Betul, memang mudah untuk ibu bapa naik tangan pada anak-anak bila anak buat perangai dan sebagainya. Tetapi, bila fikirkan balik, rasa geram kita tu sekejap sahaja.
Bila Mama atau Papa sudah mula memukul anak-anak, ia sebenarnya boleh meninggalkan trauma pada diri mereka. Tak kisahlah walau satu cubit sekali pun, anak-anak boleh ingat perkara itu sampai mereka sendiri beranak pinak.
Keibubapaan bukanlah untuk semua orang, tetapi apabila sudah jadi mak ayah, anda WAJIB tahu tentang asas dunia keibubapaan. Tak perlu sempurna, cukup dengan perkara asas yang disyorkan baik dari segi agama mahupun budaya.
Jangan Guna Kekerasan!
Yang penting, kekerasan bukanlah penyelesaian yang baik malah ia akan meninggalkan titik hitam pada zaman kanak-kanak anak Mama.
Tidak kira apa bentuk keganasan yang terdedah kepada kanak-kanak, pengalaman tersebut boleh membawa kepada akibat yang serius dan melekat sepanjang hayat.
Keganasan ni boleh mengakibatkan kecederaan fizikal, gangguan seksual, kebimbangan, kemurungan, mempunyai keinginan untuk membunuh diri, kehamilan yang tidak dirancang dan juga kematian.
5 Tips Untuk Handle Anak Dengan Lebih Gentle
1. Kurangkan Perkataan “Jangan”
“Jangan usik”
Daripada menggunakan perkataan jangan, cuba guna ayat yang lebih tenang dan terangkan pada mereka apa yang akan jadi jika mereka melakukan perkara yang dilarang tersebut.
Contoh, apabila anak ingin memegang periuk panas. Daripada Mama kata “Jangan usik, periuk tu panas!”, lebih baik Mama tukar kepada ayat seperti “Kalau adik periuk panas tu, nanti melecur tangan. Sakit nanti.”.
2. Terangkan, BUKAN Mengarah
Daripada mengarahkan mereka membuat sesuatu, terangkan kepada anak-anak Mama kenapa mereka perlu belajar membuat sesuatu.
Sebagai contoh, Mama nak suruh anak Mama belajar basuh pinggan. Tekankan kepentingan kebersihan rumah dan mencuci pinggan sejurus selepas menggunakannya pada mereka.
Pesan pada anak-anak, rumah yang bersih dan sinki yang tidak mempunyai pinggan mangkuk kotor, memudahkan rezeki ‘masuk’ melimpah ruah, mengelakkan kewujudan serangga perosak, dapur yang lebih cantik berkilat dan sebagainya.
3. Jangan Letak Jangkaan Yang Tinggi
Pernah tak Mama berkata seperti ini pada anak Mama –
“Kalau tak dapat A, siap kau!”
Ini tak betul Mama! Sebaliknya, cari minat dan bantu mereka untuk mengembangkan kemahiran mereka.
Mendapat A dan markah paling tinggi dalam pelajaran bukanlah penanda aras kepandaian anak-anak. Sekiranya anak Mama lemah dalam pelajaran, Mama cuba kaedah lain untuk meningkatkan tahap keyakinan dan kemahiran mereka dalam kehidupan.
Berikan solusi yang terbaik buat mereka. Ini amanah kita sebagai ibu bapa!
4. Sabar, Jangan Terus Marah. “Communicate First”
Sebelum memarahi mereka dan hadkan aktiviti keseronokkan mereka, tanyakan dahulu kenapa mereka berkelakuan seperti itu.
Setiap kejadian mesti ada sebab yang munasabah. Dengarkan dahulu penerangan mereka dan dapatkan penyelesaian yang betul untuk masalah tersebut.
5. Buang Sifat Suka Membandingkan Anak
Ni ramai sangat ibu bapa buat – bandingkan anak kita dengan sepupu mereka sendiri atau anak-anak rakan kita.
Jangan macam tu Mama. Buanglah perangai seperti itu. Mungkin semasa zaman kita kecil, kita sudah terbiasa dibandingkan oleh mak ayah dan saudara-mara kita, tetapi, jangan turunkan perkara seperti itu pada anak-anak.
Mama Siti percaya, Mama sendiri tak suka dibandingkan seperti tu zaman kecil dahulu bukan? Jadi, jangan buat yang sama pada anak-anak.
Daripada membandingkan mereka, terima mereka seadanya dan pada masa yang sama, cari minat dan bakat mereka.
Mereka akan hargai Mama kerana mahu menolong mereka. Jadikan diri Mama dan Papa sebagai inspirasi untuk mereka berjaya dalam hidup.
Banyak lagi penyelesaian yang mudah daripada mengunakan kekerasan.
Mama dan Papa harus ingat jika melibatkan agama seperti solat, ianya wajar untuk menggunakan rotan jika anak tidak mengerjakan solat. Tetapi, ada hadnya juga tau. Bukan simply terus rotan je.
Sebelum itu, haruslah Mama dan Papa nasihatkan mereka terlebih dahulu tentang konsep solat dan kepentingannya untuk kita sebagai orang Islam. Jangan jemu untuk terus mendidik dan mengingatkan mereka tentang solat.
Kalau tak tahu bagaimana, Mama boleh baca artikel Cara Mengajar Anak Solat ini.
Hukuman rotan boleh dilaksanakan atas dasar untuk mendidik dan merupakan pilihan terakhir. Hukuman dengan cara merotan ini tidak boleh dilaksanakan pada kali pertama kesalahan anak atau murid. Setiap kesalahan itu haruslah terlebih dahulu dijelaskan kedudukannya. Kemudian, penekanan kepada tindakan atau tingkah laku yang betul perlu diberikan. Peluang untuk memperbaiki kesalahan juga perlu diberi. Pendekatan untuk menggunakan rotan ini dapat diambil daripada hadis Nabi s.a.w. yang disebut di atas tadi. Tempoh tiga tahun ditetapkan dalam hadis tadi sebagai tempoh tarbiyyah atau tempoh mendidik bagi ibadat solat (Abdullah Nasih Alwan 1974).
Kredit: Universiti Sains Islam Malaysia
Yang penting, banyakkan bersabar dalam mendidik dan handle anak. Mama Siti tahu, bukan senang, namun cuba sedaya upaya Mama ya.
Dapatkan lebih banyak info tentang keibubapaan di SINI.