KelabMama

Periksa Lidah Anak Mama: Tongue-Tie atau Lidah Normal?

lidah anak tongue-tie

“Kenapa lidah tengok lidah anak ni pendek ye? Time menyusu pun asyik keluar je susu dari mulut baby?”

Mesti Mama pernah tertanya-tanya macam ni kan, dan menganggap ini normal untuk bayi Mama. Tapi sebenarnya bayi Mama mungking mengalami tongue-tie.

Apa itu Tongue-Tie?

Tongue-tie, juga dikenali sebagai short lingual frenulum atau tongue-tied frenulum, di mana frenulum lidah (tisu di bawah lidah yang menyambungkannya ke lantai mulut) terlalu pendek atau terletak terlalu dekat dengan hujung mulut bayi.

Bayi mempunyai lingual frenulum yang pendek atau tebal akan mengikat bahagian bawah hujung lidah ke lantai mulutnya. Bayi juga akan mengalami kesukaran untuk menjelirkan lidahnya.

Tanda-tanda Anak Mama Mengalami Tongue-tie atau Lidah Pendek

Bayi dan kanak-kanak mempunyai tanda yang berbeza sekiranya mengalami tongue-tie. Mungkin Mama dah terlepas sewaktu mereka bayi jadi bolehlah tengok simptom tongue-tie apabila mereka mencapai usia kanak-kanak.

1. Tanda-tanda untuk Bayi Lidah Pendek

2. Tanda-tanda untuk Kanak-kanak Lidah Pendek

  1. Hujung lidah (tongue tip) susah untuk dikeluarkan.
  2. Bentuk lidah bercadang atau berbentuk W apabila dikeluarkan.
  3. Lidah sukar untuk bergerak ke kiri dan kanan.
  4. Hujung lidah tak dapat sentuh lelangit.
  5. Hujung lidah tak dapat menjilat bahagian bibir atas dan air liur menitis.
  6. Penuturan tidak jelas atau penyebutan vokal terganggu.

Jenis-jenis Lidah Pendek

Kredit Gambar: Dr nada Child Surgeon

Klasifikasi Hazelbaker digunakan secara meluas untuk terangkan empat jenis tongue-tie yang sedia ada, yang mungkin dialami oleh anak Mama Papa.

Untuk pastikan lidah anak Mama Papa jenis yang mana, Mama Papa boleh rujuk disini dulu sebelum berjumpa dengan doktor untuk mengenal pastinya dengan lebih terperinci.

Jangan lupa check lidah anak-anak tau Mama, mungkin ada rawatan yang boleh dilakukan untuk lidah anak Mama jadi normal semula.


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Nak tahu apa lagi perkembangan tentang bayi Mama? Klik di SINI.