Mungkin ada yang ingat meroyan atau post-partum depression ni satu penyakit yang tak teruk kan? Kalau nak tahu penyakit meroyan ni sangat bahaya tau Mama dan kalau dibiarkan akan memberi kesan yang buruk kepada Mama.
Meroyan ni satu gangguan emosi kepada emosi Mama selepas bersalin akibat hormon dalam badan yang akan menyebabkan Mama jadi murung atau bertindak ganas sehingga mencederakan diri sendiri.
Meroyan ni bukan kemurugan je tau, ada beberapa jenis meroyan jugak.
Macam Mana Simptom Mama Meroyan?
Sebelum Mama meroyan, biasanya Mama akan tunjukkan beberapa simptom meroyan. Ni antara simptom yang mama akan hadapi:
1. Insomnia
Mama yang alami meroyan ni akan alamai kesukaran uuntuk tidur sedangkan Mama dah terlalu penat menjaga baby seharian. Mama cuba untuk tidur tetapi gagal untuk lelapkan mata.
Ni adalah simptom yang paling jelas untuk tahu Mama meroyan atau tak.
2. Mama Jadi Pelupa
Sebenarnya normal je kalau lepas bersalin Mama jadi pelupa sedikit. Tapi kalau tahap pelupanya semakin serius itu merupakan petanda bahawa Mama dalam keadaan yang tak baik.
3. Perasaan Mama Kosong
Mama yang meroyan ni jugak akan rasa hidupnya kosong dan tak bermakna. Mama rasakan hidupnya sudah tidak ada tujuan lagi.
Malah lagi teruk bila baby yang baru lahir pun Mama rasakan tak berharga. Perasaan Mama ketika ni kosong, happy pun tak sedih pun tak.
Jadi, ianya satu perasaan yang tak normal sebenarnya. Sepatutnya Mama yang baru melahirkan baby ni akan happy dan excited sebab tak sabar nak cipta memori dengan baby.
4. Mama Jadi Cepat Marah
Yang ni paling senang nak detect. Kalau Mama tiba-tiba jadi seorang yang cepat marah atau panas barang sedangkan itu bukan sikapnya sebelum ni. Jadi itu merupakan salah satu simptom yang papa perlu perhatikan keadaan Mama ye.
Bayangkan baby menangis pun Mama tiba-tiba jadi marah kadang-kadang pakaikan baju baby pun marah boleh naik angin. Ini bukan suatu perkara yang normal!
5. Memikirkan Perkara Negative
Mama meroyan akan selalu berfikiran yang negative tau. Contohnya, Mama akan berfikir Papa dah tak sayang dekat Mama atau Papa ada wanita lain. Bukan Papa je malah orang yang berada di sekeliling jugak Mama rasakan dirinya tak selamat.
Seolah-olah mereka yang berada di sekeliling ni mahu cederakan Mama dan baby. Berkemungkinan jugak Mama boleh terfikir untuk membunuh diri, baby ataupun berniat untuk membunuh anak-anak yang lain.
Sehinggakan ada Mama yang mendakwa mendengar bisikan halus yang menyuruh Mama bunuh diri atau mencederakan orang sekelilingnya.
Sekiranya keadaan sebegini tak dikawal dengan segera tak mustahil perkara yang Mama fikirkan tu akan jadi kenyataan ye.
Punca Mama Meroyan?
1. Mama Berpantang Tapi Tak Sempurna
Proses untuk bersalin ni sangat sakit dan memenatkan sama ada Mama bersalin secra normal normal atau pun ceaser. Dalam tempoh berpantang ni, sepatutnya Mama perlu berehat dan memulihkan diri supaya badan Mama sihat semula dan badan Mama kembali segar semula.
Orang dulu-dulu kan sepanjang tempoh berpantang ni lah mereka akan bertungku, berparam, berpilis, berbengkung, berurut dan bertangas.
Tujuan benda-benda ni dibuat untuk membelai Mama baru lepas bersalin dengan layanan macam queen lah kiranya. Dalam tempoh berpantang ni lah layanan istimewa akan diberikan kepada Mama.
Tidak menitikberatkan pemakanan Mama! Sepatutnya Mama perlu diberikan makanan yang berkhasiat bukan main suka je nak makan apa.
Ni untuk pastikan Mama makan makanan yang berkhasiat. Makanan ni lah yang akan membuatkan badan Mama kekal bertenaga dan mendapatkan zat secukupnya.
