Hi Mama semua,
Apa khabar? Mama masih sibuk seperti biasa? Setuju tak kalau Mama Siti katakan ‘sibuk’ merupakan pernyataan yang meremehkan buat seorang ibu kerana ibu adalah ‘Wonder Woman’ yang sebenar di dunia realiti.
Tapi Mama, pernah tak Mama meluangkan masa untuk diri sendiri? Ya, meluangkan masa dengan melakukan aktiviti atau perkara yang digemari. Walaupun ia juga termasuk tidak melakukan apa-apa aktiviti seperti berehat (sekiranya ini yang Mama perlukan, maka ia merupakan ‘me-time’ Mama yang harus digunakan dengan sepenuhnya!)!
Bagaimana jika Mama Siti memberitahu bahawa ‘me-time’ itu harus dan perlu untuk kesihatan mental dan fizikal Mama?
Di sini, Mama Siti ingin kongsikan beberapa tips untuk Mama yang lain supaya anda juga berpeluang meluangkan masa ‘R&R’ buat diri sendiri. Tip-tip yang bagus seperti ini seharusnya dikongsikan bersama para ibu yang lain bukan?
Tip #1 ‘Talian’ Bantuan daripada yang Tersayang
Mendapatkan pertolongan orang yang berdekatan dengan kita sebenarnya kunci nombor 1 untuk membesarkan anak. Mama Siti sangat setuju dengan pepatah Bahasa Inggeris, “It takes a village to raise a child” – tak mudah ya untuk membesarkan walaupun seorang anak. Mama boleh berbincang dan minta tolong suami atau ahli keluarga yang lain untuk menjaga anak-anak semasa Mama menikmati ‘me-time’ Mama.
Mungkin encik suami boleh bawa anak-anak keluar untuk mendapatkan ais krim dan beriadah di taman? Jadi bolehlah Mama berehat dan menikmati masa-masa berseorangan di rumah! Satu perkara penting yang Mama harus ingat adalah: apabila anak-anak sudah tiada di rumah, Mama tidak dibenarkan untuk melakukan sebarang aktiviti mengemas rumah atau bekerja!
Mama boleh pasangkan lagu-lagu kegemaran Mama dan oleskan ‘homemade face mask’ atau ‘sheet mask’ kegemaran Mama. Mama juga boleh lakukan beberapa aktiviti lain seperti yoga atau TABATA!
Apa sahaja aktiviti yang Mama ingin lakukan, ingat, inilah masa yang sesuai untuk merehatkan minda dan fizikal Mama. Jadi, gunakanlah masa tersebut dengan sepenuhnya.
Tip #2 Menikmati Udara Segar
Jika Mama sama seperti kebanyakan ibu yang lain, Mama mungkin lebih banyak menghabiskan masa di dalam rumah daripada melakukan aktiviti menarik di luar.
Sekiranya ada masa, Mama boleh keluar berjalan-jalan sendirian – untuk menikmati udara segar. Dengan hanya berjalan kaki di sekitar rumah pun boleh memberi manfaat kepada minda dan fizikal. Apabila Mama keluar berjalan bersendirian, semua deria anda akan menjadi lebih tajam.
Tip #3 Keluar Memandu
Ini merupakan salah satu tip kegemaran para ibu!
Mama Siti tahu bagaimana letih dan tertekannya pada penghujung hari setelah selesai – menghabiskan kerja untuk memenuhi ‘deadline’, memikirkan menu untuk ahli keluarga (termasuk menyediakan bahan-bahan dan memasak!), membantu anak-anak dengan kerja rumah dan melayan segala pertanyaan “kenapa” dan “bagaimana” mereka. Sudah semestinya memenatkan mental dan fizikal Mama bukan?
Ketika kita berada dalam keadaan seperti ini, kita pasti ingin keluar memandu tanpa arah tujuan, atau sekiranya Mama perlukan alasan (untuk anak-anak), hanya beritahu mereka “Mama nak keluar beli roti untuk sarapan esok tau. Nanti Mama balik!”.
Sebenarnya ada satu rasa kebebasan apabila kita memandu bersendirian tanpa arah tuju, tanpa berfikir apa-apa, dan bergembira menyanyikan lagu kegemaran di dalam kereta anda sendiri.
