Bila dah jadi mak-mak (semakin meningkat usia) ini, salah satu yang Mama Siti perasan adalah keadaan badan sendiri – yang tidak mempunyai tenaga seperti semasa muda dan juga mudah letih.
Teringat pesan mak zaman muda-muda dulu,
Siti, jaga pemakanan tu elok-elok. Jangan main makan je. Memanglah masa muda, masa boleh makan semua, makan selagi boleh, tapi kawal juga diet harian tu. Takut merana masa tua nanti.
Selain daripada pemakanan yang sihat dan seimbang, mak juga sering berpesan untuk menambahkan suplemen tambahan seperti vitamin dalam diet harian, terutamanya untuk bakal-bakal ibu.
Kepentingan suplemen untuk bakal ibu:
Berdasarkan perkongsian di Portal Rasmi MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia, pengambilan suplemen disarankan untuk melengkapkan keperluan nutrien yang diperlukan, mengurangkan risiko kecacatan bayi dalam kandungan, dan juga mengelakkan kelahiran bayi pramatang, dan kekurangan berat bayi.
Sebab tu penting untuk bakal ibu atau ibu yang sedang hamil untuk mengambil vitamin dan suplemen tambahan mengikut keperluan diri atau saranan daripada pakar.
Menyedari diri ini masih kurang nutrisi penting, Mama Siti mengambil inisiatif untuk menambah pengambilan suplemen dalam diet seharian. Antara yang menjadi kegemaran Mama Siti dari zaman anak dara hingga sekarang (dan mungkin hingga tua!) adalah Blackmores Proceive Care™.
Blackmores Proceive Care™
Blackmores Proceive Care™ merupakan sejenis suplemen tambahan yang dihasilkan dalam bentuk serbuk, yang diformulasikan khas untuk menambah keperluan nutrisi badan, mengawal hormon, dan mengurangkan simptom-simptom PMS.
Produk Blackmores Proceive Care™ ini kaya dengan ramuan herba yang premium seperti akar maca, shatavari, spirulina, madu ratu lebah dan juga kunyit, menjadikannya sangat sesuai untuk wanita.
Antara khasiat kesihatan yang anda boleh perolehi daripada produk ini adalah:
- Mengawal hormon secara semula jadi dan membantu melancarkan kitaran haid.
- Mengurangkan simptom PMS seperti period cramps, perubahan mood, dan perut kembung.
- Meningkatkan tenaga dalam badan dan juga gaya hidup.
- Membantu mengurangkan jerawat dan merawat kulit – kunyit dan madu ratu lebah mempunyai sifat anti-bakteria dan anti-radang.
- Membantu dalam pembersihan rahim dan melancarkan peredaran darah ke rahim.
- Menyokong peralihan hormon yang lancar hingga menopaus.
- Mengurangkan simptom-simptom menopaus seperti mood swings dan hot flushes.
- Kekal muda dan cergas dengan gaya hidup yang lebih baik (sesuai untuk wanita yang menopaus).
- Diformulasikan khas dengan campuran herba premium untuk kesihatan dan kesuburan badan.
Mama Siti sangat suka mengamalkan minuman ini dalam diet seharian. Rasanya yang enak menjadikannya mudah untuk diminum sendirian atau dicampurkan ke dalam minuman berkhasiat lain untuk rasa yang lebih umph!
Badan rasa lebih sihat dan bertenaga, dan juga yang paling penting, Mama Siti yakin kesihatan dan kesuburan hormon badan lebih terkawal.
Boleh dikatakan, badan rasa lainlah kalau skip minuman ini sehari!
Sejak Mama Siti mengamalkan suplemen tambahan ini, Alhamdulillah, badan rasa lebih sihat dan bertenaga.
Mama Siti turut mencadangkan suplemen tambahan ini kepada mak-mak yang lain. Untuk mendapatkan rangkaian vitamin holistik yang sihat dan kaya dengan nutrien yang diformulasikan khas untuk para wanita hingga menopaus, Mama boleh mendapatkan secara dalam talian di laman berikut:
Untuk maklumat lanjut mengenai produk Blackmores, layari laman rasmi Blackmores, Facebook, Instagram dan YouTube Blackmores hari ini.