KelabMama

Ayuh ke Sini! 5 Tempat Perkelahan Menarik Untuk Raikan Tahun Baru Bersama Seisi Keluarga Di Lembah Klang

Sempena cuti hujung minggu yang panjang Krismas atau sambutan tahun baru, Mama Papa dah ada plan untuk anak-anak?Salah satu cara yang Mama Siti boleh suggest adalah dengan pergi berkelah!

Terdapat pelbagai tempat picnic yang sesuai untuk keluarga plus sambil-sambil tu boleh la bonding antara anak beranak.

Sambil-sambil tu juga, Mama sekeluarga boleh tenangkan jiwa dan melakar memori yang baru untuk diingati pada masa yang akan datang!

Jom kita tengok tempat perkelahan mana yang menarik ni?

5 Tempat Perkelahan Seisi Keluarga

#1 Taman Botani Perdana

Kalau Mama tak pernah pergi, Mama wajib pergi! Taman Botani Perdana adalah tempat yang sangat sesuai untuk berkelah dengan seisi keluarga. Lebat dengan pokok-pokok dan juga seni bina yang menarik macam tak berada di Malaysia tau.

Sangat Instagrammable. Sesuai juga untuk bermain layang-layang dan jangan lupa bawak tikar berkelah! Tumpuan utama perkelahan adalah di sepanjang tebing sungai di sini. Sure anak Mama enjoy punya!

Waktu operasi: Setiap hari, 7.00 pagi-8.00 malam

Alamat: Jalan Kebun Bunga, Tasik Perdana, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

#2 Taman Saujana Hijau

Sering menjadi tempat penggambaran, Taman Saujana Hijau terletak di Presint 11, Putrajaya. Buat Mama yang pencinta alam, boleh la letak dalam bucket list!

Pokok-pokok di sini memang lebat, baru lah fe-feeling picnic kan? Pakai kasut yang sesuai sebab tempat ini juga berbukit. Pasti kalau datang sini, ia akan menjadi memori yang sangat berharga!

Waktu operasi: Setiap hari, 7.00 pagi-7.00 petang

Alamat: Jalan P11, Presint 11, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

#3 Desa Park City

Pada hujung minggu memang ramai kerumun Desa Park City ni dan ia sangat sesuai untuk berkelah bersama keluarga Mama.

Dengan rumput lebat, dan pokok yang teduh, Mama sekeluarga mesti akan datang lagi! Tambah-tambah lagi, suasananya amat tenang dan kawasannya bersih, mesti keluarga Mama selesa untuk luangkan masa bersama.

Kalau bosan pun, boleh main layang-layang kat sini! Amik gambar, masuk Instagram tau~

Waktu operasi: Setiap hari, 6.00 pagi – 11.00 malam

Alamat: C-3-1 plaza arkadia, 3, Persiaran Residen, Desa Parkcity, 52200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

#4 Taman Rekreasi Bukit Jalil

Inginkan suasana yang nyaman dan teduh dengan pokok-pokok hijau? Datanglah ke Taman Rekreasi Bukit Jalil!

Terkenal dengan tempat riadah pada siang dan petang, sesuai sangatlah kalau Mama nak datang dengan keluarga! Mesti si manja pun akan suka.

Di sini Mama dan sekeluarga dapat lah untuk rehatkan minda, raikan hari kanak-kanak bersama si manja!

Taman ini lengkap dengan tandas awam, restoran, kolam ikan, taman permainan dan juga padang yang anak Mama boleh lari-lari.

Waktu operasi: Setiap hari, 6.00 pagi-8.00 malam

Alamat: Jalan 13/155c, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

#5 Taman Tasik Titiwangsa

Sejarahnya dulu, ia sebuah tempat perlombongan bijih timah semasa pemerintahan British, setelah ia diubahsuai, Taman Tasik Titiwangsa menjadi tempat tarikan pengunjung yang tidak putus-putus.

Di sini, ia cukup lengkap dengan tandas awam, tempat duduk, tempat perkelahan untuk orang awam, kolam ikan, gelanggang badminton, canopy walk dan macam-macam lagi tau!

Mama juga boleh sewa basikal dan ronda-ronda taman yang besar ni. Dengan pemandangan yang indah, mesti keluarga Mama enjoy!

Waktu operasi: Setiap hari, 9.00 pagi- 6.00 petang

Alamat: Tasik Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur

Jadi? Tunggu apa lagi Mama? Jom plan untuk anak-anak cuti hujung minggu ini di salah satu tempat perkelahan yang menarik di atas.


Selain itu, Mama Papa juga boleh membawa anak-anak ke pelbagai tempat menarik lain di SINI.