Seperti Mama Siti janji, kita kembali lagi dengan Part 2 Top Tik TikTokers Mak-Mak Wajib Follow! Dengan lebih banyak akaun TikTok yang perlu dilihat, pasti Mama tak bosan bila follow mereka!
Untuk Part 2, Mama Siti fokuskan pada TikTok seperti resepi memasak, tips memasak, tips fesyen, dan juga makeup!
Jom kita baca dengan lebih lanjut~
Tips Dan Petua Daripada Tik TikTokers
Mari kita lihat siapa barisan TikTokers yang menarik untuk Mama. Rugi kalau tak follow tau!
RESEPI
1. Khairul Aming
Mencari resepi yang pantas dan sedap untuk makan malam? Makan tengah hari pula takde idea? Jom follow Khairul Aming di TikTok! Terkenal dengan voiceover yang lucu dan ’30 resepi berbuka’ dan pada tahun 2022, Khairul Aming juga mula kongsikan resepi untuk sahur! Mama Siti memang love sangat dengan resepi dia, disyorkan untuk mencuba!
2. Che Nom
Mama Siti pun baru tahu Che Nom dah join TikTok, mesti lebih senang nak follow resepi dia! Pada Mama Siti, para peminat resepi Che Nom WAJIB follow akaun TikTok beliau ini. Resepinya tidak banyak seperti di YouTube atau blog-nya tapi dia masih post untuk followers tercinta! Pasti meleleh air liur Mama!
3. Limau Nipis
Siapa tak kenal Limau Nipis ni mesti ketinggalan! Hidayah Sazli mula post di YouTube 6 tahun yang lalu, kini turut aktif post resepinya di TikTok! Sekiranya Mama mencari tips penyediaan makanan dan resepi, bolehlah follow TikTok beliau yang sangat kreatif dengan resepi-resepi yang dikongsikan.
4. Adik Foods
Meleleh air liur bila tengok Instagram post Adik! Bermula dari situ lah Mama Siti kenal Adik Foods ni! Makanan yang di post selalu nampak menyelerakan. Adik Foods memang pandai kongsikan resepi yang sesuai untuk satu keluarga dan suka buat video memasak bersama keluarganya!
5. Fienaz
Mama berminat untuk cari resepi untuk anak kecil Mama? Boleh follow fienaz_nbhbabyfood! Makanan yang dikongsikan sangat menarik. Kadang-kadang Mama Fienaz pun kongsikan resepi biasa yang boleh dinikmati sekeluarga. Pasti Mama akan cuba resepinya berkali-kali.
FESYEN DAN MAKE UP
1. Wan Fitrah
Bukan sahaja makeup, tips skincare, tips memasak, tetapi gaya pemakaian tudung pun ada dikongsikan Wan Fitrah. Pada Mama Siti, perkongsiannya yang asli memang sangat mudah dan senang untuk diikuti.
2. Amalina Azman
Mama berkulit gelap? Rasa tidak confident dengan pakaian yang warna cerah? Jom follow Amalina untuk boost confidence Mama! Mahu matchy-matchy bersama cik suami? Banyak tips dari sini. Dengan gaya yang ‘matching’ bersama suami, mesti keluarga Mama nampak lebih seragam!
3. Hanishazi
Takut nak bersolek dengan muka berjerawat, bertekstur, berparut dan lain-lain? Jangan risau! Follow Hanishazi untuk makeup hacks yang berkesan untuk nampakkan penampilan lebih kemas dan rasa lebih confident!
4. Nina Zulkafli
Mama perlukan idea untuk bersiap? Macam mana nak padankan outfit Mama ni? Nina Zulkafli mempunyai stail yang kemas dan sesuai untuk pemakaian harian. Jangan lupa follow~
5. Hewhewaya
Untuk Mama yang bekerjaya pun Mama Siti tak lupa tau! Dengan stail yang sesuai untuk ke tempat bekerja, Mama mesti dapat inspirasi daripada sini! Mama Siti suka kombinasi warna, koordinasi tudung, baju, seluar dan juga kasut dia! Perfect!
6. Hafizatul Atikah
Pengasas Obsess Cosmetics, Hafizatul Atikah memang aktif berkongsi tips-tips ‘contour’ , tips pakaian, makeup challenge dan macam-macam lagi! Kalau Mama minat dengan ‘makeup lady boss’ ni, boleh la ambil tips-tipsnya!
Haaa, macam mana dengan Part 2 yang Mama Siti janjikan ni? Seronokkan tengok TikTokers ni kan? Jangan tengok je, jom follow! Pasti tips-tips dan petua mereka dapat bantu Mama dalam memasak, menyediakan resepi yang sedap dan mudah, fesyen dan juga makeup!
Nak tengok yang Part 1? Boleh klik sini.