KelabMama

Betul ke Tonton TV Dengan Jarak Yang Dekat Merosakkan Mata? 7 Mitos Atau Fakta Tentang Kesihatan Mata

budak-budak menonton TV boleh merosakkan mata

Mama Papa mesti pernah bagitau anak kepercayaan yang popular tentang kesihatan mata kepada anak-anak kan? Ya betul kita sentiasa dengar perkara-perkara seperti jangan baca buku dalam gelap, atau menonton teleivsyen dalam jarak yang dekat akan merosakkan mata.

Tapi betul ke mitos-mitos ni? Organ mata manusia adalah antara pancaindera yang paling penting kerana tanpanya, seudah pasti kehidupan seharian akan terganggu. Disebabkan itu, sangat penting untuk kita tahu cara menjaga mata dengan baik agar ia tidak mudah rosak!

Sudah pasti akan timbul banyak mitos berkenaan kesihatan mata yang kita selalu dengar atau baca. Walaupun mungkin ada kepercayaan yang betul, namun tidak semua yang dikatakan itu benar.

Jadi, kali ini Mama Siti nak kongsikan sikit mana satu kepercayaan masyarakat yang betul dan salah! Setidaknya lepasni Mama Papa boleh betulkan semula pemahaman tentang kesihatan mata.

7 Fakta & Mitos Kesihatan Mata

1. Mata akan rosak jika duduk dekat dengan televisyen

Ketika kita semua masih kecil, mesti kita pernah kena marah dengan mak kerana diberitahu menonton televisyen terlalu dekat akan merosakkan mata.

Sebenarnya, mitos ini adalah tidak benar sama sekali. Sebenarnya tiada beza jika anda menonton televisyen terlalu dekat atau jauh.

Hakikatnya, mata tetap akan berasa penat dan sakit setiap kali menonton skrin tanpa mengira jarak anda berada dengannya.

Untuk mengelakkan ia rosak, sila rehatkan mata anda selama beberapa minit/jam daripada skrin.

2. Membaca dalam gelap boleh buat mata rosak

Kredit gambar: South China Morning Post

Ramai Mama Papa melarang anak mereka untuk membaca dalam gelap kerana bimbang ia akan memberi kesan negatif kepada mata.

Sebenarnya, membaca dalam gelap mungkin tidak akan merosakkan mata, namun ia hanya akan membuat proses pembacaan lebih sukar.

Mitos ini muncul kerana masyarakat zaman dulu hanya menggunakan lilin dan lampu gasolin untuk membaca atau bekerja, dengan mata yang sihat.

Kerana risau buku yang dibaca terbakar atau rosak akibat terkena api atau cairan lilin, mitos ini direka agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

Pada zaman ini, cahaya yang terang memang dapat membantu mencegah keletihan pada mata dan memudahkan pembacaan anda.

3. Lobak memang bagus untuk mata manusia

Kredit gambar: Good Housekeeping

Lobak adalah antara sayuran yang sangat kaya dengan vitamin A yang merupakan nutrisi penting untuk memberikan penglihatan yang baik.

Pengambilan lobak akan membekalkan separuh jumlah vitamin A yang diperlukan untuk penglihatan yang baik.

Walau bagaimanapun, lobak bukanlah satu-satunya makanan yang mengandungi vitamin A. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan nutrisi ini di dalam susu, keju dan kuning telur.

Mengamalkan diet makanan yang seimbang dengan pelbagai kandungan nutrisi juga penting sebagai cara menjaga mata dengan baik.

4. Cermin mata buatkan anda bergantung kepadanya

Kredit gambar: Malaya Optical

Pemakaian cermin mata mampu untuk membantu memperbaiki penglihatan yang kabur kerana masalah mata seperti rabun.

Ya, ia memang dapat membantu untuk melihat dengan lebih jelas selain tidak akan buatkan mata anda bergantung kepadanya.

Ini kerana cermin mata tidak akan merosakkan mata anda cuma mungkin anda akan jadi sudah terbiasa untuk dapat melihat jelas dengan menggunakan spek.

Malah memakai cermin mata dengan preskripsi yang salah juga tidak akan merosakkan mata seperti mana yang dikatakan.

5. Individu buta warna melihat dunia hitam & putih

Kredit gambar: YesDok

Seakan filem di zaman legenda P. Ramlee, ramai yang menyangka bahawa individu buta warna melihat dunia sebagai hitam dan putih.

Sebenarnya, memang ada individu malang yang sebegitu kerana menghidap kebutaan terhadap warna dengan tahap paling teruk.

Walaupun begitu, ia sangat jarang berlaku dan kondisi ini biasanya hanya melibatkan kekeliruan terhadap warna terutamanya merah dan hijau. Buta warna juga lebih banyak berlaku kepada kaum lelaki berbanding kaum wanita.

6. Kondisi juling air boleh dirawat

Kredit gambar: SinarPlus

Strabismus, adalah istilah perubatan untuk mata juling dan ia adalah salah satu keadaan yang tidak akan pulih tanpa kaedah perubatan.

Buat anda yang mungkin belum tahu tentangnya, kondisi ini sebenarnya mungkin boleh dirawat, dan kondisi mata juling air ini adalah lebih mudah diperbetulkan pada usia yang muda.

Oleh itu, adalah penting untuk ibu bapa melakukan ujian mata pada anak anda pada usia muda; kali pertama ketika anak masih bayi dan kali kedua ketika anak sudah berusia 2 tahun.

7. Organ ini boleh didermakan pada orang lain

Kredit gambar: Gempak

Realitinya, mata tidaklah seperti kartun jepun Naruto dimana mata boleh ditukar ganti. Ianya mustahil untuk mendermakan mata pada orang lain dan masih berfungsi kerana ianya bersambung terus dengan otak!

Dalam pada itu, penyambung mata manusia dengan otak, iaitu saraf optik, mengandungi lebih daripada 1 juta sistem saraf padanya.

Apabila sakah satu sistem saraf ini dipotong, ia tidak mungkin akan dapat disambung kembali meskipun pada tempat asalnya.

Jadi macam mana? Dah tahu serba sedikit tentang mitos dan fakta kesihatan mata? Lepas ni jangan la marah sangat anak kalau tonton TV dekat-dekat ya.

Cukup sekadar beritahu bahawa tidak sopan berbuat sebegitu dan hadkan masa anak-anak menonton TV untuk penjagaan kesihatan mata terbaik.


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Untuk lebih banyak info menarik dan fakta kesihatan Mama Siti kongsikan di SINI.