KelabMama

6 Tips Rutin Untuk Papa Yang Bakal Beraya di Rumah Mentua

Tahun ni tahun beraya di rumah mentua pula ye Papa. Papa tak biasa beraya di kampung? Jangan bimbang, Papa jumpa artikel yang tepat!

Tujuan perayaan adalah untuk menyambut kemenangan setelah berpuasa, dan mengeratkan silaturahim antara ahli keluarga. Namun pada zaman kini, dapat kita lihat, kebanyakan keluarga menyambut perayaan dengan menempah atau sekadar membuat pesanan atas talian untuk pelbagai perkara.

Dekorasi, memasak, pakaian, malah untuk sesetengah keluarga yang bernasib baik, mengemas pun beri upah orang lain. Namun perkara ini tidak sama bagi setiap isi rumah.

Berikut merupakan enam perkara Papa boleh mula amalkan pada raya tahun ini bersama keluarga tercinta walaupun di rumah mentua:

Tips Papa Boleh Lakukan Semasa Beraya di Rumah Mentua

Semasa Malam Raya

1. Takbir Raya

Kredit Gambar: Utusan TV

Papa ingat lagi raya 2022? Ada yang masih dalam perjalanan pulang dari kerja, atau baru berbuka puasa. Sedang memikirkan apa lauk untuk bersahur besok. Tiba-tiba takbir raya bergema, menyentak sayu hati yang tak menduga.

Begitulah pentingnya laungan takbir raya bagi umat Islam. Menandakan satu nostalgia yang membawakan 1,001 perasaan dan kenangan. Sesudah solat Maghrib pada malam pertama Syawal, umat Islam amat digalakkan untuk mengalunkan takbir raya sehingga sesudah solat raya pada besoknya.

Bagi majoriti masyarakat umum, takbir raya adalah sesuatu yang sangat biasa didengarkan. Namun tidak dinafikan, terdapat sesetengah isi rumah yang hanya mengalunkan takbir raya di layar kaca TV.

Papa boleh mulakan dengan raya tahun ini, solat maghrib berjemaah kemudian bertakbir bersama keluarga.

Bacaan takbir raya:

Ulang * 3 kali* اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ   

اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، وَالحَمْدُ لِلهَ كَثِيرًا، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلاً،

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الكَافِرُونَ،

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ،

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Ulang * 3 kali* اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ   

Teks Rumi:

Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar Laa ilaaha illallahu wallahu akbar Allaahu akbar walillaahil hamd’ (Ulang 3 kali)

Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar kabiiraa Walhamdulillaahi katsiiraa Wasubhaanallaahi bukrataw wa asiillaa Laa ilaaha illallallahu Walaa na’budu illaa iyyaahu Mukhlishiina lahuddiin Walau karihal kaafiruun

Laa ilaaha illallallahu wahdah Sadaqa wa’dah Wanasora ‘abdah Wa a’azza jundahu Wahazamal ahzaaba wahdah Laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar Allaahu akbar walillaahil hamd’

Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar Laa ilaaha illallahu wallahu akbar Allaahu akbar walillaahil hamd’ (Ulang 3 kali)

Sumber Asal : https://www.mysumber.com/takbir-raya.html

2. Rewang

Beberapa hari sebelum raya, terutama sekali pada malam raya, rata-rata masyarakat Melayu di kampung mengadakan sesi rewang bersama keluarga dan jiran-jiran.

Pelbagai aktiviti dilakukan semasa malam raya untuk memastikan sambutan raya berjalan dengan lancar dan menggembirakan.

Kebiasaannya, kerja-kerja rewang dibahagikan sama banyak antara lelaki dan wanita pada tempatnya. Papa mungkin akan diberikan tugas-tugas rumit yang belum pernah dibuat sebelum ini seperti mengacau dodol, membakar lemang, dan pelbagai tugasan lain.

