KelabMama

TEPATKAH UJIAN KEHAMILAN JIKA DIBUAT TERLALU AWAL?

Ada mama yang nak hamil lagi atau tengah merancang untuk hamil? Kalau mama merancang untuk hamil, mama semestinya nak tahu dengan cepat adakah mama hamil atau takkan?

Ujian kehamilan memang tepat untuk mengesahkan kehamilan mama tapi jika ia terlalu awal adakah ia tepat dan boleh dipercayai keputusannya?

Ujian kehamilan awal berasaskan air kencing berfungsi dengan mengukur jumlah hormon chorionic (hCG) dalam air kencing. Biasanya mama harus menunggu satu minggu selepas ‘missed period’ untuk keputusan optimal kerana jumlah hCG yang banyak akan memberikan keputusan tepat, tetapi apa kata kalau mama tak mahu menunggu.

Sekiranya ujian dibuat terlalu awal, ada kemungkinan mama akan mendapat ujian yang negatif dan ini boleh menyebabkan mama jadi kecewa.

Ini tak bermakna mama tak hamil, cuma ia tidak positif disebabkan air kencing mama tak mengandungi cukup hCG untuk menunjukkan mama sebenarnya hamil.

Tip- tip Ujian Kehamilan

Keinginan untuk mengetahui sama ada mama betul-betul hamil memang kuat. Tetapi perlu diingatkan setiap ujian tidak seratus peratus sempurna. Jenama ujian kehamilan tak semua mempunyai tahap yang boleh dipercayai. Satu kajian pada tahun 2014 yang dijalankan di Jerman menunjukkan bahawa, dari 15 jenama komersial , 50 peratus daripadanya tak tepat terutamajika ujian dibuat pada awal kehamilan.

Jadi,