KelabMama

TIP PILIH LAMPIN PAKAI BUANG YANG SESUAI UNTUK SI MANJA ANDA

Apabila pasangan yang bakal bergelar ibu bapa bakal menyambut kelahiran bayi, pemilihan lampin antara aspek utama perlu diambil kira kerana kini, ia adalah satu keperluan. Biarpun ada pilihan untuk menggunakan kain lampin namun kebanyakan keluarga masa kini hanya menggunakan lampin pakai buang kerana ia mudah digunakan dan dibersihkan. Harga lampin yang mahal tidak bermakna ia sesuai dengan kulit anak. Lampin yang murah juga tidak bermaksud ia tidak berkualiti. Sedikit teknik trial and error perlu dilakukan untuk mencuba lampin yang sesuai.

BERAPA KERAP LAMPIN HARUS DITUKAR?

Bagi bayi yang dilahirkan dengan kulit sensitif, ibu bapa perlu menukar lampin sekerap yang mungkin. Jika tidak bayi akan mudah dijangkiti dengan ruam lampin yang disebabkan oleh air kencing yang mengandungi bakteria. Secara normalnya, bayi akan terkencing setiap satu hingga tiga jam dan membuang air besar beberapa kali. Oleh itu, ibu bapa perlu memeriksa lampin setiap dua atau tiga jam sekali. Kebanyakan bayi tidak akan terganggu dengan lampin basah. Mereka tidak akan menangis dan menujukkan bahawa mereka tidak selesa setiap kali lampin basah. Lampin pakai buang selalunya menyerap lembapan dengan baik jadi ibu bapa tidak akan perasan bahawa lampin berkenaan sudah lencun. Periksa setiap dua jam sekali dengan menggunakan jari yang bersih di bahagian dalam lampin untuk mengesan lampin basah.

BAGAIMANA MENGELAKKAN DARIPADA RUAM LAMPIN?

Pelindungan yang paling baik untuk menentang ruam lampin ialah punggung yang kering. Untuk membantu, ikutilah lima langkah mudah ini:

Sumber: Jelita.com.my / babycenter.com.my