Buat ibu bekerja, ini untuk Mama!
Terdapat pelbagai cabaran yang harus Mama lalui apabila menjadi mak buyung, terutama sekali apabila bekerja dan bukan di rumah yang selesa dan sentiasa selamat seperti sarang burung.
Apabila Mama merupakan ibu hamil di tempat kerja, terdapat beberapa perkara yang harus Mama berwaspada. Berikut merupakan beberapa tips keselamatan ketika bekerja bagi mak-mak buyung.
Jom kita baca sampai habis!
5 Tips Keselamatan Ketika Bekerja Bagi Mama Hamil
1. Redakan Loya dan Muntah
Kebanyakan Mama mempunyai masalah ini sewaktu trimester pertama kehamilan. Waktu ni memang tidak selesa untuk bekerja. Nama lainnya adalah morning sickness. Untuk redakan rasa loya dan muntah di tempat kerja, serta tingkatkan keselamatan semasa bekerja, Mama boleh cuba:
- Elakkan punca loya – Ini boleh terjadi sama ada bau makanan di tempat kerja atau bau atau rasa lain. Sebolehnya, elakkan apa-apa yang menjadi punca loya.
- Snacking – Keropok dan makanan tiada rasa atau buah-buahan boleh menjadi ‘hero’ Mama sewaktu loya. Satu lagi, Mama boleh cuba minum air halia yang dibuat dengan halia sebenar atau teh halia.
- Ambil vitamin B-6 – Vitamin ini dikatakan dapat membantu mengurangkan rasa loya. Tapi awas! Ia boleh menyebabkan Mama mengantuk jika diambil pada waktu siang.
- Tanya doktor tentang ubat anti mual – Untuk loya dan muntah yang teruk hingga mengurangkan berat badan Mama, Mama boleh dapatkan ubat anti mual yang sesuai untuk Mama.
2. Jangan Stres Tau Mama!
- Kawal hari Mama – Buat senarai aktiviti yang Mama akan lakukan pada hari tersebut. Utamakan tugasan yang perlu Mama siapkan pada hari tersebut. Minta tolong orang jika perlu. Jangan stres sorang-sorang Mama!
- Jika ada masalah, beritahu sahaja – Kongsi kesedihan dan kekecewaan dengan rakan sekerja, rakan atau orang tersayang yang memahami Mama.
- Bertenang – Amalkan teknik menenangkan diri, seperti bernafas perlahan-lahan atau bayangkan tempat yang tenang. Cuba kelas yoga pranatal, asalkan doktor Mama bagi green light.
3. Kawal Keletihan & Tingkatkan Keselamatan Semasa Bekerja
Badan Mama mungkin overwork sewaktu hamil untuk menyokong semua keletihan Mama. Untuk memudahkan Mama, ia mungkin membantu untuk:
- Lebihkan makanan yang kaya dengan zat besi dan protein – Keletihan ni mungkin terjadi sebab kekurangan zat besi. Oleh itu, pilih makanan seperti daging merah tanpa lemak, ayam, makanan laut, sayur-sayuran hijau berdaun, bijirin-bijirin penuh yang kaya dengan zat besi dan kekacang.
- Berehat pendek tapi kerap – Bangun dan bergerak selama beberapa minit. Dengan habiskan beberapa minit Mama dengan lampu padam, mata tertutup dan kaki terangkat juga mungkin boleh membantu.
- Minum banyak air – Penting untuk Mama ada air botol dekat dengan Mama. Minum banyak pada waktu siang supaya nak dekat waktu tidur tu takdelah asyik ke tandas. Nanti ganggu Mama tidur pula.
- Kurangkan beraktiviti – Mengurangkan aktiviti selain kerja mungkin mewujudkan lebih banyak masa untuk berehat selepas bekerja. Mama juga boleh upah orang untuk kemas rumah dan shopping barangan dapur untuk meringankan beban Mama.
- Teruskan rutin senaman – Aktiviti senaman ringan boleh bantu meningkatkan tahap tenaga terutamanya bagi Mama yang kerja pejabat dan duduk di meja sepanjang hari. Berjalan-jalan lepas bekerja atau join kelas senaman pranatal.
- Tidur awal – Mama perlu target tidur lapan jam setiap malam. Tidur di dalam posisi kiri atau kanan boleh memastikan darah mengalir dengan baik ke bayi dan melegakan bengkak. Untuk lebih selesa, letakkan bantal di antara kaki dan di bawah perut.
4. Mengambil Langkah Berjaga-jaga Semasa Kerja
Kadang-kadang tempat kerja Mama pun mungkin meningkatkan risiko berbahaya semasa kehamilan Mama terutamanya bagi Mama yang berisiko tinggi untuk kelahiran pramatang. Keadaan kerja tersebut termasuk:
- Pendedahan kepada bahan berbahaya
- Berdiri berpanjangan
- Mengangkat berat, memanjat atau membawa
- Bising yang berlebihan
- Suhu yang melampau (Terlalu sejuk atau terlalu panas)
Dapatkan vaksinasi yang disyorkan oleh doktor yang akan membantu memastikan Mama sentiasa selamat di tempat kerja dan juga di rumah. Jika Mama ada masalah lain, boleh berjumpa dengan doktor untuk dapatkan nasihat yang sewajarnya untuk kehamilan Mama berjalan lancar.
5. Sentiasa Selesakan Diri
Sepanjang kehamilan, aktiviti harian seperti duduk dan berdiri boleh menjadi tidak selesa. Rehat pendek dan kerap boleh melawan keletihan Mama.
Bergerak setiap beberapa jam juga boleh meredakan ketegangan otot dan membantu mencegah pengumpulan cecair pada kaki. Mama boleh cuba lakukan ini:
- Duduk – Dengan menggunakan kerusi boleh adjust sokongan belakang yang baik, boleh menjadikan masa duduk yang lama lebih mudah terutamanya apabila badan melalui perubahan berat badan dan postur. Jika kerusi Mama tak boleh adjust, gunakan bantal atau kusyen kecil untuk memberikan sokongan tambahan belakang. Tinggikan kaki untuk mengurangkan bengkak.
- Berdiri – Bagi Mama yang mesti berdiri lama semasa bekerja, letakkan satu kaki di atas tempat letak kaki, bangku rendah atau kotak boleh membantu. Tukar kaki dengan kerap dan kerapkan berehat. Yang pasti, pakai kasut yang selesa dengan sokongan lengkungan yang baik.
- Membongkok dan mengangkat – Walaupun mengangkat sesuatu yang ringan, posisi yang betul boleh menyelamatkan belakang Mama. Bengkok di lutut, bukan di pinggang. Pastikan barang dekat dengan badan Mama, angkat dengan kaki dan bukan dengan belakang. Elak memusingkan badan semasa mengangkat barang.
Akhir kata, sentiasa jaga keselamatan Mama semasa berkerja! Jika boleh elakkan, elakkan ya Mama. Kita tidak tahu betapa sensitifnya kehamilan Mama. Oleh itu, berjaga-jaga dan berwaspada amatlah penting. Selamat mencuba!
Dapatkan lebih banyak tips keselamatan ibu hamil di SINI!