la ada orang marah! Baca poin bawah ni.
6. Tidak Semua Orang Gembira Dengan Mengasingkan Hari Ibu dan Bapa
Pada tahun 1920-an dan 30-an, terdapat gerakan untuk menghapuskan Hari Ibu dan sambutan Hari Bapa yang semakin berkembang dan sebaliknya menyatukan dua sambutan itu sebagai Hari Ibu Bapa.
Robert Spere (juga dikenali sebagai Robert Spero), seorang penghibur radio kanak-kanak, melihat cuti sebagai “pembahagian rasa hormat dan kasih sayang” untuk ibu bapa.
Kalau ikutkan betul jugak apa yang Robert Spere katakan. Apa pendapat anda?
7. Bagi orang Perancis, Pemetik Api Adalah Simbolik Kepada Hari Bapa
Perayaan dan sambutan tradisional Saint Joseph mula pudar pada abad ke-20 di Eropah, terutamanya pada tahun-tahun selepas Perang Dunia II, jadi untuk menghidupkan semula minat pengguna untuk membelanjakan wang untuk ayah tersayang, sebuah syarikat pemetik api Perancis yang dipanggil Flaminaire mencipta perayaan baru.
Hari pada tahun 1949 untuk membantu menjual produk mereka. Dengan bantuan kempen iklan yang meluas, syarikat itu meningkatkan branding dan pemasaran bertopengkan percutian, dan sambutan yang dipanggil Fête des Pères telah disambut di Perancis sejak itu.
Macam-macam budaya orang luar kita belum tahu!
8. Asal Usul Perkataan “Dad”
Tahu tak? Perkataan Dad kemungkinan berasal dari celoteh bayi berbunyi “dadada”. Mungkin perkataan mama dan papa pun sama kan? Comel!
9. Kad Ucapan
Tak sangka! hanya 50% kad ucapan diberi kepada dari seorang anak kepada seorang bapa, dan selebihnya adalah dari isteri kepada suami, dan juga dari cucu kepada atuk.
10. Hadiah Paling Popular
Kalau nak tahu jugak! hadiah yang paling popular untuk diberikan ialah neck tie, jadi sekiranya anda tidak ingin kelihatan ‘cliche’ atau terlampau basic, anda boleh memberikan hadiah-hadiah lain. Bergantung pada selera dan kemampuan masing-masing.
Lebih info menarik tentang acara terkini di SINI.