Papa boleh bersiap sedia dengan mengambil tahu serba sedikit tentang aktiviti yang kebiasaannya dikendali oleh lelaki seperti:

Ketika Pagi Raya

1. Solat Subuh Berjemaah

Sebelum menunaikan solat sunat Aidilitri, Papa boleh ajak seluruh isi rumah untuk solat Subuh berjemaah diikuti dengan laungan takbir raya. Ni salah satu nak pikat hati mentua apabila beraya di rumah mereka tau.

Tambahan pula, solat subuh bersama keluarga secara umumnya membina hubungan emosi dan spiritual bersama anak-anak dan isteri.

Dengan adanya sesi solat Subuh berjemaah pada hari raya Aidilfitri dapat menimbulkan perasaan tenang kepada seisi keluarga, malah dapat menambah perasaan kasih antara Mama, Papa dengan anak-anak.

2. Solat Sunat Aidilfitri

Solat sunat Aidilitri merupakan salah satu ibadah yang dilaksanakan oleh majoriti umat Islam di seluruh dunia, menandakan kesyukuran atas nikmat telah berjaya menahan diri sepanjang bulan Ramadhan.

Tidak seperti solat fardu, solat sunat aidilitri terdapat kelainan dari caranya. Kerap berlaku dalam kalangan makmum terlupa akan cara menunaikan solat sunat aidilfitri. Semak cara berikut sebelum anda tersilap melakukannya pada 1 Syawal nanti:

Niat:

صَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

Rumi:

Usalli sunnatan li’aidil fitri rak’ataini imaman / makmuman lilla’hi ta’ala Maksudnya: Sahaja aku (sembahyang / solat) sunat Aidil Fitri dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Ta’ala

  1. Takbiratul Ihram dengan menyebut Allah hu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati
  2. Membaca doa iftitah
  3. Lafaz takbir tujuh kali di selangselikan dengan bacaan tasbih
  4. Membaca surah al- Fatihah
  5. Membaca surah al –Quran (di sunatkan membaca surah al-A’laa) Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama

Rakaat ke-2

  1. Di mulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua)
  2. Lafaz takbir lima kali di selangselikan dengan bacaan tasbih
  3. Membaca surah al-Fatihah
  4. Membaca surah al-Quran (di sunatkan dalam rakaat kedua membaca surah al-Ghaasyiyah)
  5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua
  6. Memberi salam

Aktiviti Raya

1. Ziarah Pusara

Ibn Majah meriwayatkan dengan sanad yang sahih sabda Nabi SAW:

كنت نهيتكم عن زيارة القبور، فزوروا القبور فانها تزهد في الدنيا وتذكر الأخرة

Maksudnya: “Adalah aku dahulunya menghalang kamu daripasa menziarahi kubur, maka (sekarang) ziarahilah kubur, kerana ia boleh menjadikan kamu zuhud terhadap dunia dan mengingati akhirat.”

(Riwayat Ibn Majah)

Menziarahi pusara adalah salah satu perbuatan yang dipuji dalam Islam. Dengan menziarahi pusara, seseorang akan menjadi lebih zuhud dan mengingatkan seseorang kepada kematian.

Pada hari raya, amalan menziarahi pusara ahli keluarga yang telah meninggal diwujudkan dengan tujuan ingin mengingatkan yang masih hidup untuk bersedia menghadapi kematian, dan sentiasa berdoa buat mereka yang sudah tiada. Berikut antara adab-adab ketika menziarahi kubur.

2. Bersalam-salaman

Setelah pulang dari menziarahi pusara, Papa perlu bersiap sedia untuk sesi bersalaman dan memberi duit raya!

Inilah saat yang paling ditunggu-tunggu bagi anak-anak dan juga mama. Gunakan peluang ini untuk didik anak-anak kecil bersalam dan menghormati orang lain. Bagus untuk perkembangan emosi mereka juga tau!

Papa dinasihati untuk memberi duit raya sesuai dengan keperluan dan had umur masing-masing. Dan semestinya duit raya Mama mesti paling lebih. Baru harmoni rumah tangga.


Dapatkan pelbagai tips menyambut Aidilfitri di SINI.