Masa memandu adalah waktu-waktu gentar buat ibu bapa. Anak selalu tak boleh duduk diam, menjerit, buat perangai dan macam-macam lah! Tetapi keselamatan mereka mesti menjadi top priority kita tau, Mama.
Adakah Mama tahu, dengan pemanduan yang lancar dan selamat, ia dapat elakkan daripada kemalangan dan dapat mengurang haus dan lusuh pada kereta? Secara tak langsung, ia dapat menjimatkan kos penjagaan kereta juga.
Mujurlah Mama Siti ada tips mudah dan senang ketika memandu bersama si manja. Jom baca!
9 Tips Keselamatan Semasa Memandu Bersama Si Manja
1. Gunakan car seat bayi sebaik sahaja mereka lahir.
Sebaik sahaja Mama dan si manja keluar dari hospital, Mama kena terus gunakan car seat bayi ya! Ia disyorkan untuk Mama memasang car seat bayi tidak lebih daripada 2 minggu sebelum lahirnya si manja.
2. Pastikan anak memakai tali pinggang keledar setiap kali berada dalam kereta.
Memakai tali pinggang keledar semasa kemalangan membantu memastikan Mama dan anak Mama selamat semasa berada di dalam kenderaan. Apabila badan terkeluar sepenuhnya dari kenderaan, ia akan membawa maut.
3. Pastikan pergi tandas sebelum perjalanan untuk elak accident dalam seluar.
Untuk menyenangkan kerja Mama, pastikan mereka pergi ke tandas sebelum masuk kereta. Kita tidak tahu keadaan tandas awam bagaimana. Hadkan pengambilan air dan makan mereka untuk mengelak mereka kerap ke tandas.
4. Pastikan ada barang keperluan dalam satu beg yang senang dibawa.
Lebih baik selamat daripada menyesal! Kita tidak tahu apa akan berlaku di dalam kereta dan dalam perjalanan ke suatu destinasi.
Oleh itu, sediakan barang-barang keperluan dan letakkannya di dalam satu beg yang senang untuk di bawa ke mana-mana sahaja. Pil alergik, losyen, snek sihat, mainan kegemaran mereka dan yang mana Mama rasa keperluan.
5. Bawa kereta atau motorsikal dengan ‘steady’.
Bila membawa si kecil dalam kereta atau motorsikal, bawa slow dan steady je Mama. Mereka mungkin akan tantrum dan tidak mendengar kata serta menjerit dalam kereta.
Kadang-kadang terlebih teruja naik kereta. Tetapi Mama cuba bawa kereta dengan perlahan dan selamat. Pandu cermat! Jelaskan pada mereka tentang keselamatan dalam kereta.
6. Jelaskan tempat duduk depan hanya untuk orang dewasa.
Anak-anak perlu berada dalam car seat bayi mereka dan memakai tali pinggang keledar. Jelaskan pada mereka mengapa mereka tidak boleh duduk di depan sebelum menaiki kereta. Semuanya untuk keselamatan mereka.
7. Pastikan ada hiburan dalam kereta.
Untuk pastikan mereka dalam keadaan yang tenang dan selesa semasa berada di dalam kererta, Mama harus berikan mereka hiburan seperti headphones, iPad, buku cerita, ataupun mainan yang merangsang minda. Mesti mereka akan lebih tenang sewaktu berada di dalam kereta.
8. Jangan kongsi tali pinggang keledar dengan kanak-kanak lain.
Jangan sesekali buat yang ini Mama! Walaupun mereka merayu, meraung, menangis sekali pun! Ini semua untuk keselamatan mereka. Jangan bagi mereka kongsi tali pinggang keledar dengan sesiapa pun. Satu tempat duduk untuk satu orang sahaja!
9. Tetapkan peraturan semasa berada di dalam kereta.
Adakan peraturan tetap sewaktu berada dalam kereta. Ini akan mewujudkan rutin yang bagus sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki ke dalam kereta.
Mungkin sedikit susah untuk ajarkan anak-anak keselamantan di dalam kereta. Mulalah sekarang sewaktu berada di rumah! Dapatkan infografik artikel di bawah! Selamat mencuba~
Dapatkan tips keselamatan anak-anak di SINI!