Apakah tips di dalam mengajar anak kecil berbasikal dan tips untuk membantu anak-anak kecil menguasai kemahiran berbasikal? Antaranya adalah:
JIKA BOLEH, MULAKAN DENGAN BASIKAL IMBANG/BALANCE BIKE
Ciri-ciri balance bike adalah di mana ianya adalah sedikit berbeza dengan basikal biasa yang terdapat di pasaran. Balance bike tidak mempunyai sebarang pedal kaki, stabilisers iaitu roda ketiga keempat dan adalah lebih ringan daripada basikal yang mempunyai pedal. Balance bike ini berfungsi untuk melatih anak-anak kecil untuk menggunakan kedua-dua belah kaki mereka untuk mengimbangkan basikal dan diri mereka. Kelebihan kaedah menggunakan balance bike ini adalah anak-anak kecil seawal usia 2 tahun boleh belajar untuk mengimbangkan diri mereka sendiri tanpa sebarang penerangan dari ibu bapa, latihan dari ibu bapa yang ada kalanya boleh menimbulkan tekanan kepada ibu bapa.
Balance bike yang terkenal adalah balance bike dari jenama FIRSTBIKE yang mana ianya sememangnya popular dan banyak digunakan di negara-negara barat. Di Malaysia ada ke balance bike? Harga balance bike ini pula adalah bermula dari RM 350.00 dan ke atas bergantung kepada rekabentuk, warna yang anda pilih.
MULAKAN DENGAN MENUNGGANG DI KAWASAN RATA DAN PERLAHAN-LAHAN
Kawasan yang paling ideal untuk menunggang basikal adalah di taman-taman rekreasi ataupun kawasan tidak bertrafik. Mulakan dengan kawasan rata dan secara perlahan-lahan ke kawasan berbukit mengikut kecerunan yang berperingkat-peringkat.
AJAR ANAK-ANAK KECIL BAGAIMANA UNTUK MENGGUNAKAN BREK
Di sekitar usia 2 tahun 5 bulan sehingga ke 3 tahun, kanak-kanak sudah mempunyai kebolehan untuk mengendalikan brek tangan. Akan tetapi ianya tertakluk kepada keadaan sesuatu brek tangan itu. Brek tangan itu adalah mesti cukup lembut untuk jari-jemari comel mereka. Tunjukkan kepada anak-anak bagaimanakah ia berfungsi dan berikan galakan serta motivasi untuk mereka berlatih menggunakan brek. Salah satu cara latihan menggunakan brek yang boleh dilakukan oleh ibu bapa atau mana-mana orang dewasa adalah melukis satu garisan pada mana-mana kawasan yang rata dan berikan arahan kepada anak-anak untuk berhenti pada garisan yang telah dilukis tadi.
SENTIASA MEMAKAI TOPI KELEDAR
Tak kira sama ada menunggang balance bike ataupun basikal biasa, ini adalah sesuatu yang WAJIB! Lebih cepat anak-anak dapat membiasakan diri, lebih bagus. Bawa anak-anak bersama ketika ingin membeli topi keledar basikal untuk mereka dan biarkan mereka memilih topi keledar basikal yang mana satu menjadi idaman kalbu mereka. Biar mereka ekspresi diri mereka sendiri. Bagi bonus pada mereka sikit! Smile
BASIKAL DENGAN CIRI STEERING LIMITER
Balance bike seperti FIRSTBIKE dan STRIDER dilengkapi dengan ciri steering yang mempunyai sudut pusingan yang terhad ataupun lebih dikenali sebagai steering limiter yang dapat membantu anak-anak kecil untuk mengekalkan arah basikal dan mengelakkan risiko jatuh dan cedera yang major. Basikal dengan sisi yang tajam ataupun skru yang terlalu panjang juga perlu dielakkan.
PILIH BASIKAL DENGAN CIRI TEMPAT DUDUK BOLEH LARAS
Untuk peringkat permulaan, sebenarnya, anak-anak kecil lebih merasai bahawa diri mereka adalah selamat apabila kaki mereka dapat mencecah ke lantai. Jadi adalah sangat penting yang tempat duduk basikal adalah merupakan tempat duduk yang boleh dilaraskan ketinggiannya demi memberikan keselesaan serta rasa selamat pada anak-anak kecil. Apabila anak-anak kecil duduk di atas basikal, kedua-dua kaki mereka sepatutnya boleh jejak ke bawah. Bukannya bila naik basikal, hujung-hujung jari kaki jer yang akan cecah ke bawah.
SEDIAKAN SAFETY GEAR YANG BERSESUAIAN DAN BETUL
Memakai warna-warna terang ataupun vest keselamatan adalah sangat digalakkan yang mana ialah adalah ideal untuk melihatkan yang mereka dapat dilihat. Untuk kasut pula, kasut bertutup dan ankles fixed.
TANGGALKAN RODA KETIGA & KEEMPAT PADA BASIKAL BIASA APABILA ANAK SUDAH BOLEH MULA BERBASIKAL
Di usia 4 atau 5 tahun bergantung kepada ketinggian dan juga kemahiran berbasikal anak-anak, secara perlahan-lahan tanggalkan roda ketiga dan keempat. Bila dah biasa dan mahir dengan balance bike… Apa yang masih tinggal untuk dilatih adalah untuk mereka belajar mengayuh pedal basikal.
Sumber: www.bubblynotes.com