Tip #4 Masa untuk ‘Toilet Break’!
Mak-mak sangat sukakan ‘toilet breaks’ dan sebenarnya tak perlu rasa malu pun mengenai hal ini! Sama seperti orang lain, apabila rasa ingin ke tandas, beberapa minit ‘dash-and-lock’ di tandas dapat mengekalkan kewarasan anda. Pastikan anak-anak Mama berada di tempat yang selamat dan pintu rumah dikunci untuk mengelakkan daripada berlaku perkara yang tidak diingini.
Mama Siti sangat memahami keajaiban ruang kecil di rumah iaitu di tandas atau bilik mandi. Pssst, Mama Siti pun tahu yang Mama semua juga lebih gemar untuk menyalakan lilin wangi dan memainkan lagu kegemaran di Spotify sambil ‘melepaskan hajat’ bukan? Selesai ‘berhajat’, apa kata Mama basahkan badan sebentar untuk melegakan sedikit tekanan? Pasti lebih seronok!
Tip #5 Ayam Brand – Penyelamat Utama untuk Menikmati ‘Me-time’ Mama
Mama Siti faham bahawa kehidupan seorang ibu boleh menjadi sangat sibuk dan meletihkan. Jadi, Mama Siti kongsikan semua tips yang berguna ini untuk membantu para ibu diluar sana.
Bagaimana dengan idea hidangan makanan panas dan ‘fancy’ yang boleh disediakan dalam hanya 4.5 minit, tanpa bahan pengawet, pewarna dan juga tanpa MSG? Bukan itu sahaja tau! Ia juga mengandungi sumber serat makanan yang baik dan rasanya juga berasal dari makanan yang sebenar yang segar dimasak.
Makanan Sihat & Memudahkan
Mungkin kedengaran seperti mimpi, namun, impian ibu-ibu untuk mendapatkan makanan yang sihat dan memudahkan menjadi kenyataan dengan Ayam Brand
Pasta sejuk beku Ayam Brand
Yang lebih menarik lagi adalah, ketiga-tiga perisa pasta sejuk beku Ayam Brand
Berikut adalah beberapa fakta ringkas mengenai makanan sejuk beku Ayam Brand
- Pasta sejuk beku Ayam Brand
dan semua produknya tidak mengandungi bahan pengawet, MSG, dan pewarna. Pembekuan makanan bertindak sebagai cara semula jadi untuk mengawet makanan – oleh itu, tidak perlu menambahkan bahan pengawet.
- Segera membekukan makanan setelah penyediaan mengekalkan nilai nutrisi pemakanan. Makanan sejuk beku memberikan kemudahan penyediaan dan sama berkhasiat dengan makanan yang disediakan segar!
- Sebagai ibu, anda akan menghargai bahawa makanan sejuk beku Ayam Brand
menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi dan dibuat seperti yang anda mahukan sekiranya anda mempunyai masa.
Terdapat dalam 3 rasa yang sangat enak, Ayam Brand
Untuk anak-anak yang lebih besar, rasa kepedasan daripada Ayam Brand
Dan untuk memberikan sedikit kelainan, Mama boleh hidangkan Ayam Brand
Setiap pasta beku Ayam Brand
Pasta sejuk beku Ayam Brand
- Jaya Grocer Bukit Jelutong
- Jaya Grocer Cyberjaya
- Jaya Grocer Starling
- Jaya Grocer Intermark
- Jaya Grocer Mont Kiara 163
- Jaya Grocer Bangi
- Jaya Grocer GLO Damansara
- Jaya Grocer Saujana Utama
- Jaya Grocer Jaya 33
- Jaya Grocer Da Men
Dapatkan maklumat lanjut mengenai Ayam Brand
Yang Memahami Isi Hati Ibu Yang Lain,
Mama Siti
xoxo
*Periksa label ramuan untuk memastikan makanan anda mempunyai banyak sayur-sayuran dan mengandungi sekurang-kurangnya 4g serat dalam setiap hidangan untuk memastikan anda kenyang, seperti pasta sejuk beku Ayam Brand
Artikel ini diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story.