Musim raya ni la boleh rasa pelbagai jenis masakan yang disediakan. Pergi rumah mana-mana, sesiapa sahaja mesti akan dihidangkan makananan bukan? Daripada ketupat, lemang, rendang, kuih raya dan sebagainya, pelbagai jenis makanan menanti tetamu yang datang.
Tapi dalam seronok dan tak sabar terbayangkan makanan tu, Mama jangan lupa untuk kawal pemakanan Mama. Tapi bukan untuk Mama je, untuk keluarga kecil Mama pun sama. Syok beraya sakan jangan sampai lupa untuk jaga kesihatan okay?
10 Tips Kawal Pemakanan Ketika Hari Raya
1. Elakkan Minum Air Manis dan Berkarbonat Yang Terlalu Banyak
Ni yang paling bahaya kalau pergi mana-mana. Semua hidangkan air manis dan ada juga yang hidangkan air bergas – sama ada yang siap dijual atau dibuat sendiri.
Lagipun kalau minum air gas ni boleh buat badan kita jadi ‘kenyang gas’ nanti. Satu lagi air gas ni ada pewarna yang banyak dan sudah semestinya tidak elok untuk kesihatan keluarga Mama.
Kalau tuan rumah hidangkan air-air di atas, pastikan Mama minum dalam kuantiti yang sedikit. Kemudian, minta izin tuan rumah untuk dihidangkan air kosong. Nak lagi mudah, Mama bawa sendiri air kosong dari rumah.
2. Elakkan makan bahagian daging berlemak
Kredit Gambar: Fimela Kredit Gambar: QASEH HONEY Kredit Gambar: Ajinomoto Malaysia
Hari raya ni mestilah ada rendang ayam, rendang daging, dan ada jugak sate. Jadi, Mama kenalah ingatkan dekat family kecil Mama untuk kurangkan makan daging yang berlemak-lemak ni.
Mama Siti faham, hari raya ni mestilah nak makan sedapkan, tapi kurangkan lah ambil bahagian lemak atau Mama makan bahagian isi daging sahaja. Cara ni juga boleh kurangkan intake lemak berlebihan tau.
3. Amalkan puasa enam
Selepas berpuasa sebulan di bulan Ramadan, umat Islam digalakkan untuk puasa enam di bulan Syawal. Tapi bukan pada 1 Syawal tau.
Lepas beberapa hari beraya, Mama bolehlah amalkan puasa enam untuk menambahkan pahala dan mengawal nafsu makan. Puasa enam boleh dilakukan bermula 2 Syawal, secara berterusan sehingga hari ke enam atau selang-seli sepanjang bulan Syawal.
4. Makan dalam kuantiti sedikit
Seterusnya, kawal pengambilan kuantiti makanan. Waktu raya ni banyak makanan yang dihidang dan mestilah kita nak makan semua kan?
Boleh makan pelbagai jenis hidangan tersebut, tapi, makanlah dalam kuantiti yang sedikit ye. Orang cakap, cukup sekadar ambil rasa.
5. Guna Pinggan Kecil Untuk Kawal Pemakanan Ketika Raya
Pesanan seterusnya, Mama boleh kawal pemakanan dengan hanya menggunakan pinggan yang kecil sahaja untuk makan. Kalau Mama guna pinggan yang kecil, nanti Mama akan nampak pinggan cepat penuh dengan makanan yang diambil dan ini akan membuatkan kita kawal pengambilan makanan kita.
Jadi, boleh lah kalau nak ambik semua pun asalkan satu menu ambil sikit-sikit sahaja. Kalau Mama nak kongsi guna pinggan dengan Papa atau anak pun lagi bagus.
Bukan waktu raya je boleh guna tips ni, bila-bila masa pun boleh guna, lagi-lagi semasa jamuan makan di mana-mana majlis atau kenduri.
6. Kurangkan Makan Biskut Raya
Yang ni mesti susah sikit kan? Pergi mana-mana je nampak biskut raya. Lagi pulak, time raya ni lah baru nak dapat merasa pelbagai jenis kuih raya bukan?
Masuk je dalam rumah dah nampak biskut raya depan mata, macam mana nak kurangkan makan lagi-lagi ada biskut favourite pula.
Lagipun sebelum tuan rumah jemput menjamu selera, mesti kita dihidangkan dengan biskut raya dulu kan. Mama tahukan biskut raya ni kandungan gulanya tinggi dan tak kenyang pun kalau makan.
Tapi kita mesti kena kurangkan makan biskut raya kalau sekadar nak rasa boleh je. Nanti kecil pula hati tuan rumah kalau tak rasa biskut raya mereka.
7. Sentiasa Pakai Pakaian Raya
Tip ni mungkin agak pelik sedikit, namun, ia berkesan untuk sesetengah orang. Daripada Mama tukar ke baju kasual atau baju basahan di rumah, Mama teruskan memakai baju raya hingga waktu petang.
Tujuannya adalah supaya kita beringat untuk makan dengan tertib kerana risau terkotorkan baju tersebut atau kain jadi ketat atau samping Papa jadi longgar kerana perut dah membuncit jika makan banyak.
8. Basuh Pinggan Selepas Makan
Jarangkan kita sebagai tetamu ni nak pergi dapur cuci pinggan mangkuk yang kita guna. Apa kata raya kali ni kita tawarkan diri untuk cuci pinggan selepas makan.
Kalau di rumah sendiri lagi senang Mama bolehlah arahkan Papa atau anak-anak untuk basuh pinggan sendiri.
Habis makan je, masing-masing basuh pinggan sendiri, jadi keluarga Mama pun dah praktikkan untuk bergerak aktif selepas makan. Jangan lupa untuk minta kebenaran daripada tuan rumah dulu ya.
9. Makan Buah-buahan
Waktu raya ni tak pelik pun kalau kita makan buah tau. Buah ni bukan sedap je tapi boleh kawal nafsu makan kita jugak.
Macam buah tembikai yang mengandungi serat atau fiber yang tinggi. Dengan memakan buah-buahan, ia boleh membuatkan rasa lapar lebih lambat Mama rasa lambat untuk lapar.
Nampak je tuan rumah hidang buah, jangan lupa makan tau! Jarang-jarang tuan rumah nak hidang buah waktu raya ni.
10. Senaman
Okay ni tips terakhir! Sudah pastilah family Mama kena rajin bersenam jugak. Senaman ni paling penting sebab ia salah satu cara yang berkesan dalam memastikan badan Mama seisi keluarga kekal sihat.
Mama cubalah curi-curi masa semasa raya nanti untuk lakukan senaman bersama family walaupun hanya selama 15 minit.
Tak perlu pun lakukan senaman berat dan ambil masa yang lama. Yoga, zumba di rumah atau brisk walk keliling taman sahaja sudah memadai.
Mama Siti tahu agak musahil bukan untuk Mama, Papa dan anak-anak melakukan tips-tips di atas? Maklumlah raya kan sekali setahun je, tapi sekurangnya Mama dah tahu apa yang keluarga Mama kena lakukan untuk mengawal pemakanan ketika raya nanti.
Bulan puasa ni macam banyak je membazir makanan, macam mana nak elakkan? Klik di SINI.