KelabMama

Pusing Kanan Tak Kena, Pusing Kiri Tak Selesa. 7 Tips Tidur Lena Untuk Ibu Hamil

Argh, tak selesanya nak tidur! Pusing sana tak boleh, pusing sini tak ok.

Pastinya situasi ini membuatkan Mama stress, bukan? Bila tengah berbadan dua ni, bukan morning sickness je kena tempuh, tapi waktu berehat seperti masa tidur pun ada cabaran tersendiri.

Lagi-lagi bila kandungan sudah membesar dan memasuki trimester kedua dan ketiga. Masa ni, macam-macam cara dah cuba tapi tetap tak selesa.

Walhal mata dah mengantuk tapi tak boleh nak tidur malam, itulah yang sering menjadi keluhan ibu hamil yang menunggu saat melahirkan.

Sebenarnya, jika menyentuh bab kesihatan, tidur yang diperlukan oleh ibu hamil adalah sekitar tujuh hingga sembilan jam.

Ia penting kerana dapat membantu menjaga tekanan darah untuk berada pada tahap normal. Tapi bagaimana nak dapatkan tidur yang lena? Jom ikuti perkongsian tips daripada Mama Siti mengenai saranan tidur terbaik bagi ibu hamil:

Jenis Posisi Tidur Lena Bagi Ibu Hamil

Posisi tidur yang lena dan selesa bagi ibu hamil adalah berbeza-beza bergantung pada trimester kehamilan. Berikut adalah panduan untuk setiap trimester:

Trimester Pertama: Pada trimester pertama, kebiasaannya tidak ada masalah dengan posisi tidur apa pun. Mama boleh tidur mengikut keselesaan Mama

Trimester Kedua: Memasuki trimester kedua, sebaiknya Mama disarankan untuk elak tidur dalam posisi terlentang. Ini kerana posisi tersebut boleh memberi kesan kepada pengaliran darah ke dalam rahim dan janin, selain dapat menyebabkan tekanan pada pembuluh darah utama.

Justeru, sebaiknya posisi yang disarankan adalah tidur mengiring ke kanan atau kiri dengan bantal sokongan diletakkan di bawah perut dan di antara kedua belah kaki untuk mengurangkan tekanan dan meningkatkan keselesaan.

Trimester Ketiga: Pada trimester akhir ini, sebahagian besar ibu hamil berasa lebih selesa tidur mengiring khususnya ke sebelah kiri. Tidur dengan posisi mengiring ke kiri membantu memperbaiki aliran darah dan nutrisi ke plasenta, yang dapat memberikan manfaat bagi pertumbuhan janin.

Selain itu, ia juga membantu mengurangkan tekanan pada organ dalaman, seperti hati dan ginjal.

Tips Ibu Hamil Tidur Lena

Tidur yang nyenyak dan lena sepanjang kehamilan sangat penting untuk kesihatan dan kesejahteraan Mama yang sedang berbadan dua. Berikut adalah beberapa tips untuk membantu anda tidur lebih selesa sepanjang tempoh kehamilan

1. Pilih posisi tidur yang selesa.

2. Konsisten dengan waktu tidur anda.
> Jika waktu tidur anda hari ini adalah pukul 10 malam, teruskan waktu tidur yang sama untuk malam-malam seterusnya.

3. Bersenam pada siang hari supaya anda boleh mendapatkan tidur lena di malam hari.

4. Pendekkan waktu tidur siang.
> Jangan anggap tidur siang sama seperti tidur malam. Jika anda terlebih ‘rehat’ pada siang hari, tidak mustahil anda akan mengalami kesukaran untuk tidur di malam hari.

5. Mandi atau berendam dalam air panas sebelum waktu tidur.

6. Jangan makan sebelum waktu tidur.
> Pastikan anda menghabiskan makanan terakhir anda dua hingga tiga jam sebelum waktu tidur.

7. Jangan pandang remeh aktiviti tidur.
> Jangan berkompromi dengan waktu tidur kerana ini penting untuk kesihatan tubuh anda dan kandungan. Sekiranya mengantuk, segera berbaring di tempat tidur bagi menjaga kualiti tubuh dan kesihatan anda. Kurang tidur boleh mempengaruhi rutin kehidupan anda lebih-lebih lagi untuk wanita hamil.

Jenis-Jenis Bantal Untuk Ibu Hamil

Ha, dah tahu tips untuk dapatkan tidur yang lena, kan? Apa kata kita lihat pula perbezaan maternity pillow dan fungsinya. Senanglah untuk Mama jadikan panduan kalau nak membeli dan memilih bentuk sesuai dengan pilihan hati Mama lepas ini.

1. U-Shape Pregnancy Pillow

Bantal berbentuk U berfungsi memberikan sokongan di seluruh tubuh Mama. U-shape pregnancy pillow antara bantal hamil yang menjadi pilihan ramai ibu. Ini kerana keselesaan di seluruh tubuh bermula daripada kepala hinggalah ke kaki Mama.

Malah, ia mudah dikendalikan kalau Mama nak tukar posisi ke kiri dan kanan. Namun, terdapat sebahagian antara ibu hamil menolak design U-shape ini kerana beranggapan kedudukan kepalanya yang agak tinggi.

Lagipun kebiasaannya kita semua ada bantal kepala favourite masing-masing, bukan? Selain empuk, ketebalannya pun ikut kesesuaian kita. Jadi, selalunya Mama yang bertubuh rendah akan berasa kurang selesa dengan bantal jenis U-shape ini yang dirasakan memberikan sedikit tekanan di bahagian tengkuk kerana tidak sesuai dengan tubuh genit Mama.

2. C-Shape Pregnancy Pillow

Selain U-shape pillow, C- shape pillow juga antara yang menjadi pilihan ramai ibu hamil. Ini kerana ia memberikan support system di seluruh tubuh bermula daripada kepala sehingga ke kaki.

Cumanya, Mama mengalami kesukaran untuk mengubah posisi tidur sekiranya mahu mengiring ke sebelah pula.

Sama seperti U-shape, sesetengah wanita menolak design ini kerana bantal kepala yang tinggi tak sesuai untuk size ketinggian seseorang.

3. L-Shape or J-Shape Pregnancy Pillow

Meskipun hanya memberi support on one side, namun wanita memilih bantal ini kerana mudah dan bebas bergerak untuk mengiring di mana-mana sisi. Selain itu, design ini sangat sesuai untuk mereka yang mahu berbaring menggunakan bantal kepala masing-masing. Hanya pusingkan tempat letak kepala itu di kaki Mama.

4. Pregnancy Wedge Pillow

Pregancy wedge pillow biasanya digunakan untuk wanita yang mahu mendapatkan sokongan lebih kuat di bahagian perut dan belakang tubuh.

Wedge pillow direka dengan bahagian sisi kiri dan kanan lebih rapat antara satu sama lain bagi memberi keselesaan rapi sekaligus menjadikan tubuh Mama terasa lebih disokong dan terletak elok diantara dua bantal yang diapit.

Jadi, mana satu pilihan maternity pillow Mama?


Dapatkan tips ketika hamil yang lain di SINI.