KelabMama

Barangan Bayi Yang WAJIB Mak-mak Dapatkan di Tesco Baby Fair, Februari Ini!

Keadaan ekonomi yang tidak menentu selepas dunia dilanda COVID-19 menyebabkan kita harus bijak dalam berbelanja. Ini secara tidak langsung memberi impak buat ibu bapa yang mempunyai anak kecil terutamanya buat mereka yang bakal menyambut kelahiran bayi tidak lama lagi. 

Jangan risau Mama! Untuk memudahkan (dan menjimatkan) pengalaman membeli-belah Mama, anda boleh menambah stok barang keperluan si manja di Tesco Baby Fair yang akan berlangsung bermula 11 hingga 24 Februari 2021.  

11 -24 FEBRUARI 2021 @ cawangan Tesco di seluruh negara

Apa yang menariknya, Tesco Baby Fair kali ini menawarkan pelbagai barang bayi seperti susu formula, lampin bayi, dan juga keperluan lain yang berkualiti pada harga mampu milik.

Tapi, nanti dulu. Mama Siti ingin kongsikan beberapa tips membeli-belah sebelum anda ke Tesco Baby Fair ini. 

  1. Sediakan ruang untuk menyimpan stok-stok tersebut di rumah.
  2. Pastikan anda mempunyai bajet yang mencukupi dan senarai barangan yang diperlukan, agar memudahkan pengalaman membeli-belah untuk si manja anda. 

Dibawah merupakan barangan keperluan bayi yang harus Mama dapatkan sepanjang Tesco Baby Fair berlangsung!

#1 Susu Formula untuk Anak-anak 

Jujur Mama Siti cakap, susu formula yang dijual ketika Baby Fair sebenarnya jauh lebih berbaloi untuk dibeli. Nikmati diskaun sehingga RM20.00 apabila Mama berbelanja lebih seperti pelbagai jenama susu formula di Tesco Baby Fair ini.

Inilah peluang terbaik untuk Mama menambah stok susu formula anak-anak Mama. 

#2 Lampin Bayi Pakai Buang Drypers

Lampin bayi juga merupakan produk utama yang Mama harus dapatkan di Baby Fair. Mama Siti boleh jamin bahawa harga lampin bayi ketika ‘baby fair’ sangat berpatutan dan jauh lebih murah daripada harga asal, contohnya seperti Lampin Bayi Pakai Buang Drypers ini. 

#3 Pureen’s Liquid Cleaner 

Sebenarnya adalah lebih baik untuk Mama tidak menggunakan pencuci pinggan biasa atau pencuci lain apabila membersihkan botol dan barangan makan bayi. 

Mama dinasihatkan untuk menggunakan ‘baby liquid cleaner’ atau cecair pembersih khas barangan bayi agar tidak membahayakan kesihatan si manja dan juga membersihkan botol atau puting bayi tanpa meninggalkan sisa susu.  

#4 Tisu Pelembap Bayi Fred & Flo Tesco 

‘Wet wipes’ atau tisu pelembap bayi juga merupakan antara barang yang Mama harus dapatkan ketika membeli-belah di Tesco Baby Fair. 

Selain memudahkan Mama mencuci bayi anda atau juga apa sahaja tumpahan daripada si manja, ‘wet wipes’ juga membantu dalam apa sahaja kegunaan – mengelap tangan dan permukaan, mencuci ‘make-up’ Mama dan sebagainya. Lihatlah betapa murahnya harga promosi Tisu Pelembap Bayi Fred & Flo Tesco ini!

Ini baru sikit tau Mama. Selain daripada barang-barang di atas, Mama juga boleh mendapatkan pelbagai barangan lain dan menikmati penjimatan berganda sepanjang Tesco Baby Fair berlangsung.

Dengan beratus jenis barangan daripada pelbagai jenama, tak perlulah Mama ke tempat lain bukan? Lebih mudah, menjimatkan masa, tenaga, dan juga semestinya wang anda! 

Masa untuk Membeli-belah di Tesco Baby Fair Secara Atas Talian

Sekiranya Mama tidak mempunyai masa yang sesuai untuk ke Tesco, Mama juga boleh mendapatkan barangan tersebut melalui Tesco Online. Mama hanya perlu senaraikan barangan bayi yang diinginkan yang terdapat di e-katalog Tesco, ‘check-out’ dan nantikan barang-barang tersebut tiba di depan pintu rumah anda. 

Jadi apa tunggu lagi? Dapatkan barang-barang keperluan si manja anda di Tesco Baby Fair di setiap cawangan Tesco berhampiran dan juga secara atas talian sehingga 24 Februari ini!

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Tesco, dan jangan lupa untuk ikuti Facebook Tesco agar Mama tidak terlepas peluang untuk menikmati pelbagai promosi terkini.