Seiring dengan perjalanan masa dan peningkatan usia, secantik dan sepejal mana pun punggung seseorang wanita itu, ianya pasti akan turut berubah seperti mengecut, melorot dan kendur jika tidak dijaga dengan baik, lagi-lagi bila sudah beranak-pinak. Sebagai panduan dan rujukan untuk wanita ikuti beberapa tips agar dapat mencantikkan kembali bahagian punggung anda.
DO & DONTS
- Lakukan aktiviti berbasikal dan berenang dengan kerap. Percayalah ia mampu memberi bentuk yangcantik dan pejal kepada punggung anda.
- Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi secara kerap. Langkah ini dapat meningkatkan kadar metabolisme badan untuk untuk membakar kalori setiap hari. Bahagikan waktu makan anda kepada lima kali. Tiga kali untuk hidangan utama (sarapan, makan tengah hari dan makan malam) dan dua kali untuk snek.
- Mulakan program 10,000 langkah sehari. Lebih banyak kalori yang terbakar setiap hari, lebih kecil dan menawan punggung dan paha yang akan dimiliki. Cara mudah untuk membentuk bahagian badan ini ialah dengan berjalan kaki.
- Jika ingin yang terbaik, lakukan senaman naik turun tangga. Amalkan menggunakan tangga ketika naik ke aras atas. Lakukan aktiviti ini sekitar 5 minit sahaja sudah memadai.
- Tinggalkan makanan pedas. Pengambilan makanan sebegini membuatkan pengumpulan lemak di bahagian paha dan pinggang akan bertambah teruk. Wanita yang mempunyai bentuk badan seperti buah pir, harus elakkan makanan ini sama sekali.
- Jika memerlukan anda bekerja mengadap komputer seharian, bangun sekali sekala secara kerap. Ini mengelak anda hanya duduk sahaja dikerusi. Antara sebab punggung wanita lepas melahirkan anak semakin melebar disebabkan perbuatan duduk yang terlalu lama dikerusi.
SENAMAN CANTIKKAN PUNGGUNG
Langkah 1 – Baring Telungkup atau Meniarap
Untuk merehatkan otot-otot punggung dan perut. Untuk permulaan boleh gunakan bantal nipis dan baring santai pada perut.
Langkah 2 – Menekan Siku
Bagi membentuk semula atau mempertahankan lengkung bawah pinggang, angkat tubuh bahagian atas dengan cara menekan siku, pertahankan pinggul di bawah dengan punggung dalam keadaan relaks dan kepala pada posisi yang menyenangkan.
Langkah 3 – Menekan ke atas
Untuk membentuk kembali atau mempertahankan lengkung normal punggung untuk mendorong disk kembali ke tempatnya. Tangan dengan kedua-dua tapak tangan di bawah bahu, punggung relaks dan luruskan siku. Angkat tubuh bahagian atas dan pertahankan pinggul di bawah (punggung dilekuk). Lakukan 7 gerakan pertama dengan hitungan teratur 3 gerakan terakhir tahan selama 5 hitungan.
Langkah 4 – Menguatkan Otot Punggung
Letakkan kedua belah tangan disisi tubuh
Kedua tangan diletakkan sejajar bahu ke sisi tubuh (seperti kapal terbang)
Kedua tangan di atas kepala (seperti superman). Angkat tangan, bahu dan kepala dari lantai kemudian kencangkan otot-otot punggung. Kedua kaki boleh diangkat.
Langkah 5 – Meregangkan Punggung seperti Kucing
Bertumpu pada tangan dan lutut (seperti merangkak), tegangkan perut dan lengkungan punggung ke atas kemudian lenturkan ke bawah.
Langkah 6 – Membongkok ke depan dengan tepat
Untuk meningkatkan perhatian terhadap postur tubuh, membongkok dengan menekuk tubuh ke depan, kemudian letakkan kedua tangan di pinggang bawah untuk melengkungkan tubuh kembali ke depan. (boleh dilakukan dengan berdiri)
Langkah 7 – Memusing Tubuh
Untuk meregangkan sisi tubuh. Kedua tangan diselangkan di depan dada, kedua kaki diletakkan di lantai. Pusing tubuh bahagian atas pada satu sisi (kiri), kemudian ke sisi lainnya (kanan)
Langkah 8 – Menekuk ke belakang
Untuk merelakskan punggung atau membentuk kembali/mempertahankan lengkung punggung. Letakkan kedua tangan di belakang pinggang bawah, kemudian lengkungkan tubuh ke belakang, pertahankan kedua lutut tetap lurus. Kembali ke posisi tegak.
Sumber: Internet