KelabMama

Elakkan Terpaksa Cabut Kesemua Gigi Anak Kecil, Dentist Ini Kongsikan Tips Penjagaan Yang Betul

cabut gigi kanak-kanak

Selalunya anak-anak akan cabut gigi bila giginya mula goyang menandakan akan tumbuh gigi baharu atau giginya rosak satu demi satu. Tapi Mama Papa bayangkan kalau anak-anak perlu semua cabut giginya termasuk gigi rosak dan gigi elok.

Ada banyak faktor yang boleh menyebab situasi ini berlaku tau. Selain kesihatan badan, kesihatan gigi pun Mama Papa perlu utamakan jugak. Baru-baru ini, viral kisah yang dikongsikan seorang ibu yang terpaksa cabut kesemua gigi anak kecilnya yang baru berusia lima tahun.

5 Tahun Tapi Kena Cabut Gigi 20 Batang Sekali Gus!

Kredit gambar: Facebook @Daily Makan

Mama Siti ada tengok video yang Mama Cempaka share dekat TikTok, katanya Cempaka perlu lakukan dental surgery. Apa yang lebih mengejutkan Mama Siti, bila Cempaka lakukan dental surgery untuk buang giginya sebanyak 20 batang sekali gus.

Sebelum lakukan surgery ni, Mama Cempaka menceritakan dia ada lakukan pemeriksaan keadaan gigi anaknya disebabkan Cempaka mengadu sakit gigi. Selepas check keadaan gigi barulah tahu gigi Cempaka telah rosak dan doktor berikan pilihan untuk lakukan pembedahan untuk membuang kesemua gigi Cempaka.

Oh ye tak silap Mama Siti, 20 batang ni termasuk dengan gigi yang tak ada problem tapi doktor ambil langkah berjaga-jaga dan juga untuk pastikan kesemua gigi Cempaka nanti tumbuh dengan baik.

Pakar Kongsikan Tips & Panduan Untuk Menjaga Kesihatan Gigi Anak

Jadi, apa yang Mama Papa perlu lakukan untuk elakkan anak-anak alami masalah yang sama ni? Jom baca perkongsian Doktor Wafa iaitu Pakar Gigi Kanak-kanak untuk elakkan anak-anak alami gigi rosak:

  1. Berhenti menggunakan botol selewat-lewatnya dalam umur 12 bulan hingga 18 bulan, lebih awal lebih baik.
  2. Bila anak-anak berumur enam bulan, boleh duduk sendiri dan boleh makan solid food boleh minum dalam cawan dan gunakan straw, bukan sippy cup ya Mama, HANYA CAWAN SAHAJA.
  3. JANGAN tidur dengan botol atau nipple dalam mulut anak-anak (mengempeng).
  4. Bila Mama wean off lepas tu nak introduce solid food dekat anak-anak pastikan bukan makanan yang mengandungi gula tambahan.
  5. No sugar untuk bayi yang berumur dua tahun ke bawah.
  6. Kurangkan kekerapan pengambilan snek untuk anak-anak. Mama perlu limit kan tiga kali sehari, make sure pilihan snek tu yang sihat dan low sugar.
  7. SAY NO TO SWEET DRINK! Hanya air kosong atau fresh milk yang tiada perisa, selepas 12 bulan, bayi dah boleh minum full cream atau fresh milk.

Penjagaan Gigi Kanak-kanak Yang Mak Ayah Terlepas Pandang

1. Bebaskan Anak Menjamah Jajan atau Snek

Bila anak sudah boleh makan ni, kadang-kadang Mama Papa sudah beri kebebasan kepada anak-anak untuk makan semua benda termasuklah jajan dan minuman yang bergas.

Ada jugak yang berikan makanan dan minuman bergula ni sebagai upah sebab mereka behave tapi bila anak-anak mula addicted, anak-anak akan selalu memintanya.

Mungkin bagi Mama Papa selepas berumur dua tahun keatas tidak salah untuk diberikan jajan, tapi Mama Papa perlu ingat perlu dikawal mengambilan jajan tersebut tau.

2. Biarkan gosok gigi sendiri sebelum Mahir

Awalnya Mama Papa akan tunjuk ajar kepada anak-anak cara untuk gosok gigi, tapi lama-kelamaan bila Mama Papa rasa anak sudah mula biasa gosok gigi akan mula biarkan mereka gosok sendiri.

Tapi apa yang Mama Papa tak sedar mereka hanya pandai gosok gigi sahaja tapi masih belum mahir lagi untuk menggosok gigi dengan cara yang betul.

Mungkin Mama Papa boleh terus gosok gigi bersama dengan anak-anak dan mula perhatikan cara mereka gosok gigi. Mama Papa boleh tunjukkan tutorial dekat YouTube jugak tau, lagi senang untuk mereka faham.

3.Pemeriksaan Gigi Anak-anak Secara Berkala

Kadang-kadang Mama Papa fikir pemeriksaan gigi dengan kerap tak perlu untuk anak-anak disebabkan mereka masih kecik jadi, gigi mereka tak akan alami banyak masalah seperti orang dewasa.

Tapi sebenarnya pemeriksaan berkala penting untuk mereka, untuk check sekiranya mereka ada masalah dengan gigi mereka. Lagi-lagi untuk anak-anak yang suka makan jajan dan karang gosok gigi.

Walaupun anak-anak masih kecik, Mama Papa kena alert dengan kesihatan gigi anak-anak supaya dapat elakkan situasi ini. Mana-mana Mama Papa pun termasuk Mama Siti sekali tak mahu kejadian ini berlaku kepada anak-anak.

Kalau anak Mama Papa ada mengadu sakit gigi, jangan biarkan lama-lama atau sekadar beli ubat je tau. Mama Papa perlu membawa mereka ke klinik pergigian yang berdekatan untuk tahu kenapa mereka sakit gigi, puncanya dan apa solution yang Mama Papa perlu lakukan.


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Dapatkan lebih banyak info tentang kesihatan anak-anak Mama di SINI.