Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, otak dan badan mereka berada dalam fasa tumbesaran yang sangat dipengaruhi oleh nutrien yang terkandung dalam pemakanan mereka.
Selain daripada didikan kita sebagai mak ayah, terdapat beberapa tips yang Mama boleh cuba untuk meningkatkan perkembangan kognitif anak-anak yang sedang membesar dan bagaimana ia boleh mempengaruhi budi pekerti mereka.
Jom Mama Siti kongsikan. Ia terbukti kepada saya, mungkin juga berkesan buat anak-anak anda:
1. Ikatan dan Hubungan yang Penuh Kasih Sayang
Anak-anak mudah belajar apabila mereka berasa selamat dan sentiasa disayangi. Walau sibuk dan garang macam mana pun, kita sebagai mak ayah harus sentiasa tunjukkan hubungan yang penuh kasih sayang sesama suami isteri dan anak-anak.
Berikan respon kepada perbualan mereka, express your love and care, dan tunjukkan bahawa kita sentiasa ambil tahu dengan apa yang mereka lalui, dan pupuk kesejahteraan emosi mereka. Ini boleh menyumbang kepada perkembangan kognitif mereka secara keseluruhan sejak awal lagi.
2. Banyakkan Bercakap & Berinteraksi
Lagi satu Mama Siti perasan sekiranya kita rajin berbual dengan anak yang sedang membesar dan menggunakan perkataan dan bahasa yang betul, ia dapat meningkatkan perkembangan kognitif mereka.
Libatkan anak anda dalam setiap perbuatan dan perbualan dengan menerangkan apa yang anda lakukan, menyanyi, dan membalas kepada kerenah dan celoteh mereka.
Tak perlu baby-talk pun tidak mengapa. Memadai dengan bercakap seperti biasa dan fokus kepada satu bahasa sahaja agar si kecil lebih mudah untuk memahami dan berinteraksi dengan kita.
3. Pretend Play Bersama Anak-anak
Pretend play juga membantu kanak-kanak kecil mengembangkan kemahiran sosial, imaginasi dan kebolehan kognitif mereka. Selagi mana namanya anak kecil, ini antara aktiviti yang pasti menggembirakan mereka.
Mama Papa digalakkan untuk rajin bermain bersama anak-anak dan menggalakkan senario yang memerlukan mereka menggunakan kreativiti dan kemahiran kognitif mereka.
4. Teroka Alam Semula Jadi dan Dunia Luar
Seronok Mama Siti lihat beberapa pasangan muda semakin menggalakkan anak kecil mereka lebih bermain di luar dan meneroka alam semula jadi berbanding hanya menggunakan gajet sahaja.
Selain daripada membawa anak kecil Mama ke taman permainan atau rekreasi, banyakkan aktiviti luar rumah seperti mini-jungle trekking, berkhemah yang sesuai untuk anak kecil, mahupun glamping.
Permainan dan aktiviti luar rumah merangsang deria mereka, menggalakkan rasa ingin tahu, dan menggalakkan kemahiran kognitif seperti pemerhatian, penyelesaian masalah, disamping meningkatkan keyakinan mereka.
5. Nutrisi Seimbang
Dalam banyak-banyak tips untuk meningkatkan perkembangan kognitif mereka, ini yang paling penting. Seperti yang Mama Siti kongsikan di awal artikel, pemakanan yang berkhasiat dan kaya dengan nutrisi penting untuk tumbesaran anak kecil.
Pastikan anak-anak mendapat makanan yang kaya dengan nutrisi setiap hari, termasuk sayuran, buahan, sumber protein, biji-bijian, dan lemak sihat.
Pemakanan yang seimbang tidak hanya menyokong pertumbuhan fizikal. Malah, vitamin, mineral, dan protein penting membantu penyerapan optimum nutrien yang diperlukan di sepanjang tahun-tahun awal untuk fungsi otak, menyokong pembelajaran, daya ingatan, dan keseluruhan kemahiran kognitif mereka.
Ini adalah kerana nutrien memainkan peranan penting dalam menggalakkan fungsi tahap kognitif yang lebih tinggi termasuk untuk daya ingatan, persepsi dan emosi.
Demi memastikan anak-anak mendapat nutrisi optimum sepanjang tumbesaran mereka, memperkenalkan Similac® Intelli-Pro, susu rumusan kanak-kanak yang menyediakan pemakanan seimbang yang tepat kepada anak yang sedang membesar.
Tingkatkan Penyerapan Nutrisi Optimum Si Manja Dengan Similac® Intelli-Pro
Similac® Intelli-Pro merupakan jenama dibawah Abbott Malaysia, merupakan susu rumusan kanak-kanak dengan campuran minyak sayuran yang unik atau unique vegetable oil blend (UVOB)—yang mengandungi minyak bunga matahari yang kaya dengan asid oleic, minyak kacang soya dan minyak kelapa—untuk penyerapan nutrien optimum1 seperti DHA dan 7 nutrien penting bagi menyokong perkembangan kognitif dan tumbesaran tulang kanak-kanak.
Tujuh khasiat tambahan tersebut adalah Omega 6, Kolina, Asid Folik, Taurina, Zink, Zat Besi, dan Vitamin B12 yang membantu dalam membesarkan anak-anak yang pintar dan serba-boleh yang bersedia untuk menghadapi cabaran dunia dan persekitaran mereka.
Dengan penyerapan optimum yang diberikan dari hari ke hari, pasti dapat meningkatkan perkembangan kognitif anak Mama, membesar menjadi anak yang bijak lagi berbudi dan memberi inspirasi.
Mama boleh cuba tips di atas dan dapatkan sampel Similac® Intelli-Pro PERCUMA di SINI.
Rujukan:
(1) Penyerapan nutrien yang optimum merujuk kepada penyerapan lemak, DHA, kalsium dan sebagainya, berbanding dengan formula lain tanpa campuran minyak sayuran yang unik.
Rujukan: Nelson et. al. (1998), Leite et. al. (2013) & De Souza et. al. (2017)
MAL.2024.51127.SIM