Satu perkara yang terlintas di fikiran kita apabila tibanya musim cuti hujung tahun ialah bercuti! Cuti akhir tahun yang panjang bukan sahaja menggembirakan anak-anak, malah ibu bapa sendiri turut teruja. Inilah masa terbaik untuk Mama sekeluarga meluangkan masa bersama, seperti pergi bercuti atau melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.
Dalam kita bergembira meluangkan masa bersama-sama, jangan lupa untuk sentiasa sediakan safety kit atau travel kit khas untuk diri sendiri dan anak-anak. Tak semestinya Mama perlukan kit yang lengkap dengan semua jenis ubat dan sebagainya. Cukup sekiranya Mama sediakan beberapa barang penting seperti paracetamol, cooling gel sheet, dan plaster. Namun, satu benda yang ramai terlepas pandang ialah ubat cirit birit yang sesuai untuk Mama dan juga anak-anak.
Bayangkan tengah seronok bercuti, tiba-tiba perut memulas, cirit-birit. Aduhhh, sakit dan sangat menyiksakan! Pasti Mama tak mahu kejadian tersebut berlaku bukan?
Untuk mengelakkan daripada cirit birit atau diarrhea anda berterusan, jangan lupa untuk sentiasa sediakan DiaResQ® sebagai salah satu barang wajib ada dalam travel kit Mama. Apa itu DiaResQ®? DiaResQ® merupakan sejenis makanan yang dapat membantu mengurangkan atau mengelakkan sakit perut dan cirit-birit.
DiaResQ® bukanlah ubat atau antibiotik yang berbahaya untuk kanak-kanak, tetapi ia sangat membantu mengatasi masalah cirit-birit untuk anda yang dewasa mahupun anak-anak. Diperbuat dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti kolostrum bovine dan telur, DiaResQ® berfungsi menyalurkan nutrien dan imunisasi yang diperlukan tubuh badan, agar perut menjadi lebih selesa. Bila perut pun dah selesa, barulah dapat bercuti dengan tenang dan gembira bukan?
Bagaimana DiaResQ® Bertindak?
Mama tahu tak bagaimana cirit-birit atau diarrhea berlaku? Cirit-birit sering terjadi disebabkan oleh tindak balas imun badan terhadap mikroorganisma yang tidak diinginkan atau tidak seimbang yang wujud dalam usus kita. Tubuh badan kita sebenarnya sedang cuba untuk membuang mikroorganisma yang ‘tercemar’ di dalam badan melalui cirit-birit untuk mendapatkan kembali keseimbangan bakteria bagus dalam badan. Oleh itu, cirit-birit merupakan satu tindak balas normal apabila kita keracunan makanan, namun ia boleh memudaratkan.
Tetapi, DiaResQ® adalah berbeza. DiaResQ® membantu menangani masalah tersebut, bukan hanya simptom cirit-birit. Ia bertindak balas dengan sistem semulajadi imunisasi badan anda untuk memulihkan keadaan usus kembali kepada normal.
MENANGI tiket masuk ke KidZania Cuti Sekolah Ini Bersama DiaResQ®
Bersempena dengan cuti sekolah ini, DiaResQ® dengan kolaborasi bersama Motherhood.com.my bakal menghadiahkan tiket PERCUMA ke KidZania untuk seisi keluarga (2 Dewasa dan 2 Kanak-kanak) yang bernilai RM274!
Apa yang Mama perlu lakukan, Mama hanya perlu ikuti tiga langkah mudah seperti yang dinyatakan di posting peraduan ini di laman Facebook Motherhood.
Selain itu, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah istimewa yang lain:
- Hadiah PERTAMA*: Tiket Masuk ke KidZania untuk 2 Dewasa dan 2 Kanak-kanak bernilai RM274
- Hadiah Ke-2*: Baucer AEON bernilai RM100
- Hadiah Ke-3*: Baucer Toy’s “R” Us bernilai RM50
- Hadiah Saguhati*: 1 kotak DiaResQ® untuk 10 Pemenang
*Tertakluk pada terma & syarat.
Mama juga boleh mendapatkan produk DiaResQ® di Motherhood.com.my atau layari laman rasmi DiaResQ® dan Facebook DiaResQ® hari ini!