Sebenarnya perkara yang dilakukan ni bukan saje-saje tetapi untuk pulihkan semula tenaga Mama.
Jadi, kalau Mama tak berpantang dengan elok kemungkinan disinilah puncanya Mama akan alami tekanan yang berlarutan menjadi meroyan.
2. Mama Kurang Berehat Time Berpantang
Mama dalam berpantang ni perlu banyakkan berehat dan tidur. Sebab badan Mama masih lagi lemah dan sakit bersalin masih belum pulih sepenuhnya.
Mama dalam berpantang ni tak boleh ditinggalkan sendirian atau tak dijaga ye.
Kalau semua urusan Mama lakukan sendirian ini yang akan menyebabkan Mama menjadi stress. Papa jugak kurang menolong Mama mengurus anak-anak menyebabkan Mama semakin stress.
Seperti yang di tayang dalam telemovie TV3 Mama minta tolong sikit je tapi Papa asyik merungut.
Sepatutnya ada yang jaga makan minum Mama terjaga, jaga baby dan temankan Mama dalam sepanjang tempoh berpantang ni.
Malah, bukan tu je ada jugak yang Mama belum habis berpantang lagi tapi sudah kembali berkerja.
3. Perubahan Hormon Mama
Meroyan ni pun boleh terjadi apabila berlakunya perubahan hormon. Proses bersalin ni akan menyebabkan tubuh badan Mama akan alami perubahan hormon secara mendadak.
Perubahan hormon ni lah boleh mempengaruhi emosi. Kecelaruan hormon pula akan menyebabkan berlakunya kecelaruan emosi terjadi. Justeru itu, tanpa sokongan orang sekeliling Mama waktu ni akan menyebabkan gangguan emosi menjadi semakin serious.
Situasi ni, akhirnya menyebabkan Mama mengalami meroyan.
4. Sejarah Keluarga ada Depresi
Sekirangnya dalam keluarga Mama ada yang alami depresi jadi Mama perlu lakukan persediaan ye. Peraatus Mama untuk jadi meroyan tu kemungkinan ada.
Tapi tak semuanya kalau ada sejarah ini akan berlaku kepada Mama. Ni semua bergantung kepada mental Mama jugak.
Cara untuk Mengatasi Meroyan?
1. Bergaul dengan Orang Sekeliling
Selain dengan Papa, Mama cuba bergaul jugak dengan orang sekeliling seperti ahli keluarga atau kawan-kawan.
Jangan asyik bersendirian ye. Oh ye selain dengan Papa, cuba Mama kongsikan jugak emosi atau berbual dengan mereka.
Mungkin ada masalah yang Mama malu nak share dengan Papa kan? Jadi bolehlah share masalah ni dengan mereka.
Tapi tak semestinya masalah je, berbual kosong pun boleh je asalkan Mama tak asingkan diri Mama.
2. Dekatkan Diri Dengan Tuhan
Untuk Mama yang Muslim ni, Mama Siti faham time ni kita tak boleh nak sentuh al-Quran kan sebab dalam hadas besar. Tapi sekurangnya Mama dengarlah zikrullah, bacaan al-Quran dan doa -doa yang boleh diamalkan time Mama tak boleh solat.
Sekarang dah moden, bukak YouTube je, semua jenis zikir dan surah al-Quran ada. Jadi tak ada alasan untuk Mama berpantang tidak beribadah kepada Tuhan ye.
Lagipun, dalam tempoh berpantang dan semasa Mama dalam nifas ni lah yang syaitan paling suka ganggu Mama. Jadi inilah senjata kekuatan rohani Mama supaya dijauhkan dari bisikan syaitan.
3. Berjumpa Kauseling atau Psikologi
Tak semestinya bila Mama jumpa kauseling atau psikologi ni tanda Mama dah jadi gila. Ini yang selalu disalah anggap oleh Mama semua.
Sebenarnya ni pun salah satu cara yang bijak sebenarnya. Sebab Mama mendapat nasihat daripada pihak yang professional.
Mereka akan dapat periksa Mama dengan lebih teliti, lebih-lebih lagi apabila Mama lakukan ujian penilaian tahap kemurungan yang Mama alami.
Kalau kemurungan yang Mama alami hanyalah biasa mungkin Mama perlu hadir untuk sesi kauseling je. Tapi kalau ditahap yang membimbangkan mungkin akan dibekalkan dengan ubat yang sesuai.
