KelabMama

10 Tips Berkawan Dengan Anak Agar Hubungan Erat dan Tidak Renggang

ayah bersenam dan berkawan dengan anak-anak

Sangatlah rugi kalau kita tak manfaatkan masa ketika anak kecil untuk menjadi kawan mereka. 

Susah nanti bila anak dah besar. Dia dah ada kawan baru, ibu bapa mungkin tidak lagi menjadi tempat untuk mereka berkongsi cerita

Mula dari kecil, kita kena aplikasikan 10 tips berkawan dengan anak agar hubungan tidak renggang. 

10 Tips Berkawan Dengan Anak

Kredit gambar: Shawn Actor

#1 ‘Friend Till Jannah

Kata lainnya ialah cinta tanpa syarat yang bermakna tak kira apa pun yang berlaku, anak-anak akan sentiasa dicintai oleh ibu dan bapanya. 

Ucapan “Mama sayang abang” atau “Kakak cinta hati abah” hendaklah sentiasa diulang-ulang agar melekat di fikiran dan hati anak-anak bahawa Mama dan Papa sayangkan mereka. 

#2 Perhati dan Bimbing

Lain anak, lain wataknya. Anak pertama yang pemberani manakala anak kedua seorang yang pendiam. 

Dalam keadaan ini, Mama dan Papa perlu perhatikan betul-betul apakah kekuatan mereka dan dari situ rancang kaedah terbaik untuk membantu mereka meningkatkan nilai diri masing-masing. 

#3 Sentiasa Ada Untuk Anak

Kredit gambar: KlikDokter

Sangat penting untuk kita hadir dalam keadaan yang mereka sangat perlukan. Boleh jadi, waktu itu ialah ketika anak menghadapi konflik dengan kawan di sekolah. 

Ini kerana hubungan kawan yang bermakna wujud di kala dua individu meluangkan masa bersama-sama. 

#4 Dengar Untuk Faham, Bukan Untuk Balas

“Macam mana nak jadi pendengar yang baik?”

Pertama, Mama dan Papa perlu ada ‘eye contact’ ketika anak bercakap. Itu tandanya Mama dan Papa beri perhatian terhadap cerita si anak. 

Seterusnya, pendengar yang baik tidak akan sesekali membuat andaian tetapi dia akan ulang semula cerita dengan ayat baru (paraphrase). 

#5 Sentuhan Mesra

Kredit gambar: Muslim.Sg

Sentuhan lembut dan penuh kehangatan akan mencetuskan berjuta-juta hujung saraf untuk menghantar mesej ke otak di mana bahan kimia dilepaskan untuk membawa kesihatan kepada anak.

Ia juga dikatakan mampu memberikan manfaat bukan sahaja dari segi fisiologi tetapi juga dari segi emosi.

#6 Jangan Terlalu Menjaga (Overprotective)

Di samping membimbing anak terhadap perkara baik dan buruk,sebagai ibu bapa kita juga diingatkan agar memberi ruang kepada anak untuk membuat keputusan mereka sendiri. 

Ianya semudah dengan memilih baju apa yang hendak mereka pakai pada hari tersebut. Cara ini dapat meningkatkan keyakinan anak membuat keputusan dan melatih diri menyuarakan pendapat. 

#7 Bermain Dengan Anak

Kredit gambar: iStock

Tiada kanak-kanak yang tidak suka bermain. Jika anak Mama suka permainan yang memerlukan pasangan lain, jangan pernah berfikir dua kali. Terus ambil peluang itu.

Bermain dengan anak ialah cara membina hubungan rapat dengan anak untuk jangka masa panjang. 

#8 Lepak Bersama-sama

Tak wajib pun untuk bawa anak keluar. Kalau rumah Mama ada laman, Mama boleh ajak anak berkelah depan rumah. 

Tak pun, Papa pacak khemah dan buat barbeku untuk anak rasa macam melakukan aktiviti luar. 

#9 Meningkatkan Harga Diri Anak

Kredit gambar: story.motherhood.com.my

Pandangan ibu bapa tentang persekitaran ialah pandangan ibu bapa terhadap anak. 

Kalau Mama pernah beri tohmahan negatif kepada individu lain, anak Mama akan merasakan hal yang sama jika mereka sengaja atau tidak sengaja melakukan perkara itu. 

Semakin banyak kata-kata itu berkait tentang diri mereka, semakin sukar anak menghargai diri mereka sendiri. 

Hasilnya, semakin jauh hubungan Mama dan Papa dengan anak. 

#10 Konsisten dan Berdisiplin

Mama dan Papa harus sinergi untuk konsisten dan berdisiplin. Ramai yang beranggapan kalau nak anak jadi kawan, maka mereka tidak perlu mengikut apa-apa peraturan. 

Itu salah!

Peraturan masih ada, dari masa ke masa peraturan perlu dinilai semula untuk melihat sama ada anak-anak mampu mencapai jangkaan. 

Kredit gambar: South China

Anak yang masih kecil, lebih mudah untuk kita lentur. Ambil lah peluang ini untuk membina hubungan dengan anak. 

Lakukan 10 tips berkawan dengan anak supaya Mama dan Papa kekal menjadi orang pertama yang mereka kembali untuk bercerita. 


Untuk dapatkan pelbagai info dan tips tentang keibubapaan, boleh klik di SINI tau!