Anda pasti pening kepala, setiap kali mencari pengasuh yang baik untuk anak-anak kan? Dengan macam-macam kejadian buruk yang berlaku kepada anak kecil di rumah pengasuh sejak akhir-akhir ini pasti menjadikan anda lebih berwaspada. Jika mendapat pengasuh yang baik, alangkah beruntungnya kita. Sebelum membuat keputusan melepaskan anak anda kepada orang lain sementara anda bekerja, cuba ikut tips mencari pengasuh ini.
- Sebelum pemilihan pengasuh bayi, ibu-bapa perlu membina hubungan dengan pengasuh seperti pergi sendiri ke rumah pengasuh untuk melihat keadaan rumahnya dari segi saiz rumah dan lantai. Kalau rumah sempit, bersepah, lantai pula melekit-lekit tak payah la ambil. Kita nak orang jaga anak kita sudah tentu perlukan tempat yang selesa dan bersih. Sistem pengudaraan rumah juga perlu betul. Tingkap kena buka utuk peredaran udara yang baik.
- Semasa sesi suai kenal perhatikan emosi pengasuh bayi tersebut. Jika asyik sentap, merajuk, guna ayat nak marah je, baik tak payah ambil sebab bayangkan kalau dia menjaga anak kita. Ada masa baik dan ada masa hangin satu badan. Siapa yang jadi mangsa? Anak-anak juga.
- Pagi-pagi masa hantar anak atau nak ambil anak bersembang lah dengan pengasuh anak. Jangan hantar anak kat pengasuh macam kita letak anak kat tepi pintu pastu cakap dengan pengasuh macam order makan kat kedai. Contohnya: Kak, ni ubat demam bagi 5ml dua kali sehari, ubat selsema 2 kali sehari, jangan bagi ais krim.. bla.. bla… bla… Pastu terus pergi kerja. Ingat pengasuh tu tukang ambil order makanan ke? Memang kita perlu cepat pergi kerja tetapi bila kita melakukan hubungan dengan manusia WAJIB menjaga emosi mereka. Sebab tu jadi macam-macam kes hantar ke rumah pengasuh ok je tapi bila ambil balik dari rumah pengasuh merah kena gigit nyamuk la, ruam la, lebam sebab jatuh la… sebab tiada connection hati antara ibu dan pengasuh.
- Layan pengasuh seperti anda melayan kaum keluarga sendiri. Contohnya pagi-pagi belikan kuih lebih untuk anak kita dan pengasuh, bila raya bagi lah sebalang dua kuih raya, mesra dengan ahli keluarganya. Bila ibu positif, dengan sendirinya pengasuh akan positif dengan anak kita. Jangan anggap mereka sebagai orang gaji atau orang lain dalam hidup kita. Orang yang membesarkan anak kita tu.. 90% apa yang di lakukan pengasuh akan ditiru oleh anak-anak.
- Jangan berburuk sangka dengan pengasuh! Sebab apa yang kita fikirkan betul-betul akan jadi pada anak kita. Kalau kita fikir anak kena pukul dengan pengasuh, gelombang negatif akan sampai pada pengasuh. Gelombang itu tidak bagus. Senyum pada pengasuh.. jangan tarik muka 100 darjah. Letakkan pergantungan sepenuhnya pada Allah. Jika kita berbuat baik pada manusia sudah pasti Allah akan membantu kita.