Buli ni satu perbuatan yang mengasari orang yang lemah dengan bertujuan untuk menunjukkan kekuatan mereka. Menjadikan anak-anak yang lemah menghormati mereka yang kuat.
Jenis buli di bahagikan kepada empat jenis iaitu buli fizikal, lisan, mental dan siber.
Mama Papa mesti ingat kalau buli je mesti budak remaja je kan, tapi percayalah anak-anak kecil Mama Papa juga boleh jadi pembuli.
Mama Siti nak kongsikan dengan Mama Papa cara untuk elakkan anak-anak menjadi seorang pembuli.
Peranan Mama Papa untuk Elakkan Anak Jadi Pembuli
1. Berikan Perhatian Sepenuhnya
Mama Papa perlu berikan perhatian kepada anak sepenuhnya. Sesibuk mana pun dengan kerja, pastikan ada masa untuk bersama anak-anak.
Luang masa bersama dengan makan malam bersama atau sebelum tidur. Mama Siti faham Mama Papa busy dengan kerja, tapi anak-anak juga perlu kan Mama Papa untuk bersama mereka walaupun sekejap.
Kalau weekdays Mama Papa busy, jadi time weekend Mama Papa luangkan lah masa bersama mereka, jangan abaikan mereka.
Mama Papa ketepikan hal kerja dahulu dan berikan tumpuan sepenuhnya kepada anak-anak. Dengar mereka bercerita, tanyakna hal sekolah dan selalu bersembang dengan mereka.
Kebanyakkan anak-anak yang menjadi pembuli ni seorang yang memberontak akibat tidak mendapat kasih sayang yang cukup daripada Mama Papa.
2. Memantau Anak-anak Berkawan dengan Siapa
Kawan anak-anak juga perlu dipantau oleh Mama Papa. Hal ini perlu dititikberatkan, lagi-lagi apabila anak berkawan dengan rakan yang bukan sebaya dengan mereka.
Kalau anak-anak salah pilih kawan, nanti anak-anak juga yang akan rosak akibat terpengaruh dengan kawan mereka. Sebab itulah Mama Siti nasihatkan Mama Papa untuk ambil tahu dengan siapa berkawan anak-anak Mama Papa kerana risaukan mereka berkawn dengan seorang pembuli.
Ambil tahu, bukan control ya. Sekiranya anak-anak berkawan dengan orang yang salah, bolehlah Mama Papa tegur dan pantau kelakuan mereka dari awal.
3. Komunikasi yang Baik dengan Anak-anak
Mama Papa perlu berkomunikasi dengan baik bersama anak-anak, malah bukan dengan mereka je, ketika bersama dengan orang lain pun. Anak-anak ni mudah terikut dengan apa yang mereka lihat, jadi Mama Papa berilah contoh yang baik.
Anak-anak mungkin akan mengikut cara komunikasi Mama Papa gunakan ketika bersama kawan mereka. Dalam buli kan ada jenis buli lisan dan mental, jadi perbuatan ini mungkin mudah diikuti oleh anak-anak.
Oleh itu, Mama Papa harus gunakan perkataan dan ayat yang baik-baik sahaja terutama sekali apabila memanggil seseorang.
4. Menegur Kesalahan Anak-anak
Mama Papa perlu bersikap tegas dengan anak-anak. Tidak terlalu manjakan mereka sehinggakan kesalahan yang dilakukan dibuat tidak endah sahaja, dengan alasan anak-anak masih kecil jadi tidak mengapa.
Mama Papa mesti pernah menonton drama “Anakku Sazali” kan? Ambillah iktibar daripada cerita ini. Walaupun kesalahan yang dilakukan kecil sahaja, tetapi ia masih perlu ditegur dan berikan hukuman kecil supaya mereka tidak mengulanginya lagi.
Hukuman yang diberikan sekadar untuk mengajar sahaja untuk mereka faham perbuatan yang dilakukan adalah salah dan akan menyakiti orang lain.
Akibat Menjadi Seorang Pembuli
1. Dibuang Sekolah
Apabila disabitkan dengan kesalahan membuli kemungkinan anak-anak akan dikenakan hukuman dibuang dari sekolah atau pihak sekolah akan menyuruh Mama Papa untuk pindahkan anak ke sekolah yang lain.
Tapi Mama Papa perlu tahu kalau anak-anak dikenakan tindakan seperti itu, rekod disiplin mereka sudah dicatat dengan kesalahan buli yang dilakukan.
2. Anak Menjadi Agresif
Anak-anak yang menjadi pembuli akan menjadi cepat marah. Mereka akan berindak agresif tidak kira siapa di sekeliling mereka sehingga mereka hilang hormat dengan Mama Papa.
Kemungkinan apabila mereka dewasa nanti mereka akan cederakan pasangan atau anak mereka sendiri. Dengan sikap baran apa sahaja boleh terjadi.
Perbuatan buli merupakan satu perbuatan yang salah serta boleh membuatkan mangsa buli trauma. Mama Papa perlu memainkan peranan dalam rumah supaya anak-anak tidak terlibat dengan gejala buli. Siapa je yang nak anak dibuli kan?
Jangan hanya harapkan guru di sekolah untuk didik dan pantau anak-anak kerana didikan seperti ini bermula dari rumah. Didik mereka supaya jadi individu yang bertanggungjawab dan terapkan sifat bersimpati terhadap orang di sekeliling.
Mama Papa sendiri pun boleh menjadi faktor untuk anak-anak jadi pembuli, bagaimana ? Klik di SINI.