Jadi Mama pun tak perlu risau kalau nak makan ubat sebab sudah pasti ubat tersebut selamat untuk dimakan.
Tak perlulah Mama risau sekiranya ada yang anggap Mama hanya merumitkan keadaan apabila berjumpa dengan doktor ni. Mama kena ingat tau kesihatan Mama lagi penting dari pandangan orang lain.
Bagaimana Nak Cegah Meroyan
1. Mengurut dan Bertungku
Walaupun bertungku dan mengurut ni benda tradisional je tapi sebenarnya sangat bermanfaat untuk kesihatan badan Mama.
Berurut dan bertungku ni dapat membantu melancarkan kembali aliran darah dan menghilangkan sakit-sakit badan.
Bukan tu je, melancarkan pengeluaran darah nifas Mama. Ini penting bagi menjamin tubuh sihat dan tidak terganggu dengan ‘darah kotor’ yang takhabis keluar.
Sekurangnya 2 kali sehari Mama kena bertungku dan mengurut pula bergantung pada badan Mama. Kalau badan Mama dah okay dan sedia untuk mengurut jadi boleh lah lakukannya.
Mengurut ni bukan untuk melegakan kesakitan Mama je tapi untuk menenangkan fikiran Mama jugak. Oh ye, baby pun kena bertungku jugak tau!
Baby yang bertungku ni boleh mengelakkan kembung perut tau, jadi tak adalah baby asyik meragam je. Mama pun tak stress kalau baby kurang meragam.
2. Makan Makanan Berkhasiat
Papa kena jaga pemakanan Mama lagi-lagi time Mama berpantang. Pastikan makanan yang Mama ambik tu berkhasiat ye. Dan banyakkan minum air masak jugak.
Pentingnya makan makanan yang berkhasiat ketika ni untuk badan Mama cepat sihat dan tenaganya jugak kembali pulih selepas melahirkan anak. Selain tu, nak cepatkan luka bersalin Mama cepat sembuh.
Papa jangan risau, kalau Mama dah bosan asyik nak makan nasi je ada je makanan berpantang yang lain untuk Mama. Jadi bolehlah tukar menu makanan Mama dengan makanan yang lain.
3. Dapatkan Waktu Tidur Secukupnya
Pastikan waktu tidur Mama mencukupi ye. Tidur yang cukup ni penting untuk make sure Mama tak stress dan waktu jam tidur Mama terjaga. Tidur yang cukup akan buatkan mental Mama tidak terganggu.
Selalunya baby akan tidur disiang hari, jadi Mama tidur lah sekali lagipun Mama tak boleh nak lakukan kerja-kerja rumah dalam tempoh berpantang ni.
Lagi satu tidur yang cukup ni untuk pastikan bila baby terjaga waktu malam Mama tak lah mengantuk sangat sampaikan nak susukan baby pun malas.
4. Papa, Mainkan Peranan Anda!
Papa dalam tempoh Mama berpantang ni perlu berikan perhatian yang lebih. Jangan tinggalkan Mama bersendirian atau Mama je yang banyak menguruskan baby. Papa pun kena jaga baby jugak ye!
Sepatutnya time ni Papa pun kena jaga baby jugak, bukan harapkan Mama sorang je yang jaga.
Kalau boleh tugas Mama cuma susukan baby je yang lain Papa yang perlu uruskan atau selepas balik kerja Papa pula yang take over jaga baby.
Papa perlu check keadaan Mama selalu, supaya Mama tidak rasa terpinggir. Kerana di waktu ni Mama perlukan sokongan lebih daripada Papa.
Kalau boleh elakkan Mama tinggal bersendirian dalam tempoh berpantang ni ye.
Jadi, Papa tolong make sure Mama tak berada keadaan yang stress ataupun bersedih. Papa jadilah pendengar yang baik buat Mama.
Emosi Mama time ni tak stabil jadi kalau Mama meluahkan apa je perasaan atau berkongsi keresahan yang Mama alami Papa jangan cepat melatah atau abaikan Mama tau.
Kalau boleh Papa peluk lah Mama sekejap sebagai tanda menyalurkan semangat kepada Mama.
Meroyan ni salah satu penyakit yang agak serius ye sebab boleh meragut nyawa. Bukan nyawa Mama je, malah orang sekeliling jugak. Kalau makin berlarutan jugak dapatkan rawatan dengan segera!
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Sini Mama Siti kongsikan pelbagai tips kepada Mama yang sedang menyusukan bayi Mama. Klik di SINI.