Keadaan ekonomi zaman sekarang bukan macam sebelum ini. Ekonomi sekarang amat tidak menentu. Bila berlakunya keadaan begini, apa yang paling merisaukan untuk ibu bapa ialah barang bayi. Terutamanya untuk ibu bapa baru. Ramai ibu bapa akan cut cost dalam memberi barang bayi yang murah agar kos perbelanjaan tidak terlalu membazir. Tambahan pula, bayi cepat membesar. Jadi, kalau beli barang mahal yang sedikit, akan rasa merugikan. Jadi apakah jalan penyelesaian yang terbaik?
Mama boleh cuba panduan dibawah untuk membeli keperluan si comel yang bakal lahir. Bergantung kepada keadaan semasa, tetapi barang-barang ini merupakan barang bayi yang WAJIB dibeli berbanding barang yang lain.
TIPS & KEPERLUAN BARANGAN BAYI
- Jika melahirkan bayi sulung, elok sediakan barang dan keperluan baru seperti tujuh pakaian siang dan tujuh pakaian malam.
- Beli pakaian jenis unisex – iaitu tidak khas untuk bayi lelaki mahupun perempuan. Jadi, ia boleh dipakai untuk anak yang lain pula nanti (jika anda hamil kembali lepas bersalin).
- Beritahu rakan, saudara dan jiran yang isteri selamat bersalin dan sedang berpantang. Dalam masa itulah, mereka akan datang ziarah dan bawa hadiah untuk bayi. Jadi keperluan baby seperti losyen, tisu basah dan napkin akan bertambah. Di situ anda dapat berjimat. Tapi jangan terlalu berharap ya!
- Bayi cepat membesar jadi sebaiknya tidak beli pakaian newborn terlalu banyak. Lebih bagus beli saiz yang besar sedikit supaya dapat pakai lama.
- Beli pakaian bayi semasa jualan murah. Biasanya Lazada atau Shopee Malaysia selalu buat diskaun barang baby murah di website mereka. Inilah masa untuk rebut!
- Selain itu, dapatkan keperluan bayi ketika jualan gudang atau terus beli dari kilang. Biasa yang buat jualan gudang seperti Tolly Joy dan Pureen.
- Pinjam daripada adik beradik atau sanak saudara. Contoh yang boleh pinjam seperti breast pump, bakul baby dan banyak lagi.
- Beli pakaian dan barangan bayi “preloved item” di Facebook. Sekarang memang trend orang jual barang terpakai di sosial media.
- Jika anda hamil anak nombor dua atau ketiga, si adik itu dapatlah guna pakaian lama abang dan kakaknya semula. Sebab itu penting basuh dan simpan dengan elok pakaian lama.
- Ya, lampin bayi adalah keperluan utama tapi anda boleh beli secara pukal sebab ia lebih murah dan jimat.
- Kalau nak lagi jimat, guna lampin kain sebab bayi kecil kerap membuang jadi nak jimat inilah caranya. Cuma anda kena rajin basuh.
- Barangan bayi yang lain seperti buaian, stroller, car seat baby, baby walker dan lain-lain boleh dibeli secara preloved atau pinjam daripada ahli keluarga lain yang tidak menggunakannya lagi.
Tak dinafikan harga barangan sekarang makin mahal. 2,3 barang je pun dah boleh sampai RM100 lebih. Untuk ibu-ibu yang sedang menantikan anak sulung, KelabMama sarankan anda untuk sediakan tabungan yang secukupnya untuk keperluan bayi anda nanti. Dan ingat, pastikan beli yang penting dulu baru barang-barang lain!
Dapatkan barang bayi yang diperlukan di Motherhood.com.my hari ini!