Sejak dah jadi mama ni, masa mama banyak dihabiskan untuk anak. Semua benda mama mesti akan dahulukan anak. Tak sempat bersiap dan ‘glam up’ disebabkan masa yang suntuk. Pakai mana yang sempat je. Baru nak feeling-feeling, anak melalak pulak hmm..
Apatah lagi sejak jadi mama ni mesti nak pakai sesuatu yang cepat dan selesa. Bila tak selesa nanti susah pula nak uruskan anak. Tapi kalau selalu pakai baju yang sama je bosan jugakkan? Naik jemu pula mata encik suami nanti! Sebelum ada anak bukan main cantik berseri lagi, bila dah ada anak macam keluar dengan ‘makcik’ lah pulak.
Sebenarnya ada anak bukanlah alasan utama untuk tak bersiap atau pakai apa ada je. Penampilan juga memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Apatah lagi kalau mama seorang ibu yang bekerjaya. Takkan nak pakai baju yang sama je setiap hari kan?
Bagi mama yang surirumah pula apa salahnya sekali-sekala bila keluar dengan suami dan anak tu kita berhias sikit. Simple pun tak apa asalkan nampak berseri dan cantik dari hari-hari biasa. Pakaian yang cantik akan naikkan keyakinan kita sebagai seorang Mama tau. Barulah nampak muda remaja!
Kalau Mama nak ‘outfit’ yang lebih menarik dan trendy, Mama Siti ada 8 tips pilih outfit menarik untuk mama kekal ‘trendy’ biarpun dah bergelar mama. Semoga bermanfaat!
8 Tips Bagi Outfit Yang Menarik dan Trendy:
1. Berani Menggunakan Warna Terang
Warna terang? Haaa, Mama Siti perasan tak ramai Mama kat luar sana yang berani untuk gunakan warna yang terang. Kebanyakan Mama kat luar sana ‘play it safe’ dengan pakai warna hitam dan putih sahaja. Mama Siti nasihatkan untuk keluar daripada ‘comfort zone’ dan cuba pakai warna yang terang!
Warna terang ni akan buat Mama di luar sana lebih bergaya dan muda. Warna yang terang akan serikan lagi wajah Mama tau! Antara warna terang yang Mama patut cuba pakai macam merah jambu, oren atau kuning.
2. ‘Flowy’ Skirt
Apa tu ‘flowy’ skirt? Skirt yang beralun! Skirt ni sesuai bukan je untuk anak muda, namun Mama pun boleh pakai dengan bergaya tau? Kalau Mama nak tahu, skirt boleh pakai bila-bila dan tak kisahlah event apa pun!
Mama akan nampak lebih feminin dan ‘soft’ look macam muda-muda gitu! Siapa kata Mama tak boleh pakai skirt? Ini antara selebriti yang berjaya ‘pull off’ gaya flowy skirt. Kalau mereka boleh, Mama mesti boleh juga!
3. Denim
Seterusnya, tips Mama Siti untuk outfit yang menarik dan trendy ialah denim! Denim ni kalau ikutkan tak lapuk dek zaman lah. Sebenarnya style denim ni dah lama dah, dari zaman 1873. Tapi sampai sekarang trend denim ni kekal!
Outfit denim ni Mama Siti cadangkan Mama pakai untuk event casual dan laidback. Contoh, Mama nak keluar pergi bercuti bersama keluarga ataupun ke mall, bolehlah sarungkan denim Mama. Tak kisah lah jaket denim atau jeans, denim akan buat Mama lebih trendy!
4. Gaun Maxi
Siapa kata gaun maxi hanya untuk ke pantai? Tak, Mama Siti tak setuju! Mama kena berani mencuba benda yang baru. Gaun maxi ni sesuai nak pakai mana-mana sahaja bagi event formal dan tak formal juga.
Gaun Maxi ala-ala korea ni sesuai untuk Mama kat luar sana dan sekarang juga tengah trending! Mama akan jadi 10 tahun lebih muda dan ceria! Bukan tu je tau Mama, gaun maxi ni akan buat Mama lebih selesa untuk bergerak. Jadi Mama mestilah akan rasa selesa bila pakai gaun maxi ni!
5. Blazer Kasual
Ni tips Mama Siti yang terakhir buat Mama kat luar sana. “Blazer? Blazer kan untuk event formal je Mama Siti?” Salah! Blazer bukanlah untuk majlis formal je. Dalam fesyen, kita kenalah kreatif dalam mencari blazer yang kasual.
Nak tahu kenapa Mama Siti kongsi tips ni? Blazer kasual ni akan buat Mama lebih profesional seperti ‘lady boss’! Mama akan nampak seperti wanita berdikari dan bekerja dengan memakai blazer kasual. Yang penting, ‘self confidence’ Mama akan meningkat!
Jadi, Mama jangan lupa ya ikut tips Mama Siti ni! Kadang-kadang tak salah kan kita nak bergaya? Selebriti-selebriti yang Mama Siti tunjuk sebagai contoh boleh jadi inspirasi Mama kat luar sana juga.
Mama Siti percaya, “If you look good, you will feel good!” Semoga tips pilih outfit menarik dapat membantu memudahkan Mama. Selamat mencuba ya Mama!
BACA JUGA RAMBUT GUGUR LEPAS BERSALIN – IKUT TIPS INI!
Pesan Mama Siti
Mama Siti faham bila dah jadi mak ni kita selalu lebihkan kat anak. Diri sendiri tak bersiap tak apa asalkan anak bersiap. Jangan macam tu ye mama salah tu! Dahulukan anak tu memang betul tapi kita tetap kena bersiap juga walaupun simple look. Sejuk mata si suami tengok isteri dan mama kepada anaknya cantik manis tau!