KelabMama

Terangsang Tengok Video, Budak 12 Tahun Merogol Anak Asuhan Ibunya

Macam tak percaya tapi itulah yang telah terjadi. Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun telah dirogol oleh budak yang berusia 12 tahun. Dengarnya budak itu adalah anak kepada si pengasuh. Allahu tak dapat nak bayangkan bagaimana perasaan ibu bapa si mangsa.

Dirogol 3 kali

BUDAK lelaki berusia 12 tahun ditahan polis, malam tadi, selepas dipercayai merogol kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang dijaga oleh ibunya di rumah mereka di Batu Gajah.

Suspek yang juga murid tahun enam dipercayai sudah melakukan perbuatan jijik itu terhadap mangsa sebanyak tiga kali sejak awal Ramadan lalu.

Difahamkan, ibu suspek berusia 42 tahun tidak bekerja dan hanya mengambil upah mengasuh lapan kanak-kanak berusia antara dua hingga 11 tahun dari 6.30 pagi hingga 9 malam.

Mengadu sakit pada bahagian kemaluan

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa yang berusia empat tahun sudah dihantar ke rumah ibu suspek sejak Oktober 2017 sehingga kini.

Katanya, kejadian itu terbongkar Khamis lalu selepas mangsa mengadu sakit pada bahagian kemaluannya.

“Ibu mangsa kemudiannya bertanya kepada mangsa,… mangsa hanya memberitahu ‘sakit ibu’ dan tidak dapat menceritakan bagaimana suspek menyentuh kemaluannya.

“Kejadian dipercayai berlaku sebanyak tiga kali iaitu pertama pada awal Ramadan (tarikh sebenar tidak pasti), kali kedua pada 31 Mei dan ketiga pada 17 Jun lalu,”

katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Banyak kesan koyakan

Ahmad Adnan berkata, pemeriksaan perubatan sudah dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh dan mendapati terdapat kesan koyakan pada pelbagai posisi hingga menyebabkan selaput dara mangsa pecah.

“Terdapat kesan kemerahan pada bahagian ‘introitus’ dan kawasan dubur mangsa.

“Kesan itu tidak dapat dipastikan kesan lama atau baru kerana kejadian sudah tiga kali berlaku,”

katanya.

Menurut Ahmad Adnan, siasatan mendapati punca suspek melakukan perbuatan itu disebabkan terangsang melihat video di dalam telefon bimbit.

Katanya, suspek kini direman selama empat hari bermula hari ini sehingga Jumaat dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sumber : hmetro

BACA JUGA BAHAYA ANAK SERING TERDEDAH KEPADA GAJET. INI KESANNYA PADA ANAK!

Pesan Mama Siti

Allahu..sebab tu Mama Siti kata betapa pentingnya pantauan mama papa terhadap anak-anak terutamanya yang melibatkan teknologi seperti penggunaan handphone ni. Salah guna inilah yang terjadi. Seawal usia 12 tahun dah merogol kanak-kanak akibat terangsang tengok video di handphone. Siapakah yang harus dipersalahkan? Mungkin pengaruh rakan sebaya juga mendorong anak ke arah negatif. Jadi mama papa, pantau-pantaulah dengan siapa mereka berkawan.