KelabMama

Panduan Melancong: 5 Tips Untuk Dapatkan Tiket Penerbangan Yang Murah!

Bercuti pun mestilah kita nak berjimat kan? Sebagai pengguna yang bijak, kita harus cari harga atau pakej terbaik yang ditawarkan syarikat penerbangan. Berikut merupakan tips crucial apabila ingin membeli tiket penerbangan yang murah dan berbaloi! Yelah, banyak lagi perbelanjaan lain yang kita akan lakukan apabila sudah tiba di destinasi nanti bukan?

Mujur ada tips-tips ni daripada Mama Siti!

Jom kita tengok sama-sama.

5 Tips Untuk Dapatkan Tiket Penerbangan Yang Murah

#1 Rancang Perjalanan Pada Hari Selasa, Rabu, Atau Sabtu

Kalau Mama tak pernah dengar, ini adalah salah satu hacks yang popular untuk digunakan. Pilihlah hari Selasa, Rabu dan Sabtu kerana ia adalah hari yang paling murah untuk melancong.

Apabila dekat dengan hujung minggu seperti hari Jumaat dan Ahad biasanya tiket akan menjadi jauh lebih mahal. Tapi ingat Mama, Mama tak boleh la bergantung dengan hari-hari ini sahaja, penerbangan murah boleh muncul pada bila-bila masa sahaja!

#2 Tempah Tiket Penerbangan Pada Pagi Selasa

Untuk pengetahuan Mama, tiket penerbangan paling murah ditawarkan pada awal minggu dan harga akan meningkat pada minggu berikutnya. Kebanyakan syarikat penerbangan akan mulakan diskaun mereka pada malam Isnin. So, by pagi Selasa Mama dah boleh mula menempah! Diskaun mereka boleh menjimatkan Mama antara 15% dan 25%.

Kalau boleh jangan tempah pada hari Khamis, sebab ia adalah hari yang paling mahal untuk menempah tiket. Syarikat penerbangan biasanya menaikkan harga mereka pada hari Khamis. Begitu juga pada hujung minggu, syarikat penerbangan menawarkan harga tinggi sebelum mereka mula menurunkan harga mereka pada awal minggu.

Mama kena take note lah tiket penerbangan akan lebih mahal bila cuti umum seperti Krismas, Tahun Baru Cina, Hari Raya Puasa, atau Deepavali yang jatuh pada hari bekerja. Tempah lebih awal, lebih bagus!

#3 Fleksibel Dengan Masa Perjalanan Mama

Sebenarnya masa berlepas penerbangan mempengaruhi harga tiket penerbangan tau, Mama! Untuk jimat, Mama perlu terbang pada awal pagi atau pada petang Sabtu atau petang kalau nak lebih jimat.

Begitu juga dengan penerbangan red eye, iaitu penerbangan yang berlepas pada waktu malam dan tiba keesokan harinya. Semasa menempah tu, Mama perlu ambil kira perkara-perkara macam ni.

#4 Pilih Destinasi dan Tarikh Mama Berdasarkan Harga

Selalunya inilah yang Mama akan buat sebelum menempah tiket kan?

Kalau cara ni yang Mama ikut, ia akan mengakibatkan harga tiket yang tinggi. Apa kata Mama tukar cara dan bandingkan harganya. Cara-caranya adalah:

Mama harus fleksibel dari segi masa dan tempat yang Mama nak pergi. Jika Mama ingin menempah tiket penerbangan termurah, pastikan Mama mencari lebih daripada satu tarikh.

#5 Pasang Notifikasi ‘Price Alert’

Dengan kesibukan hari kita, ia adalah wajar untuk Mama tetapkan notifikasi untuk price alert, supaya bila tiket murah ada, Mama boleh terus tempah dan rancang perjalanan Mama.

Pertimbangkan lapangan terbang yang berbeza sebagai destinasi berlepas dan ketibaan anda kerana lebih banyak pilihan akan meningkatkan peluang mendapat pemberitahuan penerbangan murah. Jangan lupa untuk track lebih awal sebab lagi awal, lebih tinggi peluang untuk mendapatkan tawaran yang hebat.

Mama cuma perlu pergi ke ‘Price Alert’ di Skyscanner atau Google Flights di belah kiri website. Senang je kan?

Amacam? Bernas tak tips-tips ni Mama? Lepas ni boleh lah jimat sikit dengan tambang ni. Selamat mencuba and happy holiday!


Tempat menarik mana yang Mama nak pergi? Jom klik di SINI untuk cari destinasi yang menarik pada cuti sekolah ini!