Walaupun bukan dalam spesis yang sama, haiwan peliharaan yang disayang umpamanya adalah seperti sebahagian dari ahli keluarga. Apatah lagi bagi anak-anak, haiwan peliharaan bukan sekadar haiwan, tetapi sudah seperti adik-beradik dan kawan baik. Senang cakap, nak ke mana-mana, malah travel pun mesti nak bersama dengan haiwan peliharaan kita tu!
Mungkin bagi Mama Papa, mereka hanyalah peneman sebahagian daripada hidup. Namun, pernah tak Mama Papa terfikir, anda lah seluruh hidup mereka, dan mereka layak diberi kehidupan terbaik walaupun singkat.
Tidak kiralah haiwan apa pun yang dibela, kucing, anjing, burung, ikan, dan bermacam-maca lagi haiwan yang menjadi minat Mama Papa sekeluarga, mereka layak mendapat layanan terbaik dan menikmati kehidupan mereka yang singkat.
Antara aktiviti yang Mama Papa boleh lakukan ialah travel! Ya! travel dengan si bulus yang comel semestinya tidak mudah. Kebanyakan tempat tidak membenarkan haiwan.
Tapi jangan bimbang! Hari ini Mama Siti akan kongsikan tips bagaimana ingin membawa haiwan peliharaan anda travel!
Nota: Tips yang akan dikongsikan ini hanya untuk travel dengan menggunakan kereta.
8 Tips Travel Bersama Haiwan Peliharaan
1. Membiasakan Haiwan Peliharaan Dengan Kereta Anda
Nampak mudah, tetapi inilah tips travel bersama haiwan yang paling crucial.
Kebiasaannya, kucing atau haiwan peliharaan akan berasa tidak selesa dengan tempat dan suasana yang mereka tidak biasa. Berikut adalah cara untuk membiasakan haiwan peliharaan dengan kereta anda.
- Mulakan dengan membawa teman berbulu anda masuk ke dalam kereta sebelum merancang perjalanan.
- Duduk di kerusi belakang bersama-sama dan bawa bersama beberapa treats dan snek, kemudian rajinlah membelai.
- Beri peluang untuk menghidu dan meneroka seluruh kereta.
- Jangan lupa mainkan muzik yang menenangkan.
- Bawa mereka berjalan-jalan di sekitar dengan perlahan dan cermat supaya dapat membiasakan diri dengan pergerakan dalam kereta.
2. Berbincang Dengan Veterinar
Jika si comel anda tidak memberikan respon yang baik terhadap pemanduan, anda boleh berbincang dengan veterinar mengenai rawatan untuk kegelisahan atau motion sickness.
Veterinar mungkin ada beberapa pilihan yang dapat membantu sepanjang perjalanan.
3. Bagi Makanan Dan Minuman Sebelum Perjalanan Bermula.
Berikan makanan dan air sebelum memulakan perjalanan supaya dapat membuang najis dan kencing selepas makan dan minum.
Nota: Jika si comel mudah mengalami motion sickness, berikan makanan dalam kuantiti yang sedikit.
4. Pastikan Haiwan Peliharaan Sentiasa Berada di Dalam Carrier
Tidak selamat sekiranya anda membiarkan mereka bebas bergerak merata di dalam kereta. Antara bahayanya adalah, mungkin pemanduan anda akan terganggu oleh makhluk berkaki empat yang duduk dibawah pedal minyak kereta!
Carrier memberikan ruang yang selamat, sunyi dan dapat membantu kegelisahan yang mungkin dialami.
5. Bersedia Untuk Segala Huru Hara
Sentiasa bersedia dengan tisu, tuala serta lapik khas untuk membersikan ‘kemalangan’ kencing dan najis yang akan berlaku. Pastikan juga and membawa beberapa plastik sampah.
6. Rancang Beberapa Perhentian
Pin lokasi perhentian sepanjang perjalanan anda supaya and dapat berhenti untuk memberi makan dan minum kucing anda dan berpeluang untuk menggunakan kotak pasir setiap dua ke tiga jam
7. Bawa Mainan
Jangan lupa untuk membawa beberapa mainan kegemaran merekaya dan menarik perhatian supaya dapat bermain sepanjang perjalanan. Alat permainan ini juga bole membantu mereka tenang, leka dan gembira.
8. Buat Seperti Berada di Rumah
Haiwan peliharaan kita juga selalunya merasakan apa yang kita rasa. Mereka juga akan merindui rumah semasa dalam perjalanan. Bawa baju lama yang anda pernah pakai, selimut kegemaran di dalam carrier mereka supaya sentiasa mengingati rumah asal.
Inginkan lebih banyak tips berkenaan travel, haiwan peliharaan dan banyak lagi? Klik SINI.