Tahniah Mama! Alhamdulilah Mama sedang melalui fasa untuk menjadi seorang Mama dan mesti Mama dah mula search fesyen ibu mengandung kan? Yelah, baju yang biasa dipakai hanya boleh digunakan pada awal trimester je. Untuk bulan-bulan yang akan datang, Mama kena cari pakaian yang sesuai almaklumlah perut makin lama makin membesar.
Kadang-kadang kita tengok baju ibu mengandung tak menarik kan? Tapi sekarang dah ada banyak pilihan fesyen ibu mengandung yang cantik-cantik. Apa salahnya kalau Mama menjadi salah seorang ibu mengandung yang berpakaian trendy dan bergaya! Masa Mama Siti mengandung dulu, Mama Siti banyak tengok Instagram artis-artis di Malaysia sebagai inspirasi. Walaupun mereka berbadan dua tapi mereka tetap nampak cantik bergaya!
Sebenarnya, sangat penting bagi Mama yang mengandung dress up cantik-cantik tau. Yelah, apabila kita mengandung bentuk badan kita berubah dan kita akan nampak lebih berisi dari sebelum ni.
Jadi, banyak Mama di luar sana mengadu yang mereka akan rasa insecure dan rasa diri tak menarik untuk dipandang encik suami. Ramai juga yang share keyakinan diri mereka jatuh mendadak apabila mengandung.
Jangan risau, Mama Siti rasa semua ibu yang mengandung sangat cantik dan untuk meningkatkan keyakinan diri mama di luar sana, Mama Siti ada beberapa tips berpakaian trendy, hot dan bergaya ketika mengandung!
5 Tips Fesyen Ibu Mengandung Yang Trendy dan Bergaya
1) Gaun Maxi Menjadi Pilihan Fesyen Ibu Mengandung
Kain yang beralun, flowy dan selesa! Gaun maxi is for you Mummies! Kebanyakkan wanita mengandung gemar memakai gaun maxi sebab ianya sesuai untuk kemana-mana dan apa-apa event pun (yang pastinya lebih selesa).
Gaun maxi juga ada banyak corak dan design yang sangat sesuai untuk ibu mengandung. Favourite Mama Siti ialah gaun maxi floral, ia buat ibu mengandung nampak sangat sweet dan elegant. Paling bestnya, sangat senang nak bergerak dan berjalan!
2) Baju ‘Stretchy’
Semasa mengandung, kalau boleh kita nak pakai pakaian yang longgar je kan? Yelah mana muat nak pakai yang ketat-ketat, nanti Mama tak selesa pula. Jadi, Mama Siti nak cadangkan pakai baju yang stretchy supaya Mama senang untuk bergerak dan membuat rutin harian.
Tips yang menarik tentang baju stretchy ni, ianya akan membuat Mama lebih slim dan kurus! Dia akan ikut bentuk badan Mama dan tak gelebeh. Kalau baju yang gelebeh, ia akan buat ibu mengandung nampak lebih besar daripada saiz yang sebenar tau. So, NO to that okay!
3) Jeans Maternity Wajib Ada Dalam Fesyen Ibu Mengandung
Ini ialah ‘must-have item’ oleh ibu mengandung. Perut kan semakin besar dan semestinya seluar jeans kesayangan Mama tak akan muat. Jangan risau, Mama simpan jeans tu untuk selepas bersalin tau. Jangan buang pula!
Jeans maternity ni ialah antara benda WAJIB untuk ibu mengandung ada. Jeans ni sangat bagus untuk ibu mengandung sebab ianya sangat ‘elastic’ dan ia beri ruang untuk bayi dalam perut Mama membesar. Jadi, Mama tak perlu risau tentang istilah ‘tak muat’!
4) Baju Corak Belang
Ramai ibu mengandung sangat insecure tentang berat badan mereka jadi Mama Siti ada tips untuk nampak lebih kurus dan slim. Mama harus cari pakaian yang bercorak belang! Tak kisahlah gaun ke, blouse atau baju kurung. Mana-mana pun okay asalkan ianya stripes.
Baju bercorak belang ni sangat sesuai sebab ia mempunyai ‘optical illusion’ yang menampakkan badan lebih tinggi dan kurus! Oh ya, pastikan untuk memilih corak belang yang bukan melintang tau. Kalau stripes melintang, ia akan buat Mama lebih lebar dan besar daripada saiz normal.
5) Elakkan Warna Gelap Atau Suram
Untuk tampil lebih bergaya, trendy dan hot, Mama perlulah pakai pop of colours. Kalau Mama asyik pakai warna yang suram dan gelap, ia akan membuatkan seri ibu mengandung itu tersorok. Ambil peluang ini untuk cuba pakai warna-warna yang cerah dan bold seperti merah, hijau, kuning dan lain-lain.
Warna untuk pakaian amatlah penting untuk melambangkan ‘mood’ atau aura yang kita ingin bawakan. Sebenarnya warna hitam tak mempunyai masalah pun untuk dipakai, cumanya Mama Siti rasakan pembawaan warna-warna ceria ni akan buat Mama lebih confident!
Jangan Risau, Just Be Yourself
Setiap ibu mengandung itu membawa seorang bayi selama 9 bulan di dalam perut, jadi tak kira lah apa yang dipakai, jika Mama rasa selesa, itulah yang terbaik buat mama. Tips ini hanyalah untuk guidelines kalau Mama nak tampil berbeza dan lebih yakin dengan diri sendiri ketika mengandung.
Setiap orang mempunyai style dan citrarasa sendiri. Apa yang cantik terhadap diri masing-masing juga berbeza kan? Mama Siti harap tips ni akan memberi manfaat dan keyakinan terhadap diri Mama. Harap-harapnya, encik suami juga akan menyukai outfit baru Mama!
Semoga bermanfaat!
BACA JUGA TIPS PILIH OUTFIT MENARIK UNTUK MAMA KEKAL ‘TRENDY’
Pesan Mama Siti
Mama Siti faham bila pembawakan budak ni nak bersiap cantik-cantik pun ikut mood. Tapi apa salahnya kalau kita rajinkan diri bersiap dan pakai baju cantik-cantik. Barulah terserlah aura ibu mengandung tu. Bukan je buatkan mama rasa lebih confident dengan diri mama yang berbadan dua tapi mata papa pun sejuk je tengok mama 🙂