Bila musim cuti sekolah mesti ramai plan yang nak bercuti dengan anak-anak. Ada yang plan bercuti dalam negara dan ada juga yang plan nak bercuti ke luar negara. Apatah lagi kalau mama pertama kali nak bawa anak kecil naik flight. Mesti rasa nervouskan?
Relaks mama, ada tipsnya kalau nak bawa anak kecil naik flight ni. Pengalaman dan tips yang dikongsikan oleh Puan Nursha Salleh ni pasti memudahkan perjalanan mama bersama si manja dan keluarga tersayang.
6 TIPS BAWA ANAK KECIL NAIK KAPAL TERBANG
Kalau cakap bab nak travel dengan anak-anak kecil mesti orang macam anggap itu salah satu pengalaman ngeri kan?
Mana tak nya. Nak layan karenah anak kecil kita. Fuh pening!! Dengan nak kena datang awal untuk check-in, nak kena tunggu lama lagi dalam flight. Lepas tu nak kena tunggu lagi kalau flight delay. Pening!
Sebenarnya, nak melancong dengan anak-anak kecil ni mudah je kalau perancangan awal dibuat.
Kita hanya kena pastikan anak-anak berada dalam keadaan anak kita yang selesa untuk mendapatkan perjalanan yang lancar, tambahan pula bila menaiki kapal terbang.
Ini pun first time tau saya bawak anak travel naik flight ni. Agak mencabar jugak tapi kalau dah planning semua insha Allah senang sangat.
Sebenarnya senang je travel dengan anak umur bawah 2 tahun ni sebab baby biasanya tak banyak songeh.
Ni saya ada kongsikan serba sedikit untuk travel dengan anak kecil.
#1 Ambil flight malam
Saya sengaja tempah flight malam sebab waktu tu kena dengan waktu tidur anak. Jadi lebih senang nak handle. Tapi sebelum tu memang saya akan bagi baby makan dulu siap-siap.
Kalau ada duit lebih, saya cadangkan pilihlah tempat duduk yang selesa dan sesuai untuk bawa anak kecil. Hari tu saya ambil seat yang paling depan sebab lebih luas kan.
#2 Asingkan keperluan dalam beg galas
Macam saya, saya bawa satu luggage memang ready untuk check-in.
Lepas tu satu beg galas untuk letak makanan, susu dan keperluan anak serba satu. Yang ni saya letak baju extra, kain lampin tebal, diaper dan juga stokin.
Lampin memang saya bawak extra untuk emergency ke apa kan. Tak payah nak kelam-kabut nanti.
#3 Biar anak letih sebelum naik flight
Sementara menunggu untuk ‘boarding’, saya biarkan anak-anak berjalan-jalan dahulu di kawasan sekitar.
Biar dia main puas-puas dulu sebab nanti dalam flight pergerakan agak terhad.
Seeloknya tunggu hingga menjadi orang yang terakhir naik flight. So, bayi taklah rasa rimas dan overwhelmed.
Bila kita yang terakhir masuk pesawat, maka bayi tak perlu tunggu lama untuk berlepas.
Lagipun masa menunggu untuk berlepas penghawa dingin dalam kapal terbang tu kurang sejuk dan mungkin akan buat anak kepanasan, tak selesa dan meragam. Jadi elok juga standby satu kipas tangan yang pakai bateri tu.
#4 Masa berlepas(TAKE OFF)
Yang ni kena titikberatkan sebab waktu ini, kadang-kadang anak akan menangis sebab terkejut bila rasa tekanan yang kuat dekat telinganya.
Tips untuk atasinya ialah dengan bagi anak minum susu atau breastfeeding.
Macam saya, saya akan bagi baby menyusu sebab tak nak bagi tekanan yang terlalu kuat sangat.
Jadi bila dah duduk, pakaikan seatbelt dan bolehlah berikan susu kat baby bila kapal terbang dah mula nak bergerak ke landasan.
#5 Security check
Oh ya, kalau ikutkan masa security check kita tak dibenarkan bawa cecair masuk. Tapi kadang-kadang security lepaskan sebab untuk baby.
Tapi kalau dibenarkan pun biasanya untuk penerbangan domestik saja (dalam Malaysia).
Kalau di overseas, security sangat strict. Air suam / panas boleh diminta dengan pramugari. Masa dekat flight nanti boleh minta dengan diorang.
#6 Changing table dalam tandas
Begini rupanya changing table dalam tandas. Buka dan lipat turun ke bawah. Dah selesai lipat balik ke atas.
Kalau was-was dengan kebersihan, lapkan dulu dengan wet tissue. Kemudian lapik dengan lampin / tuala / kain bersih sebelum letak baby dekat situ.
Nasib raisha awal awal dan melepas kat airport KB tau!
IBU PUN KENA PREPARE MENTAL & FIZIKAL YA
Apapun yang paling penting, mommies pun kena pastikan dapat rehat yang cukup sebelum hari nak travel tu. Yelah, nanti susah pulak nak urus dan layankan anak berlari, makan, menyusu, main semua. Bila kita cukup tidur dan happy, insha Allah anak pun sama seronok dan kurang meragam.
Lagi satu, banyakkan berdoa semoga semuanya dipermudahkan.
Itu sahaja tips travel saya untuk ibu-ibu semua. Semoga bermanfaat.
Happy travel guys!
Sumber : Siraplimau
BACA JUGA BAWA BEKAL MAKANAN BAYI KETIKA TRAVEL. INI TIPS MUDAH UNTUK MAMA!
Pesan Mama Siti
Bawa anak kecil bercuti memang mencabar. Bukan je kena handle perangai anak, nak packing barang anak pun mencabar juga hehe. Apa-apa pun buat persediaan dari awal supaya tak kelam kabut dan panik nanti. Semoga tips ini bermanfaat buat mama!