KelabMama

Dr Pakar Kongsi 12 Tips Untuk Ibu Hamil Semasa Balik Kampung

Pulang ke kampung halaman.

Seronok rasa suasana Syawal yang bakal menjelma tak lama lagi. Ditambah pula dengan musim cuti sekolah, semua rasa tak sabar nak pulang ke kampung halaman bagi menyambut Syawal bersama. Untuk Mama hamil yang bakal pulang ke kampung, jangan risau. Anda boleh cuba tips yang dikongsikan doktor pakar, Dr Afida Sohana.

SENARAI PALING PENTING:

  1. Jangan lupa buku pink/antenatal.
  2. Kenalpasti klinik/hospital berdekatan destinasi, supaya mudah mendapat rawatan jika perlu.
  3. Sebelum ‘travel’, jumpa & berbincang dengan doktor perbidanan anda.
  4. Kalau ke luar negara, pastikan insuran merangkumi masalah kehamilan.

Balik Kampung Dengan Menaiki Kapal Terbang

Untuk Mama hamil yang balik kampung dengan menaiki kapal terbang, tiga tips utama ini!

  1. Periksa tahap kehamilan yang dibenarkan untuk menaiki kapal terbang. Lain airline, lain syarat.
  2. Pastikan ada surat ‘fit to fly’.
  3. Untuk penerbangan lebih 4 jam, ada risiko darah beku (DVT). Bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku, pastikan:
    • Mama minum air secukupnya.
    • Buat senaman kaki setiap 30 minit.
    • Pakai stokin DVT.

Memandu ke Kampung Halaman

Bagi yang bakal memandu bersama suami ke kampung halaman, cuba untuk elakkan perjalanan yang mengambil masa terlalu panjang. Namun, ia merupakan sesuatu yang sukar untuk dielakkan ketika musim perayaan. Mama boleh cuba tips dan nasihat Dr Afida ni:

  1. Berhenti setiap 2- 3 jam utk bangun dan berjalan-jalan. Penting! Jika tidak, tinggi risiko darah beku (DVT).
  2. Minum air secukupnya.
  3. Buat senaman kaki di dalam kenderaan.
  4. Pakai stoking DVT/TED.
  5. Pakai tali pinggang keledar seperti rajah di bawah.

BACA: 7 Perkara Orang Luar ditegah Lakukan Pada Bayi/Kanak-kanak Raya Ini

Pemakanan & Minuman Sepanjang Perjalanan & Hari Raya

Sekiranya Mama risau untuk berpuasa ketika balik kampung, Mama harus menyediakan makanan yang sihat sepanjang perjalanan. Jangan lupa untuk sediakan air mineral dalam perjalanan. Kurangkan air manis atau yang berkafein. Nasihat Dr Afida,

Pastikan makanan dan minuman yang diambil selamat. Makan makanan seimbang.

Dr Afida Sohana

Pesan Mama Siti

Mama Siti pun tak sabar nak balik kampung! Tinggal beberapa hari je lagi. Untuk Mama dan Papa semua, jangan terburu-buru ketika pulang ke kampung. Buat persiapan seperti servis kereta, kemas barang-barang untuk dibawa ke kampung, beritahu jiran tetangga yang awak akan pulang ke kampung dan sebagainya. Taklah tergopoh-gapah sampai tertinggal barang nanti. Pandu dengan berhati-hati ya! Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri semua! <3